Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Luncheon, Dinner, Iftar....

Haa... 1 shot jek entry ku rini. Malas nak buat byk entry.

Bertarikh 22nd June, Kak Aida n family mengajak kami ke K.Selangor for dinner. Nyesal plak tak de snap group photo. Yg di snap cume lah makanan2 aje. Apalah....


Kantonese Kuey Teow + Bihun

Sharksfin Soup Terbaekkk....

Baby kailan Garlic...
Sizzling Kerang, Roti, Kam Heong Ketam
 Bertarikh 21st June 2013 ritu, Le Meridien Hotel invite kami secretaries for Luncheon. Tatapilah pic2 yg tak seberapa ini.



Dessert...
Fellow Colleagues...




Dim Sum.. All time Favourite..
 





Sushi Sashimi.. Love it...



Semalam, sempena Iftar, mek ada masak beberapa makanan... Spt dibawah.. yummy...



Udang Goreng Kunyit....

Ikan Rebus asam...

Kacang Phool - courtesy ofismate Singaporean






Thursday, January 31, 2013

Cerita Pemaging Lagi, Akakku...

Hari nih, aku menyirap lagi dgn si pemaging. Ada ke patut, sorg Lead Engineer tuh, suruh dia tolong arrange trip to Singapore, dia boleh tendang kat aku. Erggghhhh... Tapi, aku dgn penuh berhemah nya, terus ckp kat LE tuh, "Pemaging used to do the booking, but it's OK, i also can help you".

So, aku pon, buat lah sendiri segala bende alah membooking flight and hotel. Nak fly on Feb 4th nih. Alhamd. rezeki aku agaknya, segala keje2 dipermudahkan. Begitu mudah skali aku dpt menyelesaikan permasalahan ini. And LE aku dgn gembiranya dapat stay di Singapore. Pastu, dalam aku dok sebuk nak mengarrange trip to Singapore utk LE aku, boleh si pemaging tendang lagik keje ke aku. Kali nih, spt biasa lah, keje2 balaci, iaitu, mengphotocopy 10 sets of contract n procedure yg perlu di bawa ke Fabrication Yard kami, di Singapore.

Mmmm... bak kata akak opis aku, no more hattrick. Ritu, aku dah kene kan? ala, yg aku susah payah buat, berdiri berjam2 photocopy, berset2, tapi dia yg dpt nama tuh. Tp skrg, tidak lagik. Aku buat dek jek dgn suruhan dia tuh. Satu set pon aku tak photocopy. Hahahaa... Iyelah, dah lah aku sebuk dgn trip nih, lagik nak menambah keje aku lagi kan? Dia? bukan buat pe2 pon, siap sempat book tiket flight, sebab dia nak balik kampung, study ERL schedule nak ke LCCT lagik, kalau bus pulak, nak naik kul bape. Byk nya masa dia OK. Tapi, nak suruh aku buat keje dia.

Kalau reti appreciate hasil usaha aku, n highlight pada boss aku yg buat, tak pe gak. Dia jugak yg dpt nama. Erghh... Nyampah aku....

Abis sudah bab opis, aku nak citer pasal akak aku plak. Nak dijadikan citer, opismate cum besfren cum tempat luahan perasaan fren, kehilangan duit tabung di opis. Jumlah nya RM850. Mmmm.. so, out of nowhere, nak tau sape mangsa tuduh? Kakak aku. Bolehhhhhh... Dah takde kambing itam lain, akak aku yg jadik mangsa. Reason : Pada hari terakhir dia tgk duit tuh masih ada, adalah pada hari akak aku org paling lmbt kluar opis. Apa punya teori daaaa... Hello.. kalau makcik cleaner ke, security guard ke, mana kita tau kan? Lagi, bende nak jadik, dia tak kunci drawer dia pon. Bijak tak bijak. Kang, aku ckp dia bongok kang, duit tabung dia lagik banyak dari duit tabung aku. Tp, memang aku nak ckp, pompuan tuh bongok pon.

