Wednesday, September 8, 2010

Raya nak dekat dahhhhhh……..



Raya nak dekat dahhhhhh……..

Salam nak raye… sambil mendengar lagu2 raya, sambil tuh, aku terbayangkan hari raya dah. Malas giler nak bekerja. Kalau buleh, nak dok umah, sambil berguling2 sambil berangannnn nak beraya jekkkk.. tapi, pe kan daya, cuti tinggal ciputtt jek, kene lah menggagahkan diri dtg keje..hik..Kantoi ¡!! Aku blogging masa keje. Ahaks!

Ok lah, permulaan citer, nak citer pasal hp ku ilang. Nak di jadikan citer, hp ku ilang bertarikh 3hb sept. Hari jum. Kat surau plak tuh.. hanginnnnnnn jek aku.. tapi atas statement 14 ratus org kawan aku.. “Sabar lah t.. takde rezki nak buat camne, ada org ilang duit ribu2, sabar ye dgn dugaan tuhan”. Haaa. Camtu lah statement deme bagi kat aku. Tapi, bila aku dgr tang duit ribu2 tuh, memang aku lega sket.. stakat hp aku yg dah 3-4 thn aku kai tuh, apa lah sgt kan? Ada org lain, ilang barang lebih besar / tinggi nilainya dari hp aku tuh. Tapi, aku pun tak kesah sgt pasal hp tuh, cumer, aku syg kan hp tuh, alhamd. tak penah rosak apa pun sebelum nih. Sebab aku pandai jaga… jaga mcm mana? Haaaa..kengkawan terdekat aku, tau lah camne aku jaga..hihihi… senang jek, hp aku tuh, jenis slide2 tuh. So, stiap kali aku kai, aku tak penah tutup slide nye, mean : hp aku akan sentiasa ternganga.. tak tau nape. Tapi dah menjd kebiasaan . Aku jarang sgt nak slide balik..aku musti biaar jek dia terkangkang memanjang camtuh.. tp, alhamd. Bila buat camtuh, sampai ke saat ilang tuh, hp aku ok jek. Bebanding hp ang ang yg sebiji mcm aku tuh, dah slamat dah rosak 2 thn lps. Siap anto repair ok. Namun, tetap rosak balik…. Picas2 yg ditangkap kai hp aku tuh memang cantek2. idaklah persis tngkp kai camera DSLR, tp, ok lah…setanding dgn kamera digital yg lain. Tak tipu, betul aku ckp. Memang cantek gambonya. Pastu, ada byk contacts yg penting2. termasuklah akaun2 bank utk aku bayar utang piutang aku. Tapi, pe kan daya… kene lah aku pasrah. Hari berganti hari, lelama aku mcm buleh lupakan sket2 memori aku dgn hp tuh.. sesapa yg curik hp aku tuh, memang tak selamat lah ko nak raya.. ko makan jek lauk –pauk di hari raye, tercirit biritlah ko hendaknya… nak lagik? Ko tak leh bangun main bunga api pun. Ko akan terlantar dan terlantar sampai raye tahun depannnn.. tak leh bangun pun…aminnnnnnnnn… ok tak, kalau aku doakan camtuh? Geram lah.. hp buruk, tak kelas mcm i-phone tuh pun nak curik… pastu, dah nyusahkan aku, nak contact org sana sini pun payah. Mak aku nak contact aku pun susah. Kakak aku nak contact pun susah, ang ang pun sama. Aku nak bayar utang piutang aku pun, jadik tertunggak.

Pastu, aku kene p celcom centre lagik, nak amik simcard coz nak kai no. Yg sama. Udahlah aku kene dtg keje hari2, bila masa aku nak p celcom centre plak kan? Lagik lmbt aku p celcom centre, lagik lmbt lah, aku buleh kai hp. Oh ye, aku dah beli hp baru dah. Biasalah, aku yg menggelupur nih, simcard tak p amik lagik, dah menggelupur nak beli hp…hihii… Tq ang ang, sudi berkongsi bayor separuh2 utk hp baru aku nih….. habis sudah citer pasal hp. Aku nak citer pasal buat kueh raya plak.

Weekend ritu, aku buat kueh raya sama2 dgn anak2 akak aku. Memang best. Memang meriah. Mula2 selesaikan buat kueh raya derang, pastu, derang tolong buat kueh raya aku plak. First time lah, aku nak buat kueh sendirik. Resipe nya, aku mintak dari 12 ratus org. So, first trial, cornflakes bermadu aku tuh keras sampai terluka gusi. Second trial, alhamd. Ok, sedappp, crunchy, crispy, creamy, honeyyyyeeyyy.. hhaaaa.. camtu lah rasanya. Kalau agak2 nak rasa betul2, jemput lah dtg beraya kerumah.... ang ang siap mkn, dan suggest kalau nak buat berniaga kueh tuh thn depan pun buleh, katanya. Eleh, bodekk ada makna lah tuh.... nyampahhh.. dia tak tau betapa penatnya nak buat kueh2 raya nih. D sebab kan cornflakes bermadu aku tuh mkn sampai terluka gusi, kene lah aku buat kuih yg baru / lain.

