Tuesday, July 27, 2010

Jakarta Kechilll….


Bertarkih 23hb 7 ritu, aku n kengkawan opis p menjamu selera di satu tmpt yg berdekatan dgn Jakarta. Eh, bukan di Indonesia sana nun, tapi, somewhere in KL jek… OK lah, sedap jugak, serasi dgn lidah ku. Esp. Sambal2 nya itu. Cendol nya, out.... tak sedappp mana pun.

Rupa2nya, kedai nih baru 3 minggu di buka. Patutlah, masih byk lagik aspek perkhidmatan yg perlu dipertingkatkan. Oklah, ckp byk pun tak guna... tatapilah gambo2 di bawah ini.

Oh ye, mcm mana tercetusnya idea nak p mkn kat sini, aku terbaca paper the matahari 1 day before. Langsung diadvertisekan tentang restoran Jakarta kechilll ini.. tuh yg buat kami nak mencuba tuh.. ok lah..layan sajekkk...

Friday, July 16, 2010

Trip yg dah lapok dek ujan.....








Trip yg dah lapok dek ujan...

Aku dah lama nak update pasal entry ke Jakarta – Bandung nih. Tapi, pe kan daya, dah clash dgn kenduri kendara aku lagik… kengkawan aku yg dah berjanggut nunggu aku forward gambo pun, dah naik fed-up dah! Ada sorg tuh, hari2 dok gentel karipap, sebab tensen punya pasal, tak dpt2 nak nengok gambo trip kami bersama… Maaf ye kome… Almaklumlah, aku nih, sebukkk… pastu, nak bawak kamera ke opis pun, sket punya bercinta… statement yg biasa aku mainkan di pendengaran mereka… Aku naik public transport, himpit2, susah nak bawak kamera, berattttttttt… camtulah.. Sampai kawan2 ku pun mcm dah pasrah jugaklahhh..So, alhamd. sekarang nih, ada byk sgt masa utk update. Actually, trip aku nih pd 9 hb 4 til 12 hb 4 ritu.

Ini merupakan trip kedua aku kesana. Mula2 memang nak pakai pakej, siap amik half day gik matta fair. Kami pun jumpa lah wakil2 dari Indonesia di Malaysia. Ada pakej yg kami berminat sgt.. so, setelah mencapai kata sepakat, pak indon tuh, suruh kami bank-in deposit. Sbg secure booking lah. Kami pun, p lah bank terdekat di PWTC tuh. Bank-in punya bank-in tak lepasss… rupa2nya, no. yg diberi merupakan akaun no. CIMB Indonesia. Kalau nak bank-in through deposit machine, memang tak buleh rupanya. Kene beratur di kaunter. Jam di tangan, menunjukkan 4.30 pm, slamat lah kan? Kaunter bank pun dah tutupppp.. Sungguh payah dan getir time tuh.. Kami pun patah balik p jumpa pak indon tuh. Paham2 je lah, ada beberapa hall yg kami kene lalui semula…. Rentasi sungai bagai.. kami gagahi jua.. Sampai2 di sana, pak indon yg bertugassss takde d tmpt kejadiannn… Hangin satu badan sebab dah penat bagai… terus kami decided utk balik umah jek…

So, ala2 eksyen, kami terus gamble jek nak p without pakej…. Memandangkan flight ticket ke Jakarta, tapi niat di hati, nak p Bandung jugak, kami nekad utk tanya any supir2 yg menanti tetamu di airport Soekarno-Hatta tuh nanti.

Setelah tiba, ada sorg pak supir yg approach kami. Kami pun, story-mory lah pasal kami yg gamble jek nihhh… Dia pun, memberi cadangan utk menaiki ketapi ke Bandung. Seeloknya, terus beli tiket ketapi immediately. Bagaikan sibuta, kami pun, ikutkan sajek, apa yg diadvice oleh pak supir tuh. Pasal hotel plak, pak supir highly recommended dok d satu hotel di tanah abg.