Ko, kalau dah tak pandai jaga duit, jgn nak salahkan org lain OK. Keturunan kitorg, belum penah ada lagik buat onar tau. Stakat RM850 tuh, RM8500 pon, aku buleh bagi akak aku pinjam. Ops, bukan aku lah kasik pinjam, mintak mak, mintak adik beradik, mintak ang2, makcik2 aku lah tapi... Haaaaa.... Setakat cincin berlian, gelang mak aku p gadai pon, buleh dapat lebih tau. Kalau akak aku jual tanah dia yg beli kat Langat sebab nak buat bungalow tuh, buleh dapat ratus2 ribu tau. Tu pon, kalau dia jual lah kan? So, setakat RM850 ko tuh, apa lah sangat. Mentang2lah akak aku tak kai sebranded dia. Ala2, kecik jek dia nengok akak aku tuh, so, akak aku lah yg dia tuduh...
Agak2 lah weiii.... Sah2, gaji akak aku lagi besor dari dia. Tu, gaji akak aku, belom kira gaji aku lagik. Belom kira pencen mak aku lagik. Erghhhhhhhhhhhh... Macam tu lah manusia, sendiri melakukan kesilapan, tapi, nak letakkan kesilapan pada org lain. Aku doakan agar pompuan yg menuduh akak aku tuh, mendapat hukuman yg setimpal. Aku nak ajak akak aku, n seluruh ahli kluarga aku, kalau boleh, jemput org surau, masjid bagai, baca yasin, doakan, agar kebenaran terbukti. And aku doakan, agar malapetaka lah pulak yg menimpa pompuan tuh.. Ni, sebenornya, idea dari Ahin. Aku copyright jek. Ahaks. Tapi, betoi kata Ahin, patutnya, akak aku ckp jek statement ni kat pompuan tuh..

Sesuka hati nak tuduh org. Ok lah, lagi lama aku mengarang, lagi lama aku maki hamun itu pompuan. So, lenkali, nak tuduh, nak ckp pe2 pada org, pandang2 lah sket. Tak tau dosa pahala ke? Mmm.. ok, lah, sekian saja coretan ku pada kali ini.... sama2 lah kita mengambil iktibar dari kejadian yg menimpa akak aku ini. Sekian. oh ye, selamat bercuti sempena menyambut hari wilayah.

Wednesday, January 23, 2013

Pemaging yg menjual daging bab......

Pada hari yg indah, dalam aku excited nak bekerja sebab besok nak cuti, aku telah terbangun dari lena d mana, aku alami peristiwa yg menyentap skali. Situasi nya begini. Penah tak alami, situasi di mana, kita dah bekerja sehabis baik, berhempas pulas, tp org lain yg dpt kreditnya. Haaa.. itu lah yg terjadi pada ku rini.

Bende nih, ala2 byk kali lah aku dah alami, since aku bekerja di opis lama lagi. Tapi, aku rasa penangan bekerja di tmpt baru nih, lebih teruk. Di mana, tempat aku bekerja nih, bosses akan appreciate giler2 dgn pe yg kita dah buat. Waima, tolong betulkan satu noktah pon, appreciationnya mcm kita dah betulkan satu paragraph utk dia. So, imagine lah, kalau aku betulkan satu paragraph utk dia. Haaaa...

Ok, nak dijadikan citer, tmpt aku bekerja nih, ada dua org secretary utk project aku. Aku panggil another sec. pemaging. So, pemaging nih, slalu mintak aku tolong dia buat keje nya. Dgn instruction yg sgt minima, aku mampu siapkan keje itu dgn tip top skali. Chewah, puji diri sendiri... bernanah skejap ler telinga mendengornya kan?

Ok, aku pon mampu mengproduce keje yg diminta. Iaitu, 15 set of contract n procedure yg setebal 4 - 5 inci total muka surat. So, spjg minggu lepas, aku n pemaging berhempas pulak menyiapkan buku contract itu. Sampai aku kene berdiri berjam2 di photocopy machine utk menyiapkannya lah.

Deadline nye, hari smlm. So, smlm siap lah sudah keje kami itu. Maka, hari nih, project manager ku balik opis, sgt lah happy bila segala buku contract n procedure tuh terbentang di atas mejanya. Dgn happynya, dia kluar bilik, and say thanks teramat sgt pd pemaging sambil mengenyitkan matanya. Kebetulan, pemaging dan aku, mmg sedang berdiskusi pasal keje. Malangya, Project manager aku tuh, x pandang langsung muka aku, and pemaging yg ada disitu, haram nak mentioned yg aku pon de tolong siapkan contract n procedure itu.