So, kebesokan harinya, aku beli lagik skali barang yg sbijik mcm hari tuh, buat lagik skali... alhamd... spt tertera di atas, sumernya menjadik..aku gumbira..

Yey, dah siap satu kueh, buleh lah nak raya kan? ahaks.....

Umah aku tak kemas lagik nih, mek plak, sampai mlm nih. Siap beli kan oven utk aku. Katanya, nak buat kueh kelapa n biskut semperit menjelang raya. Eh, tinggal berapa hari jek lagik? Sempat mehhhh?? Mmmmmm.. tak pe lah, janji mek dtg beraya bersama aku cukuppppp...

Ok lah, dah abis citer dah. Di kesempatan ini, ingin ku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ................

Friday, September 3, 2010

Puasa oh Puasa....









Dah lama giler aku tak letak entry baru. Nak kata kan aku takde pe2 citer menarik.. belambak citer menarik..cume, aku malas jek nak titipkan kat sini. Hari2 pun, aku bukan bz mana pun, abis citer pun, aku downloading lagu2.. download soundtrack2.. itu je lah keje aku, sampai kul 5pm.

Sekitar bulan puasa nih, apa lagik, kalau bukan aktiviti iftar di sana sini. Awal2 puasa ritu, aku dan ang ang bebuka KFC jek. Mana taknya, otw nak balik umah, kami nmpk pasar ramadhan dah dipenuhi org.. Melekat, padattttt... Langsung takde mood nak dekatkan diri kat pasar ramadhan. Jam dah kul 7pm. Mati kutu nak mkn apa nih.. Last resort, KFC je lah kami mkn..... Nasi ayam. Seb baik KFC ada nasik..idaklah aku kebulur sgt... Sahur nya, musti mkn. Konsep ang ang. Kami siap tapau sesiap tomyam, dan beberapa lauk bagai, then perangat kan....

Dan hari2 seterusnya, ada yg iftar di Restoran Cerana, di Leha Kelfood, Johnnys (skrg dah confirm Johnnys tak halal, x mo pegik dah..huhuhu..), Secret Recipe, Mc D (paling slalu sebab nak mkn Grilled Chicken Burger my feveret), food court Jusco pun penah, Sushi Jusco, Mooncake pun penah (sebab dah pening nor nak mkn apa), Kedai mamak nasi kandar, kedai tomyam (lately nih), bazaar ramadhan (penah skali la...tak nak p dah, sebab mknan tak sedappp.. mcm hampeh, tebu rasa diesel) terus aku palang bazaar ramadhan nih.. etc. Baru2 nih, opis aku organised iftar di sebuah hotel. Sedap gak.. tataplah gambo2 yg tetera.

Oh ye, mlm nih, alamatnya kedai tomyam lor, sebab ang ang balik lmbt lagik. Besok pulak, dah janji dgn reen, nak p steamboat, somewhere in Kelana Jaya. Sahur plak, reen ajak p kpg baru.. insya Allah...

Mcm mana plak persiapan raye? Aku, alhamd. Aku tak beli byk pun, tak nak membazir, memandangkan aku dgn ang ang akan beraya kat KL jek. Mek pun, akan dtg umah aku beraya, so, takdelah byk mana pun aku beli. Sape jek yg nak mkn kan… Tapi, alhamd. Aku beli satu balang kuih raya, org2 lain kasik, dua balang… ini sudah bagus, tak yah susah2 aku nak p beli dah…hik… bukan jek kueh2 raya, sejadah raye, tasbih raya, stokin raye pun aku ada dpt… syukur alhamd. kepada rerakan ku yg sungguh baik hati / budi pekerti tuh, terima kasih diatas pemberian kalian…. Hanya Tuhan yg dpt membalas jasa kalian.. aminnn…..

Nak carik balang kueh pun satu hal…jenuh aku turun naik dari satu supermaket ke supermaket yg lain.. memang lah ada, cantek2… tapi, siap lah hargenya.. aku nih, nak kai sethn skali jekk..hiks… cari punya cari, akhirnya, ketemu jua yg berpatutan. 6 biji… alhamd. Under budget.. so, kalau nak tau rupa balang kueh raya aku camne.. meh lah dtg beraya di umah (actually, ada kome kesah balang kueh aku mcm mana? Hihihi)..

Takat nih je lah, coretan warna warni aidilfitri aku kali nih… Kalau aku malas nak buat entry pasal raya, aku nak ckp in advance kat sini, Salam Aidiliftri, Maaf Zahir & Batin. Raikan lah bersama yg tersayang …..tapi, kalau aku rajin… aku hupdate lah psl raye plakkkk…

So, signing off...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...