Nak di jadik kan citer, di Jakarta nih, susah tul nak jumpa bateri. Aku pun, ntah mcm mana ntah, buleh lupa nak beli bateri siap2 di KL. Dari satu kedai ke satu kedai kami p, tidak ketemu jugak.. So, tak dapek lah kami nak berposing sakan. HP plak, bateri konggg… Ada2 jekkk…. Nasib baik, setiba di Stesen Ketapi Jakarta, kami jumpa mini market. Alhamd. ada bateri. Posing lah kami puas2. Snap punya snap. Dapat 3 keping picas jek utk skali pakaiiii…. Apa daaa…haginnnnnnnnnnn jekkkk..so, aksi2 kami d Factory outlet, Rumah Mode dll tmpt yg best, takde lah tercatit dlm kenangannn…

Besok pagik, baru kami akan bertolak ke Bandung, naik ketapi lagik.. Kat Malaysia sendiri pun, aku tak penah merasa naik ketapi. Tp, di Jakarta, siap dpt naik ketapi lagik.

Mujurlah, sewaktu di Malaysia, aku dah beremail dgn satu hotel di bandung, yg mana aku penah tinggal di sana dulu. Dia berjanji akan menunggu kami di Stesen keretapi di Bandung….sampai di Bandung, rasa cam sampai kat KL. Bersyukurrr sgtt dpt ketemu org yg kita kenali…...

So, tatapilah gambo2 yg ala2 dah basi nih..hik….

Thursday, July 15, 2010

Gambo susulan sempena makan2........











Juadah2 yg kami makan : Sayuran, sotong tepung,butter prawn, ketam masak kam heong, siakap steam tomyam, sharksfin soup, kerang sizzling.... sila-sila

Monday, July 12, 2010

Mkn2 dan informasi



Baru kesempatan nak hupdate blog. Biasalah aku nih, kekadang byk idea, kekadang takde langsung.. Ok lah, nak citer pasal mkn2 seeafood ritu. Bertarikh 3hb July, Sabtu, aku n kakak opis ku berangkat ke K. Selangor pada pukul 5.30pm. Alhamd. sampai sana at 6.30pm mcm tuh. Keadaan persekitaran masih lengangggg.. masuk2 jek, terus nmpk ikan2 dlm aquarium, kerang dalam bakul, lobster lah, udang lah..mcm2..
Memang teruja nak menikmati mknan di situ. Bersebelahan sg. Selangor..maknanya,
Restoran nih, betul2 atas sungai... dgn angin sepoi2..memang indah skali pemandangan di sini. Kami jugak berpeluang nengok bot2 yg lalu lalang di situ.

Ok, menu dah di tangan, mknan yg kami order, Ketam 1 kg setengah masak kam heong, kerang besar sket drpd biasa masak sizzling, ikan siakap steam tomyam, sotong goreng tepung, butterprawn, sayur2an, sharksfin soup semangkuk, fruit juice dua jug, berserta nasik. Memang heaven gilerrr... aku kasik 9 bintang dari 10 bintang. Potion yg dihidangkan sumer byk2... dan keramahan tukang restoran yg 40 kali buat social visit ke meja kami. Tak abis soklan yg ditanya, samada mknan kami ok, mantap, meletops ke idak. Hehehe.. Very the strategi... bagus lah.. puas hati sgt mkn kat sini. Bayaran nya? Usah disebut..memang tak disangka2.. sgt lah berbaloi2 dah murahhh.. aku dan ang ang tak sabar nak berkunjung ke sini lagik... tunggguu...

Baru2 nih, kami di khabarkan bahawasanya, rakan sekerja kami di sahkan mengidap brain tumor. Masing2 beristighfar.. tak sangka sgt2.. sebab kakak tuh, sentiasa sihat dan ceria di mata kami. Sama2 lah kita berdoa agar beliau segera sembuh, dan dpt kembali bertugas spt sedia kala yek. Aminnnn...

Weekend lepas, aku n ang ang p merayap ke mines. Biasalah, sempena keberangkatan kami ke KK ujung bulan nih, beli lah sket persiapan tuk ke sana. Di samping tuh, ang ang hadiahkan sesuatu utk aku. Hehehee.. terima kasih ang ang...

Baru dpt call dari ang ang, sakit kepala sebelah katanya...siannn.. ntah nape ntah, bulan nih jek, dah dua kali ang ang jatuh sakit.. mmmm... semoga cepat sembuh ang..

Ok lah, hari nih Monday blues... malas giler nak keje… oh ye, besok aku bawak lah kamera hupdate gambo mkn2 aku tuh…. gtg ......