Peristiwa begini juga pernah berlaku pada aku dulu. Tapi, biasalah aku, yg x penah nak serik and sentiasa mengganggap yg pemaging pasti akan berubah dan menjadik baik... mmmmm.. rupanya2, jangkaan ku meleset. Kalau dah hati busuk bangkai bernanah tuh, tetap busuk bangkai bernanah jugaklah.

So, hari nih, aku nak lancarkan perang dingin dgn pemaging. Berkomunikasi dgn dia secara minimal. Menyampah mak. Aku dah bosan dengan org yg pentingkan diri sendiri, tak pikirkan pasal org lain. Sedangkan aku nih, sentiasa di sebelah dia yg sanggup menolong dia, di saat senang dan susah. Dan dia boleh buat kat aku mcm nih. Memang takde hati dan perasaan. Aku doakan agar dia dikenakan bala yg amat dahsyat skali. Aminnnnnnn.................

Tuesday, April 3, 2012

Cerita terkini....

Wah.. lama banget nih, nggak hupdate. di samping kepayahan utk hupdate, memandangkan opis ku cume buleh access internet during lunch hour jek, kesibukan xtvt seharian, kerja pon ada jugak... Kekeringan idea pon, turut terlibat.

Ok lah, memandangkan, dah lama nor aku tak hupdate citer aku, di bawah, ada listing yg pjg berjela tentang biter terkini ku....

1. Aku seronok bekerja di tmpt baru ku ini. Boss nya baik, bertolak ansur. Ramai mat salleh. segala2nya aku suka dan seronok. Kekadang, kalau org sekeliling kita baik, kita rasa mcm nak 10 kali baik dari mereka. hahaha.. Tetapi, biasalah maknusia, kalau dah baik benor, mula lah aku buat keje main2. salah itu ini. hik. bila dah buat salah, mula lah rasa bersalah. bak kata ang2. tgklah tu, bila dpt boss baik, boss kasik muka, staff pijak kepala. huhuhu.. tapi, bukan aku nak sgt buat salah, tapi, sebab aku malas nak check, sure, boss aku check punya lah. hehehe.. tuh yg aku buat keje ala kadar jek tuh.. huhuhu.. Eh, tak buleh.. tak buleh.. aku kene keje bersungguh, dgn rajin2 skalik.. huhuhu..

2. Mak lang dah balik kmpg. aku anto mak lang blk kampung dlm 2-3 lepas... huhuhu..s edihh.. selama nih, bukak pintu umah, nmpk mak lang tercongok tgh tgk tv. tp skrg, no more... tapi, mak lang blk kampung pon, mek ada dok sini. yeay... so, skrg nih, mek lah bantal golek ku. menjadi peneman setia ku di umah. i love you mek.. sudi dtg menemani anak mu ini. lalalalaa...

3. sepatutnya, 27th - 30th march ritu, aku and ang2 berangkat ke phuket. tapi, atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, kami tak jadik ke sana. sedeyyy tau.. kami dah siap beli beg baru lagik, utk kesana. tapi.. takpe. tak kan lari phuket di kejor. statement mek ku lor.. oh ye, pe sebab aku tak p? ha.. jeng3. aku nak citer lah nih.

4. Reason nya, am carrying a baby bump. hehhee.. alhamd. dah nk masuk 22 wks kandungan ku ini. Alahan, sumer tuh, aku alami spt org lain jugak. Mual lah, mabuk lah, ngantuk lah, tak de selera mkn lah, muntah lah.. tapi, kalau org lain buleh lalui, kenapa tidak aku kan? Aku berdoa, agar Allah berikan aku kekuatan utk aku menempuhi dgn kuat dan sihat, sehingga ke minggu 40. Aminnn....

