Friday, July 2, 2010

Jumaat dah tiba….



Alhamd. hari Jum. dah tiba. Aku suka sgt hari Jum. Kalau sampai hari Jum jek, mood aku musti OK, takde pun moncong2 bangun pagi nak p keje. Bukan aku gumbira sebab mlm tadi, adalah hari Khamis mlm Jumaat. Bukan jugak sebab hari Khamis ada slot drama Seram bertajuk citer Roh di tvthree. Tapi, sebab bila dah hari Jum. hari Sabtu dah cuti…yey..yey.. hehehee.. tu je sebab dia.

Nak citer kat sini, last Wed. mek aku dah balik kampong. Ang ang p anto ke Jln Duta, mek balik dgn mak lang. Sian mak. Tapi, pe kan daya, masing2 sebuk, ang2 hari2 balik lmbt, pak lang aku plak, ada jek urusan keje dia, so, takde siapa yg free nak antokan mek balik kampung. Terpaksalah mek balik naik bus jek. Bila mek aku dah balik kmpg, pe lagik... Mlm2 bantal aku basahhh.. aku pun tak tau lah naper. Sampai dah jadik bini org pun, aku tetap rindu kat mak aku giler babs punya rinduuu.. masa mek ada kat umah, aku jual mahal, siap p hang out dgn kengkawan lah, melepak umah akak aku lah. P tgk wayang lah. Tapi, bila mek dah balik kampung, baru aku menggelupurrr.... Ibu..ibu.. engkaulah..ratu hatiku.. I love you mek. Huhuhu.. Oklah, stop2 citer pasal mek, nanti air mata aku berjujuran kat sini..

Skrg nih, aku dah OK sket nak p keje. Sebab aku dah jumpa alternatif baru camne nak p keje. Kalau dulu, betapa ngok nya aku, park kat Bdr Tsk Sel, naik komuter. Udahlah kene lalu tol. Jammed + jauh + kawasan parking slalu cramped kalau lmbt p. Tp skrg, tidak lagik. Aku cumer park kat Serdang yg mana hanya 10 mins. dari umah aku, naik tren, voila! Sampai KL C. Bestkan? Kengkawan aku siap ckp, ingatkan ngok sampai pencen.. Hari2 p park kat bdr tsk sel jek. Hehehe.. Kat sini jek, aku dah jimat almost RM100 ++ sebulan tau. Tuh tak masuk duit minyak lagik. Sebab jarak ke BTS lebih jauh dari Serdang. Almost 30 mins lah jugak. See.. see.. see..
Aku bersyukur sgt... insya Allah, rajinlah sket aku nak p keje skrg nih..hik.

Hari Rabu ritu, aku p interview. Kat salah sebuah bank terkemuka di Masjed jamek sana. Aku nih, saje jek nak mencuba, forward resume kat kawan aku, then, boss dia panggil utk interview session. So, aku pun mencuba nasib. Insya Allah, kalau ada rezki, dpt lah, kalau tak dpt tuh, adalah hikmah di sebaliknya tuh..hik..

Mlm tadi, aku p bawak kucen ku mae mae p jumpa vet. Sian dia. Since tido luar, badan dia dah byk luka2. pastu, dah kurus sket dah. Bulu pun, ada yg gugur. Aku pun, sian nengok dia, bawak p jumpa vet. Mintak vaccined utk Leukimia skali. Iyelah, bak kata vet nih, kucen2 yg byk spend masa kat luar nih, cenderung utk dpt mcm2 penyakit, esp. Leukimia. Tuh yg aku kesian tuh. Langsung, check kalau ada kutu dlm telinga ke idak. Alhamd. Bersih telinga mae mae. Bebas dari kutu. Langsung vet dewormed kan dia, n sapu krim pada luka2 dia tuh. Baik sgt mae mae. By the time kene inject, dia baik jek. Tak menggelupur pun.. tak mcm tuan dia kan? Hehehehe…Harap2, mae mae ku cepat sembuh ye… ala potot cepoontot not net ku nih..

Insya Allah, besok petang, aku n the gang nak p mkn seafood di kuala Selangor. Member ku highly recommend sharks fin soup dia. Wahhh..menetes air liur ku ini. Nanti, once aku dah merasa seafood tuh besok, aku hupdate k. signing-off…lalalalallaa….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...