Friday, July 2, 2010

Jumaat dah tiba….



Alhamd. hari Jum. dah tiba. Aku suka sgt hari Jum. Kalau sampai hari Jum jek, mood aku musti OK, takde pun moncong2 bangun pagi nak p keje. Bukan aku gumbira sebab mlm tadi, adalah hari Khamis mlm Jumaat. Bukan jugak sebab hari Khamis ada slot drama Seram bertajuk citer Roh di tvthree. Tapi, sebab bila dah hari Jum. hari Sabtu dah cuti…yey..yey.. hehehee.. tu je sebab dia.

Nak citer kat sini, last Wed. mek aku dah balik kampong. Ang ang p anto ke Jln Duta, mek balik dgn mak lang. Sian mak. Tapi, pe kan daya, masing2 sebuk, ang2 hari2 balik lmbt, pak lang aku plak, ada jek urusan keje dia, so, takde siapa yg free nak antokan mek balik kampung. Terpaksalah mek balik naik bus jek. Bila mek aku dah balik kmpg, pe lagik... Mlm2 bantal aku basahhh.. aku pun tak tau lah naper. Sampai dah jadik bini org pun, aku tetap rindu kat mak aku giler babs punya rinduuu.. masa mek ada kat umah, aku jual mahal, siap p hang out dgn kengkawan lah, melepak umah akak aku lah. P tgk wayang lah. Tapi, bila mek dah balik kampung, baru aku menggelupurrr.... Ibu..ibu.. engkaulah..ratu hatiku.. I love you mek. Huhuhu.. Oklah, stop2 citer pasal mek, nanti air mata aku berjujuran kat sini..

Skrg nih, aku dah OK sket nak p keje. Sebab aku dah jumpa alternatif baru camne nak p keje. Kalau dulu, betapa ngok nya aku, park kat Bdr Tsk Sel, naik komuter. Udahlah kene lalu tol. Jammed + jauh + kawasan parking slalu cramped kalau lmbt p. Tp skrg, tidak lagik. Aku cumer park kat Serdang yg mana hanya 10 mins. dari umah aku, naik tren, voila! Sampai KL C. Bestkan? Kengkawan aku siap ckp, ingatkan ngok sampai pencen.. Hari2 p park kat bdr tsk sel jek. Hehehe.. Kat sini jek, aku dah jimat almost RM100 ++ sebulan tau. Tuh tak masuk duit minyak lagik. Sebab jarak ke BTS lebih jauh dari Serdang. Almost 30 mins lah jugak. See.. see.. see..
Aku bersyukur sgt... insya Allah, rajinlah sket aku nak p keje skrg nih..hik.

Hari Rabu ritu, aku p interview. Kat salah sebuah bank terkemuka di Masjed jamek sana. Aku nih, saje jek nak mencuba, forward resume kat kawan aku, then, boss dia panggil utk interview session. So, aku pun mencuba nasib. Insya Allah, kalau ada rezki, dpt lah, kalau tak dpt tuh, adalah hikmah di sebaliknya tuh..hik..

Mlm tadi, aku p bawak kucen ku mae mae p jumpa vet. Sian dia. Since tido luar, badan dia dah byk luka2. pastu, dah kurus sket dah. Bulu pun, ada yg gugur. Aku pun, sian nengok dia, bawak p jumpa vet. Mintak vaccined utk Leukimia skali. Iyelah, bak kata vet nih, kucen2 yg byk spend masa kat luar nih, cenderung utk dpt mcm2 penyakit, esp. Leukimia. Tuh yg aku kesian tuh. Langsung, check kalau ada kutu dlm telinga ke idak. Alhamd. Bersih telinga mae mae. Bebas dari kutu. Langsung vet dewormed kan dia, n sapu krim pada luka2 dia tuh. Baik sgt mae mae. By the time kene inject, dia baik jek. Tak menggelupur pun.. tak mcm tuan dia kan? Hehehehe…Harap2, mae mae ku cepat sembuh ye… ala potot cepoontot not net ku nih..

Insya Allah, besok petang, aku n the gang nak p mkn seafood di kuala Selangor. Member ku highly recommend sharks fin soup dia. Wahhh..menetes air liur ku ini. Nanti, once aku dah merasa seafood tuh besok, aku hupdate k. signing-off…lalalalallaa….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...