5. Minggu nih, aku kene buat glucose test. mcm2 aku dgr psl test gula nih. sedap lah, tak sedaplah. oh tidak.. mula lah cuak menghantui diri ku.. doakan aku melepasi test gula nih dgn jayanya ye. smoga aku sihat, dan bebas dari penyakit.. aminnn..

ok lah, dah penat dah nak taip.. lenguh plak rasanya tangan ku ini. huk..
sehingga ke tulisan akan dtg. daaa...

p.s. : takde pic sebab malas nak upload.. huk.

Monday, November 14, 2011

Salam Aidiladha

Apalah aku nih, Hari Raya Haji dah lepas, aku baru terhegeh nak ckp Selamat Hari Raya Korban. Hik. Aku sebuk ok. Sebuk kasik sugar glider mkn, minum, mandi bagai. Raya Haji ritu, tak p mana pon. Selain family akak aku dtg berkampung kat umah, mak masak mcm2, akak aku pun masak mcm2. So, keje kami mkn, tido, baring, sembang, gossip, beli astro first citer hijab tuh.

Tu je lah aktivitinya. Ang ang spt biasa, d sebabkan co. Komunis, haruslah dia bekerja. Kalau tak bekerja, ala2 muntah darah lah boss dia tuh. Cisss.... komunis jugak lah yg untongggg...

Oh ye, nak komen sket pasal filem al-hijab tuh, eh lupa tajuk, hijab ke, al-hijab ke, ntah lah. Citernya sgt tak best / sgt ntah apa2 / sgt syok sendirik. Tang hantu tuh, mmg lah menakutkan giler, tapi tang hijab pierre andre di buka tuh, paling tak logic. Kata hijab dah dibuka, sepatutnya, buleh lah nmpk segala hantunya / syaitannya. Nih idak, susah payah dia p bukak hijab dia, tapi, bell ngasri dan kawan2nya, tak yah susah2 payah p jumpa mak itam utk bukak hijab pon, buleh nmpk anto gak. Mmm.. sgt confused dibuatnya. Pastu, siap p masuk umah lama. Confirm2 byk syaitan / jin dlm umah usang yg dah lama ditinggalkan. Tapi, maintain jek dia. Tak nmpk ber ekor2 antu / syaitan / jin pon.. mmm..ala2 ntah apa2 lah. Sape yg p tgk wayang, rugi jek p.

Aku yg stakat beli kat astro first nih pon, rasa cam nak mintak duit refund dgn jiran sebelah. Walaupun jiran sebelah takde kene mengena dgn ini citer.

Ok, abis citer pasal Raya Haji, aku nak citer pasal ofc baru ku. Masuk hari nih, genap lah dah dua hari dah aku keje kat sini. Syukur Alhamd. Tapi, tmpt baru, environment pon baru, aku masih lagik tak keruan utk mengadaptkan diri ku d tmpt baru ini. Cuak ada, tapi, syukur sgt, aku sempat jumpa Boss ku, smlm jek. Rini dan sampai minggu depan dia takde. Yeayy.. nganga je lah aku. Tapi, tu lah, kalau nganga pun tak sronok jugak, dah lah baru masuk, confirmed pun belum lagik. Kalau masuk2 ada buat byk keje, cepat sket aku pandai buat keje.. idaklah bila dia tanya soklan cepu emas, aku nganga jek..huhuhu..

Yeayy..rini aku dpt balik kul 5pm. Coz slama nih, aku balik 5.30pm ok. Best plak rasanya dpt balik awal, walupun sejam. Tuh belum masa bulan puasa lagik. Tak silap aku, buleh balik seawal 4.30pm ke, 4pm. Camtu lah.
Ok, smoge bertemu lagik di lain coretan..daaaa...

p.s. sorry takde gambo. org asyik ada jek dlm opis, nanti org takde, aku upload picas ofc baru ku yek....

Friday, October 21, 2011

Kerjayaku.... Jalan2......













Wahhh... lamanya tak hupdate blog. Kesibukan melanda ar. Lepas raya, aku looking forward nak menjongket p jalan. Balik jenjalan plak, Alhamd. aku mendapat tawaran bekerja di tmpt baru. Syukur .... Skian lama aku mencuba mencarik keje di tmpt lain, akhirnya, ketemu jua.

