Tuesday, March 9, 2010

Barang / produk baru......


Bertarikh 6hb March.

Kalau entry lps aku dah citer pasal perjlanan aku dan reen ke pusat membeli belah gadget2 dan brg2 IT terkemuka di ibu kota, kali nih aku nak citer, alhamd. dpt jugak aku membeli mp3 tersebut. Itupun, ang..ang..ang.. belanja. Terima kasih ang. Aku amik colour merah, reen amik colour itam. Masa aku p tuh, aku bawak anak buah aku, Hadi. Niat nak bawak kak chik as requested oleh Reen, tapi, kak chik pulak ada tusyen, so, terpaksa lorrr... Bawak budak besar dgn budak kecik nih, memang berbeza. Ingatkan, si kecik yg byk songeh, rupanya, si besar lebih byk songehnya. Nak mcm2, start dari joystick, game software, brg2 anime mcm transformers atau voltron, bak kata reen. Tobat aku nak bawak dah. Bila tak menurut kehendak dia, buat muka moncong seribu. Dia ingat, RM400 - RM500 tuh murah???? Mcm tulah kerenah anak buah aku yg sorg nih... Pening kepala di buatnya.

Dah dpt apa yg aku n reen inginkan, kami pun, bergerak ke opis reen. P amik kete. Langsung, otw balik singgah kedai mamak berdekatan umah reen. Kedai mamak nih, memang usual place tmpt kami melepak. Mknannya..perghh.. sungguh marvellous. Dari kari kaki ayam (feveret family aku), tomyam, roti canai, etc. Kat sini, memang best. Langsung, aku tapaukan mak n mak lang aku kari kaki ayam tuh, 20 ketul. hehehehehe....

Hari Ahad, aku ada appointment dgn agen insurans utk ang..ang..ang.. seawal 10am. So, setelah di advise oleh agen tersebut, baru lah dia terkesima dgn statement2 yg di berikan. Baru dia tau, slama nih, aku dok pot pet pot pet psl insurance nih, utk exercise muka je ke? So, setelah kata putus diambil, ang..ang..ang pun, sign lah apa yg patut. Alhamd. syukur...

Ptg tuh, reen ajak lepak sama2 kat tmpt last week. Mana lagik, kalau bukan ke satay kajang. Ujan pulak lebat giler.. Haaa.. memang bestlah pekena satay panas2 kan? Tak cukup sembang, reen and abg jan, sambung diskusi kat umah aku. Sampai 12 mlm lah jugak. Hehehehe.. Biasalah, pantang jumpa. Citer memang tak abis2...

Hari Isnin 8hb aku MC. ntah kenapa lah tulang belakang aku nih sakit sgt. Aku gagahkan jugak pegik mandi. Masa mandi, mcm ada bende menangkap belakang aku. Ang..ang.. dah slamat pegik keje dulu. Tinggal aku terkontang kanting bersiap mcm siput sedut menahan kesakitan. Akak aku pulak dok menelefon, dah lama dia menunggu aku nak p keje sama2. Aku tahankan jua. Cuba gagahkan diri. Tak lama lps tuh, ang..ang call. Dia tanya, dah kluar lum? Aku ckp, belum. Sakit giler belakang aku nih. Langsung dia kata, better rehat kat umah. Jln pun jammed kaw2 nih. Aku pun, call akak aku kasik tau, aku kene mc. Udah dia plak, tak de kawan nak p keje. Amik EL lah dia. Mcm tu lah kesah di pagik Isnin yg hening dan hectic.... Langsung akak aku temankan aku p klinik.

Hari nih, aku dah masuk opis. Dgn muka kelat spt biasakan? Pasrah dlm menjalani kehidupan sbg pengrelief...

Wassalam..

Wednesday, March 3, 2010

Cerita ceriti cerutu.....


Tanggal 26hb Feb hari tuh, merupakan hari kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. Family akak aku, sumer sebuk p masjid, menyertai mcm2 aktiviti. Ang...ang...ang... plak, kene kerja. Bak kata reen, co. Komunis maaa.. hahaha...

So, aku dgn Reen pun, plan lah nak p jln sama2. Aku pun, fetch reen kat umah dia, p LRT park kete n heading to sg wang. Kami pun, merayap2 lah dari satu shopping complex ke satu shopping complex. Sungguh penat.. tapi best sgt. Dah lama, tak jln2 camnih. Kebetulan, aku bawak anak buah aku. Mcm2 yg dimintaknya. Dari 100% permintaan dia, adalah 30% yg aku tunaikan..hahaha... Yg lain, aku buat statement, sila mintak dgn mak ko ye kak chik. Anchu bawak duit ngam2 jek nih... Jln punya jln, aku pun ternampak sepasang wedges yg menarik perhatian ku. Memang cantik, di mata aku lah. Setelah satu parkson tuh, aku survey. Ye, aku pasti, aku nak wedges nih. Reen pun mengukuhkan lagik pilihan aku tuh. So, dgn gumbiranya aku menyambar kasut tuh. Lalalala.. Suka sgt....

