Apalah aku nih, Hari Raya Haji dah lepas, aku baru terhegeh nak ckp Selamat Hari Raya Korban. Hik. Aku sebuk ok. Sebuk kasik sugar glider mkn, minum, mandi bagai. Raya Haji ritu, tak p mana pon. Selain family akak aku dtg berkampung kat umah, mak masak mcm2, akak aku pun masak mcm2. So, keje kami mkn, tido, baring, sembang, gossip, beli astro first citer hijab tuh.
Tu je lah aktivitinya. Ang ang spt biasa, d sebabkan co. Komunis, haruslah dia bekerja. Kalau tak bekerja, ala2 muntah darah lah boss dia tuh. Cisss.... komunis jugak lah yg untongggg...
Oh ye, nak komen sket pasal filem al-hijab tuh, eh lupa tajuk, hijab ke, al-hijab ke, ntah lah. Citernya sgt tak best / sgt ntah apa2 / sgt syok sendirik. Tang hantu tuh, mmg lah menakutkan giler, tapi tang hijab pierre andre di buka tuh, paling tak logic. Kata hijab dah dibuka, sepatutnya, buleh lah nmpk segala hantunya / syaitannya. Nih idak, susah payah dia p bukak hijab dia, tapi, bell ngasri dan kawan2nya, tak yah susah2 payah p jumpa mak itam utk bukak hijab pon, buleh nmpk anto gak. Mmm.. sgt confused dibuatnya. Pastu, siap p masuk umah lama. Confirm2 byk syaitan / jin dlm umah usang yg dah lama ditinggalkan. Tapi, maintain jek dia. Tak nmpk ber ekor2 antu / syaitan / jin pon.. mmm..ala2 ntah apa2 lah. Sape yg p tgk wayang, rugi jek p.
Aku yg stakat beli kat astro first nih pon, rasa cam nak mintak duit refund dgn jiran sebelah. Walaupun jiran sebelah takde kene mengena dgn ini citer.
Ok, abis citer pasal Raya Haji, aku nak citer pasal ofc baru ku. Masuk hari nih, genap lah dah dua hari dah aku keje kat sini. Syukur Alhamd. Tapi, tmpt baru, environment pon baru, aku masih lagik tak keruan utk mengadaptkan diri ku d tmpt baru ini. Cuak ada, tapi, syukur sgt, aku sempat jumpa Boss ku, smlm jek. Rini dan sampai minggu depan dia takde. Yeayy.. nganga je lah aku. Tapi, tu lah, kalau nganga pun tak sronok jugak, dah lah baru masuk, confirmed pun belum lagik. Kalau masuk2 ada buat byk keje, cepat sket aku pandai buat keje.. idaklah bila dia tanya soklan cepu emas, aku nganga jek..huhuhu..
Yeayy..rini aku dpt balik kul 5pm. Coz slama nih, aku balik 5.30pm ok. Best plak rasanya dpt balik awal, walupun sejam. Tuh belum masa bulan puasa lagik. Tak silap aku, buleh balik seawal 4.30pm ke, 4pm. Camtu lah.
Ok, smoge bertemu lagik di lain coretan..daaaa...
p.s. sorry takde gambo. org asyik ada jek dlm opis, nanti org takde, aku upload picas ofc baru ku yek....
Showing posts with label Raye. Show all posts
Showing posts with label Raye. Show all posts
Monday, November 14, 2011
Monday, September 26, 2011
Raye Oh Raye









Mak aih, dah 18 thn aku tak hupdate blog ye. 1. aku asyik lupa nak upload picas2 raya, 2. aku sibuk dgn aktiviti2 lain 3. aku mmg kekeringan idea nak tulis apa 4. aku lebih fokus dgn bende2 lain. 5. aku dok sibuk pindah umah, kesana kemari, kemari kesana. Mmg bz lah.
Firstly, aku nak citer pasal raya. Raya tahun nih, berbeda dgn Raya2 spt thn lain. Memandangkan, tahun nih, tahun terakhir aku beraya di umah sewa ku ini (coz owner tuh dah nak balik umah dia), family ku dari kampung pakat2 nak dtg beraya di KL di umah ku. So, aku sebuk dgn segala persiapan. Walaupun aku tak buat kueh mende pun, tapi, sebuk dok ngemas umah aku, yg dah hampir 2 tahun, aku kemas gitu2 jek. Spring cleaning pun bermula. Dari satu bahagian ke satu bahagian, ke satu bahagian.