Selama nih, penah lah aku cuba di mana2 agancy yg berkaitan.. haramm.. hampesss.. nan adoooo... Tmpt yg bakal aku pegik nih pon, sampai dua kali aku penah p sana. First time dulu aku p, takde rezeki. Second time, alhamd. baru mendapat. Perasaan sungguh seronok. Tapi, sedeeyyy pun ada, iyelah, dah 3 thn 6 bulan dah aku kat opis lama nih. Segala memories sumer ada kat sini. Yg duka, aku tak nak ingat. Bg aku, segala duka tuh biarlah menjadik pengajaran dan buat pembakar smangat supaya aku menjadik insan yg lebih bersyukur dan redha. Yg happy plak, akan ku ingat sampai mati... Insya Allah.

Dlm tempoh nih, ramai jugaklah org yg aku kenal. Tak sangka, masa berlalu begitu cpt skali. Ofc lama nih lah, bermulanya penghidupan aku yg lebih baik. Dpt mengenal erti persahabatan yg sama2 susah, sama2 senang. Aku first time pakai kredit kad, buleh beli kete, berkahwin.. Mmg aku alami satu fasa perubahan yg begitu besar skali. Rezeki tuh sumer dtg dari Allah. Syukurrr....

Oh ye, last day aku kat sini pd 2hb. Nov. Slamat tinggal ye..... Doakan aku berjaya dlm menempuhi segala dugaan, cabaran dlm hidup ini, d samping menjadik seorg muslim yg solehah ... Aminnn...

Skrg, nak citer pasal jenjalan plaks. Tanggal 28hb Sept – 1 Oct aku ke Ho Chi Minh City fka Saigon. Tiba di HCMC seawal 10am. Sampai2 jek, dah ada someone yg menanti kami utk dibawa ke Hotel. Aku dok Kingston Hotel. Mmg cantek hotelnya. Walaupun bertaraf 3 star jek, tapi, dlmnya sama macam 5 star hotel di KL. Puas hati lah dok sini.

1st day tak kemana pon. Sebab ang ang dok qada’ tido dia sampai 8pm. Bulehhh.. Percutian kami nih free and easy jek, tak amik mana2 pakej. Coz motif lawatan, nak shopping and shopping jek. Hik. Bila ang ang dah bangun tido, baru lah kami kluar dari sarang. P mencarik restoran halal utk dinner. Alhamd. ketemu jua VN halal betul2 bersebelahan pasar mlm benh than.

Sampai di pasar mlm, bermulalah skill tawar menawar kami. Kat sini, tak semudah di Bandung. Kalau di Bandung, tak yah lah nak tawar menawar sampai nak mampos. Kat HCMC, jenuhh... kene tawar dan tawar dan tawar sampai terduduk ok. Mujur derang sediakan kerusi utk aku. Pastu, masalah komunikasi pun ada jugak. Nak ckp melayu, derang tak paham, speaking London, derang cumer tau 1 dollar, 2 dollar jek. Memang memenatkan.....

Selesai hari pertama, hari kedua, kami melawat di sekitar bandar HCMC plak. Mujur lokasi hotel kami betul2 d tgh HCMC. Utk melawat tempat2 bersejarah yg lain, cumer berjalan kaki dlm 10 min – 15 min. jek. Begitulah xtvt kami spjg lawatan. Pegik shopping, balik hotel, tido. Bangun tido, pegik shopping, balik hotel, tido. Eh, diselitkan skali dgn xtvt mkn2 ye. Ok lah, penat / lenguh nak taip. Tatapi je lah gambo America’s Next Top Model (you wanna be on top) ini..... Tyra Banks nengok, nangis jugaklah dia. Hua3....

Daa......

Thursday, August 18, 2011

Iftar di Le Meridien






Bertarikh 15hb lapan ritu, ofis ku menganjurkan majlis iftar di LM. Syukur Alhamd. aku doakan sape yg mengsponsor kami tuh dimurahkan rezeki hendaknya. Aminnn... Aku pun, spjg ramadhan nih, tak p lagik mkn2 mana2 tmpt best pun. So, tunggu chance ofis belanje, aku pun pegik lah. So, tatapilah picas2 tak seberapa ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...