Monday, November 29, 2010

Various matters


Monday blues.... malas giler aku nak bekerja hari nih. Kalau hari Senin memang cenggitu. Lepas Subuh, aku terus carik ang ang ang... Rupa2nya, dok terdampar tido di luar bilik. Memang aku tak sedor langsung bila dia balik.. Sian ang ang, most of the time, memang cenggitu. Balik menjelang sahur.. Pastu, dgn tak tukor sluar baju nya, terus tido kat luar... Bila di tanya, pesal keje susah payah sampai cenggini, tak abis2, alasannya, Korea (dah palang, coz dah berperang maaa), Vietnam, Pangkor, Langkawi, nak beli umah punya pasal..

Aku plak, pantang nampak ang ang keje keras, menggelupur lah aku carik pakej percutian sana sini. Ang ang pun, nak release stress punya pasal, coz dah bekerja berpenat lelah, memang dia OK jek nak jenjalan nih. Aku pun, sentiasa berdoa agar kami sentiasa dimurahkan rezeki agar dpt menjalani kehidupan yg lebih selesa. Bukan nak kaya raya sampai bina mahligai persis istana, tapi, mudah2an, Allah permudahkan segala2nya utk kami. Aminnn......

Oh ye, masa deepavali ritu, aku p PD. Penuh di setiap pelusuk aku nmpk biji betik jek... Heheee... Nama pun raya deme, cenggitu lah gamaknya ye. Aku n ang ang jek yg pegi. Ingat, nak ajak anak2 akak aku, tetapi, memasing tak kesahhh pun. Dah lah booked hotel pun last minit. Alhamd. seb baik dapat...Tapi, nama pun jln berdua jek, excitement tuh lain laaaa.. Tak meriah jln bertiga, berempat. Ahaks. Sebut pasal berempat, insya Allah, kami nak ke Pangkor bulan 12 nih. Harap2 lah cuaca baik d sana. Aim aku, nak mkn seafood, siput, sedut siput... Tu je lah tujuan aku.. Hiks.

Bebalik dgn citer hari ni, kene cover sec. to MD. Aku nih, dah cop mohor atas dahi dah nih, everytime, Sec. nih takde, memang aku lah scapegoat nya. Sec. nya bersenang lenang p bercuti bagai. Aku????? Terpaksa dok di tmpt ini. Masa aku dok mula2 dulu, ok jek,MD tuh pun, segan silu dgn aku. La nih, bila dah slalu dok sini, slalu jugak lah dia menyuruh aku ini. MD maaa...adte jugak lah bende yg aku tak biasa / penah buat pun. So, terpaksa lah call sana sini, mintak pendapatan mereka. By end of the day, aku tak dapat pe2 pun. Bukan nya ada pe2 extra marks pun dlm appraisal aku nih. Ala2 charity jek apa yg aku buat nih...

Mmmmm.. tu je lah kot, citer hari nih. Dah takde idea dah nak tulis apa.

p.s. : Aku dok sini, ala2 bau masam jek seat dia nih. 40 kali dah aku bangkit duduk nih. Sgt tak selesa dgn kemasaman ini. Nak cover newspaper, kang, insulting plak katanya... pe lah yg harus aku lakukan? Terbalikkan kerusi, supaya roda diatas, seatnya di bawah? oh tidakkkk... aku nak pitam dgn bau kemasaman ini..tolongggg....

Thursday, November 18, 2010

Lama benor.............



Lama benor aku tak hupdate blog aku nih. Bukan jek bersawang, bapak segala sawang, bawang sumer ada.... Mmmmm.. bukan aku tak nak hupdate, tapi, kekontangan idea. Tp, hari ni, sebab aku dah takde keje / borink tahap cipan laut, aku gagahkan diri jugaklah.

Nak citer pasal apa yek? byk jugak lah, event yg mana aku tertinggal nun jauh di kutub utara. Kalau nak tulih kat sini pun, mau 114 mlm, tak abis nak citer. Ok lah, aku start dulu dgn Hari Raya Aidiladha. Spt sedia maklum, smlm merupakan Hari Raya Korban buat umat islam seluruh dunia. Hari Korban nih, tak disambut meriah pun, pada thn nih, copy paste mcm thn lepas. Mana taknya, ang kene keje. Tak dpt cuti pun. Dah kompeni komunis, mcm tulah jadiknya. Nothing special, bangun pagik oppss..tak pagik sgt, sebab mlm raye reen dtg melepak umah till 3am. So, paham2 je lah, buleh bangun kul baper k. Pastu, bersihkan sangkar anak nanie, vacum umah, bersihkan dapur, siap2 terus p umah akak aku yg 15 langkah dinosaur dari umah aku.

Lepak situ sampai ke Maghrib. Layan citer Kirana..hehehee.. Tup tap, dapat mesej dari reen, ckp nak dtg umah.. Smenjak dua menjak nih, kawan aku reen, nih rajin benor menemankan aku, bersempena ang ang yg hari2 balik menjelang waktu sahur. Terima kasih byk padamu reen. Pengorbanan mu itu hanya Tuhan yg dpt membalasnya. Seb baik dia ada, idaklah aku mati kutu bab borink dok umah. Mcm2 aktiviti lah kami buat, mostly, masak2, makan2, gossip2, tido2, sampai tengah mlm.

Itu je lah kot, citernya kali nih. Dah tak larat nak taip dah.... Dpt ide baru nanti, aku hupdate lah lagik. Harap tak terlmbt utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat muslimin muslimat sumer. Semoga Allah melimpahkan rezeki, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita2 yg murni utk kita semua. Amin ya rabbal 'Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...