Pastu, aku sebuk mencarik umah lain utk aku and ang ang duduk. Buleh, tuan umah tuh cume inform aku masa bulan puasa utk aku kosongkan umah dia. So, sure lah aku and ang ang meloncat2 carik umah lain. Dia pk, senang aku nak carik umah lain dalam masa terdekat nih? Tapi, setelah usaha, jerih perih kami menanggungnya, alhamd. dapat jugak kami umah lain, tak jauhjugak dari umah akak aku. Masih dlm kawasan aku skrg.
Citer pasal raya, mahap ye, ala2 dah basi berkulat sket citer aku kali nih. Mlm raya, kami buat b-b-q. Bakor2 ayam, udang, ketam. Sambil ditemani dentuman mercun2, and bunga2 api di skitar kawasan kami. First day raya plak, kami p beraya umah sedare mare, pakchu, wantam, abg yazid, kak nor, berkonvoi2 kami. Sehingga ke larut mlm lah.
Besok pagi plak, kami p ulu yam. Buleh, second day raya p Ulu yam? Takde xtvt benor dah ye. Pun, buat b-b-q jugak kat sana. Dari awal pagi kami p, sampai ke 6pm kami berendam. Mula2 nya, suasana lengang, tak lama kemudian, di kunjungi oleh pelbagai bangsa, masyarakat, negara ke situ. Mungkin pada masa nih, derang amik kesempatan utk bermandi manda jugakkan. Balik jek umah, memasing dah keletihan. Mana taknya, penat berendam mengalahkan blue hippo memasing.
Besok petang plak, kami ke zoo negara and pada mlmnya, kami p I-City shah alam. Ramai betoi org kat I-City, tak dapat nak menikmati lampu2 disitu, smpai berlaga2 bahu dibuatnya. Nak menangkap gambar pun, org dok lalu lalang depan belakang.
Camtulah kesahnya, sedikit sbyk pasal raya ritu.
Bila rajin, lain hari aku hupdate plak pasal bende2 lain k. Ciaooo....
Thursday, November 18, 2010
Lama benor.............


Lama benor aku tak hupdate blog aku nih. Bukan jek bersawang, bapak segala sawang, bawang sumer ada.... Mmmmm.. bukan aku tak nak hupdate, tapi, kekontangan idea. Tp, hari ni, sebab aku dah takde keje / borink tahap cipan laut, aku gagahkan diri jugaklah.
Nak citer pasal apa yek? byk jugak lah, event yg mana aku tertinggal nun jauh di kutub utara. Kalau nak tulih kat sini pun, mau 114 mlm, tak abis nak citer. Ok lah, aku start dulu dgn Hari Raya Aidiladha. Spt sedia maklum, smlm merupakan Hari Raya Korban buat umat islam seluruh dunia. Hari Korban nih, tak disambut meriah pun, pada thn nih, copy paste mcm thn lepas. Mana taknya, ang kene keje. Tak dpt cuti pun. Dah kompeni komunis, mcm tulah jadiknya. Nothing special, bangun pagik oppss..tak pagik sgt, sebab mlm raye reen dtg melepak umah till 3am. So, paham2 je lah, buleh bangun kul baper k. Pastu, bersihkan sangkar anak nanie, vacum umah, bersihkan dapur, siap2 terus p umah akak aku yg 15 langkah dinosaur dari umah aku.
Lepak situ sampai ke Maghrib. Layan citer Kirana..hehehee.. Tup tap, dapat mesej dari reen, ckp nak dtg umah.. Smenjak dua menjak nih, kawan aku reen, nih rajin benor menemankan aku, bersempena ang ang yg hari2 balik menjelang waktu sahur. Terima kasih byk padamu reen. Pengorbanan mu itu hanya Tuhan yg dpt membalasnya. Seb baik dia ada, idaklah aku mati kutu bab borink dok umah. Mcm2 aktiviti lah kami buat, mostly, masak2, makan2, gossip2, tido2, sampai tengah mlm.
