Friday, September 3, 2010

Puasa oh Puasa....









Dah lama giler aku tak letak entry baru. Nak kata kan aku takde pe2 citer menarik.. belambak citer menarik..cume, aku malas jek nak titipkan kat sini. Hari2 pun, aku bukan bz mana pun, abis citer pun, aku downloading lagu2.. download soundtrack2.. itu je lah keje aku, sampai kul 5pm.

Sekitar bulan puasa nih, apa lagik, kalau bukan aktiviti iftar di sana sini. Awal2 puasa ritu, aku dan ang ang bebuka KFC jek. Mana taknya, otw nak balik umah, kami nmpk pasar ramadhan dah dipenuhi org.. Melekat, padattttt... Langsung takde mood nak dekatkan diri kat pasar ramadhan. Jam dah kul 7pm. Mati kutu nak mkn apa nih.. Last resort, KFC je lah kami mkn..... Nasi ayam. Seb baik KFC ada nasik..idaklah aku kebulur sgt... Sahur nya, musti mkn. Konsep ang ang. Kami siap tapau sesiap tomyam, dan beberapa lauk bagai, then perangat kan....

Dan hari2 seterusnya, ada yg iftar di Restoran Cerana, di Leha Kelfood, Johnnys (skrg dah confirm Johnnys tak halal, x mo pegik dah..huhuhu..), Secret Recipe, Mc D (paling slalu sebab nak mkn Grilled Chicken Burger my feveret), food court Jusco pun penah, Sushi Jusco, Mooncake pun penah (sebab dah pening nor nak mkn apa), Kedai mamak nasi kandar, kedai tomyam (lately nih), bazaar ramadhan (penah skali la...tak nak p dah, sebab mknan tak sedappp.. mcm hampeh, tebu rasa diesel) terus aku palang bazaar ramadhan nih.. etc. Baru2 nih, opis aku organised iftar di sebuah hotel. Sedap gak.. tataplah gambo2 yg tetera.

Oh ye, mlm nih, alamatnya kedai tomyam lor, sebab ang ang balik lmbt lagik. Besok pulak, dah janji dgn reen, nak p steamboat, somewhere in Kelana Jaya. Sahur plak, reen ajak p kpg baru.. insya Allah...

Mcm mana plak persiapan raye? Aku, alhamd. Aku tak beli byk pun, tak nak membazir, memandangkan aku dgn ang ang akan beraya kat KL jek. Mek pun, akan dtg umah aku beraya, so, takdelah byk mana pun aku beli. Sape jek yg nak mkn kan… Tapi, alhamd. Aku beli satu balang kuih raya, org2 lain kasik, dua balang… ini sudah bagus, tak yah susah2 aku nak p beli dah…hik… bukan jek kueh2 raya, sejadah raye, tasbih raya, stokin raye pun aku ada dpt… syukur alhamd. kepada rerakan ku yg sungguh baik hati / budi pekerti tuh, terima kasih diatas pemberian kalian…. Hanya Tuhan yg dpt membalas jasa kalian.. aminnn…..

Nak carik balang kueh pun satu hal…jenuh aku turun naik dari satu supermaket ke supermaket yg lain.. memang lah ada, cantek2… tapi, siap lah hargenya.. aku nih, nak kai sethn skali jekk..hiks… cari punya cari, akhirnya, ketemu jua yg berpatutan. 6 biji… alhamd. Under budget.. so, kalau nak tau rupa balang kueh raya aku camne.. meh lah dtg beraya di umah (actually, ada kome kesah balang kueh aku mcm mana? Hihihi)..

Takat nih je lah, coretan warna warni aidilfitri aku kali nih… Kalau aku malas nak buat entry pasal raya, aku nak ckp in advance kat sini, Salam Aidiliftri, Maaf Zahir & Batin. Raikan lah bersama yg tersayang …..tapi, kalau aku rajin… aku hupdate lah psl raye plakkkk…

So, signing off...

2 comments:

AAR said...

salam t, akak nak minta maaf jika ada salah silap yg sedar atau tak sedar dlm persahabatan kita ye..
Harap ct maafkan...

selamat hari raya aidilfitri.
sampaikan salam utk mak & famili ct ok..

wslm

syurei said...

salam kak, siti pun sama jugak lah. mengambil kesempatan ini, utk mengucapkan salam aidilfitri, maaf zahir dan batin, jika perilaku siti selama ada menggurikan hati n perasaan akak.. mintak maaf dari ujung rambut, sampai ujung kaki. serta halalkan makan minum aku ye kak. n terima kasih utk segalanya. Smoga syawal tahun ini, disambut dgn penuh kesyukuran bersama insan2 yg ko sayang.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...