Setelah itu, kami p plak Low Yat plaza. Niat di hati aku dgn reen nak carik mp3 player. Jenuh kami merayau mengsurvey mencarik mp3 player tuh. Lps satu kedai ke satu kedai. 1st time aku p Low Yat. Slama nih, aku cume dgr citer org pasal dia jek.... Memang best. Kalau nak carik pasal gadget2 nih, carik lah kat situ. Sume ada.... Langsung, kami ternmpk sony mp3 player yg sungguh menambat hati. Sungguh cantik, mcm2 kaler. Kalau nak yg wayarless pun ada. Sesuai utk mereka yg berjogging ke, beriadah ke. Sebab dia wayarless kan? Sgt praktikal. Pastu, cap ayam pun ada gak. Tapi, bak kata reen, alah membeli, menang memakai. Dia kata, kalau beli cap ayam setahun pakai pun, dah rosak. Kalau beli branded, bila di pakai 5 thn, kan worth it. Aku pun, termkn lah pujukan dia. Aku tak amik pun, yg cap ayam tuh. Aku nih, jenis as long murah, function sama, buleh dgr lagu, cukup lah. Hehehe.. tup tap, reen ckp, giant tmn connaught, ada sale. Philips punya, RM98 jek. Bergegas lah kami ke tmn connaught plak. Nan adoooooo.. sale tuh berakir hari sebelum nya. So, kalau kami nak beli harga RM98, dah tak valid dah. Sungguh tersentapppppp. Atas perjanjian berdarah kami, Insya Allah, sabtu nih, aku dgn reen akan p low yat lagik. Hehehe.. takde keje kan??

Sabtu plak, aku p temankan akak aku p econsave. Janji nak shoping habuan 30 min – 1 jam jek. Rupa2nya, sampai 3 jam. Jenuhhhhhhhh.... p plak, hari tanpa plastik bag...mmmm.. betapa huru haranya kami, shoping sampai dua trolley, combination brg aku dgn akak aku. Beg2 besar yg kami bawak siap2 pun, tak muat dah. Masuk trolley muat, kluarkan dari trolley, nak bayar, then nak masuk balik, tak muat dah. Org2 lain plak merengsa smcm, tgk kami yg ala2 terhegeh2 nih..ahaks. nasib lahhh..buat muka tebal je lah.. konsep suami2 tak pegik kan? Keje lah, sebuk lah. So, si bini2 jek yg shoping. Sgt tak best.

Ahad plak, kawan aku jemput p kenduri di bentong. Aku, K’Aishah, reen, berkonvoi. Aku bygkan bentong tuh, sket punya jauh daaa... rupa2nya, tak jauh mana pun, lebih kurang mcm p rawang jek. Sampai2 org tgh tahlil.. kami pun, masuk lah ikut pintu belakang. Memang best! dari mknanannya yg sampai nak dekat 10 lauk, dessert sampai 4-5 jenis, baby yg bercukur jambul pun, comellll... cantik tul, hiasan buaian dia... dpt plak, mkn berhidang. Org lain kene buffet, p cedok sendirik, kami plak, siap di bentang seprah dan di hidang lauk pauk plak. Memang 5 star hospitality nya. Reen siap kasik berpuluh2 bintang lagik. Terima kasih ye kak, sudi menjemput kami, dan melayan kami dgn begitu mesra / baik / tip top skali. Nak balik, siap ada bekal plakkkkk....... Hari Isnin tuh, aku EL, tak yah dah aku masak. Perangat kan saje lauk kenduri tuh.. Memang berbaloi dan puas lahhhh... Nak letak gambo, aku lupa bawak kamera, masih tunggu si reen upload gambo dia...

Otw balik, kami p singgah air terjun. Memang best dpt mandi air terjun. Sungguh menyegarkan. Ialah, skrg nih musim panas kan? air plak, sejuk cam ais. Rasa cam tak nak balik, nak berendam sampai mlm. Tapi, waktu tak mengizinkan. Kami pun bertolak ke KL, dlm perjalanan, Reen n abg jan, ajak p satay kajang plak. Wahhh.. kami pun, yes kan aje. Mkn lah bagai nak rak.. masing2 lps mandi, lapar giler kan? Sekelip mata jek, satay tuh habis licin di mkn..hehehe.. To reen and Abg jan, terima kasih byk2, sebab belanja aku satu family mkn. Kalau aku tau, musti aku nak tapau skali satay2 tuh...ahaks. Thanks ye.

Sampai sini sajek, laporan minggu ini. Ciao.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...