Itu je lah kot, citernya kali nih. Dah tak larat nak taip dah.... Dpt ide baru nanti, aku hupdate lah lagik. Harap tak terlmbt utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat muslimin muslimat sumer. Semoga Allah melimpahkan rezeki, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita2 yg murni utk kita semua. Amin ya rabbal 'Alamin.
Monday, October 11, 2010
Kesah Hari Rayer dan sewaktu dengannya


Dah lama giler aku tak buat new entry. Satu, sebuk pasal persiapan raye. Bila dah abis raye, aku plak demam sampai sminggu tak baik2. Pastu, sebuk plak dgn Naniey kuschen ku yg beranak masa rayer. Mcm2 lah kesebukan aku nih. Ok lah, utk mengelakkan konpius pada sesetengah pehak, baik aku buat dlm bullet point jek kan :
1. During rayer, nothing much. Mlm raye aku tido 5am. Mana taknya, time tu lah nak carik lemang kat sg. Sekamat, time tu jugak nak buat rendang ayam, nak kemas umah, etc. Ang ang plak, asyek keje n keje. Sumer aku yg kene buat.. Bencik!!!
2. Bila tiba hari raya..semua org bergumbira. Hehehe.... Termasuk lagu raye pulak. W’pun syawal dah abis kan? First day raye aku biasa2 jek. Salam2 dgn mek, dgn ang ang then p umah pakcik makcik aku. P umah kengkawan jugak. Tak meriah sgt. Mana taknya, sederet umah aku tuh, sumer balik kmpg kecuali umah aku. So, sgt sunyi sepi. Akak aku plak, beraye kat kmpg suami dia d Penang. So, cumer kami bertiga jek beraye thn nih.
3. Mlm nya plak, Maklang, paklang, sampai umah aku dari kmpg. Haaa..baru lah terasa kemeriahan di hari raye. Ahlil keluarga berkumpul. Best.. so, lepak2 lah kami, sambil mkn kueh raye sendiri.
4. Time raye plak, aku cuti seminggu. So, kak long, abg chik aku sumer dtg umah aku. Kami p air terjun, ala2 nak menghabiskan masa kan? Time kami balik air terjun, anak kuschen aku yg skrg dah jadik mak kuschen, beranak plakkkkkkk..... 4 ekor anak yg kluar. Tp, yg survive as todate, 3 ekor. Sumer comey2... sebijik mcm mak nya.. Tak sangka tul, naniey dah jadik mak kuschen.
5. Eh, baru lepas bergayut dgn yano. Dah selamat beranak dah dia. Syukur Alhamd. Anak nya 3.4kg. Kalau ada kelapangan, aku nak p melawat lah.
6. Weekend ritu, aku p tgk Magika dgn anak2 akak aku. Tak p tgk dgn ang ang pun, sebab ang ang sebuk keje. Bestlah citer tuh. Sungguh entertaining. Ala2 high sekolah muzikal lah. Berdialog sket, pastu nyanyi... dialog sket, nyanyi. Jln citer dia pun cepat. Idaklah borink. Diana D tu plak, sungguh comelll.. sangat natural look. Lakonan pun, natural..hihihi. Malas nak citer byk, kalau nak tau, p lah nengok sendirik.
7. Kat opis plak, aku dapat JD baru. Uiiihhh..lagik bertambah lah keje aku lps nih. Udahlah belajar sistem baru itu ini. Rasa makin bencik plak nak keje. Hari2 aku apply keje lain, tapi, adoooooooooooooo... Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah pintu rezeki kpd hambaMu ini. Bagi lah aku dpt bekerja di tmpt yg lain, yg dapat menjanjikan kerja yg baik dan rezeki yg halal.
Stakat nih sajelah citer aku kali nih. Bertemu di lain kali.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perasaan ku..... Family...
(30)
Perasaan ku.....
(28)
Happy Day...
(27)
Jejalan
(15)
Makan-makan
(12)
Baby pontotku
(11)
Vacation
(10)
Pet ku..
(9)
office
(7)
Bad day...
(6)
Tahun Baru
(5)
Movie
(4)
Pengisian rohani
(4)
Raye
(4)
perasaan
(2)
bandung
(1)
etc. relief...
(1)
jakarta
(1)







