Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Family Getaway....

Wah.. excited mak jemah nk hupdate blog rini. Sebab nak citer pasal percutian kami skluarga. Mana x excitednya, dah berhandbag nih, bukan suka2 dpt p bercuti. Kene consider, keadaan semasa, journey mcm mana, bawak baby selesa ke tak, ang free ke tak.. Begitulah persoalan yg perlu di ambil kira kalau nak p bercuti.

Tp, pk mcm nak pecah kepala pon, bukan nya trip yg hebak2 pon. Stakat p tmpt dekat2 jek. Heheee... Excited nya, mcm p Istanbul 14D12N pakej kan? Hehheee.. Biasalah aku, propa and tahap menggelupor yg melampau.

Ok lah, malas nak citer byk2.. Tatap lah pic2 yg x seberapa ini. Credit to Ahin sudi menyumbangkan Camera DSLR nya buat kali ini, cum photographer percuma utk kami. Hehehee...

Wajah baru sampai..... Masa nih, laut tgh surut.. sgt cantik pemandangannya.. Sambil menyaksikan drama Korea secara 'live'

Baby pontot dah mengigil kesejukan, mak paknya, gigih gak mandi manda....

Malam gala dinner mak jemah...


Saje suka nak letak pic nih, sebab gaya pontot ala2 tgh nak bang solat Isyak... hik.

Sessi bekfast rombongan Cik Kiah

Dua beranak berjakuzi, maknya sebuk packing barang nak check-out. Huhuhu..

Ahin yg kasi idea posing mcm nih, aku copycat ler.. ok gak kan? hahaha..

Photogedics jap...

Nak jugak interframe slides kat belakang tuh...

Last day, check-out time

Sefamily...

Pak2 and anak2nya...

Mak2 n anak2 nya..

Saje letak pic nih, bangga dgn beg co. ku. hehehe..

bersantai di gazebo mengadap laut diiringi live band...

Gigih baby pontot berkuak lentakk....

Wednesday, February 20, 2013

Gong Xi Fat Chai di Kampung.....

Bertarikh 11hb Feb ritu, aku, baby pontot and ang2 berpeluang balik kampung di Kelantan. Alhamd. perjalanan kami berjalan dgn lancar. Tak jammed, hari tak panas, baby pon tidooo nyenyak jek. Bertolak dari awal pagi 7am dari umah, and tiba di Hential Tol di Gombak pada pukul 8am. Di sana, Ain, Fahmi and Adam the encem boy dah setia menanti kami.

Panaskan badan, sembang2 kejap, kami pon memulakan perjalanan. Mek ada bekalkan bihun goreng. So, dlm perjalanan kami de berhenti di beberapa tempat. Dan ini merupakan perjalanan balik kampung pertama buat kami sekeluarga. Bg ang, dia dah berpuluh kali balik dah, tapi, masa tu, without aku and baby. Jadi suasana balik kampung tu sgt berbeza bagi ang. Bagi aku and baby, of coz lah excited. Balik kmpg ler katakan, sape tak gumbira.

Alhamd. kami tiba dia Kelantan dalam kul 4pm gitu. Sebab pening, mencarik hotel yg ntah mana ntah letaknya. Ang2 pon satu, nama jek org kelantan, tp, tmpt yg kami nak dok nih pon, dia buleh tak tau. erghhh....

Hari pertama kami byk melepak di bilik, sebab dah seharian berjalan. Baby pontot sungguh happy, dapat bergolek2 atas katil. Hari kedua plak, pon tak dapat kemana, sebab seharian hujan, kluar pon stakat pegik makan jek. Then, masuk hotel balik. Hari ketiga, ke umah Mak mentua ku. Ok lah, family ang2 sgt welcome kedatangan kami. Kebetulan, masa tuh, derang buat open house. So, sgt lah ramai nya org di umah ang2. Sempat jugaklah kami beramah mesra, bertegur sapa. Ramai yg mencuba nak dukung pontot. Tapi hampa, sebab baby pontot dah kenal org. So, jgn harap lah dia nak di dokong oleh org yg tak dikenalinya.

Hari keempat plak, barulah kami berkesempatan melawat Kota Bharu and kawasan sekitarnya. Sesungguhnya, aku suka negeri Cek Siti wan Kembang ini. Orgnya ramah tamah, mknan nya sedap dan murah. Tempat shoppingnya, perghhh.. mmg best. Sempat lah kami ke Istana Jahar, Pengkalan Kubor, Tesco (KL ada tesco pon, menggedik nk ke tesco KB lagi), melihat segala Patung Buddha, ada yg baring, duduk, berdiri. Mlmnya plak, baru lah aku berkesempatan bershopping di Wakaf Che Yeh.
Tp di pasar Wakaf Che Yeh, baby pontot start tantrum plak. So, dpt shopping basic2 je lah. Nak memilih pon, dah tak sempat. Grab jek pe yg penting.. Mmmm.. mcm tu lah org dah ada anak kecik kan? Mmg sume kene buat dlm keadaan pantas dan efisyen... hahahaa... x leh nak lenggang kangkong mcm dulu2 dah.

Smpai hari kelima, hari Jum. Bye bye Kelantan.. Time to go home. Kami bertolak dlm kul 11am. Sempat lah ain shopping kan makanan utk ku di pasar. Alhamd. best sgt segala kuih muih and makanan kelantan yg dibeli. So, spt biasa, sepanjang perjalanan, duty aku on the road, mkn, tido, mkn tido, eh.. ang2, dah sampai KL? Begitulah saje cerita and titipan ku pada kali ini.....










Friday, February 8, 2013

Sepetang Bersama Ustazah Bahyah, Tukar Absorber & CNY Hols





Bertarikh 5th Feb, hari Selasa ritu, opis aku menjemput Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah utk tazkirah selepas Asar di surau opis kami. Alhamd. ilmu yg disampaikan daripada Ustaz n Ustazah sangat bermanfaat dan berguna utk kita semua. Sempat jugak dok semeja dgn Ustazah dan bersembang2 tentang aktiviti hariannya serta keluarganya. Ustazah seorg yg sangat humble. Bersembang dengannya, umpama bersembang dgn kawan2 yg mcm dah lama kita kenal. Orgnya manis, kurus, comeyyyy sangat. Tutur katanya lembut jek.. Tak jemu mata memandang. Terima kasih kpd Ustazah dan Ustaz, sudi meluangkan masa bersama kami di opis.

Insya Allah, aku nak balik kampung this CNY. So, aktiviti servis kereta pon bermula. Check sana, check sini, rupa2nya, absorber ko, dah totally out. Iyelah, spjg kai kete, tak penah bertukar2 absorber nya. So, kene lah tukar yg lain. Ang2 yg buat pilihan, nak absorber dgn spec yg tertentu. Kalau tanya aku, mmg zero knowledge. Apa bende absorber and apa fungsinya at the 1st place pon, aku tak tau. But now, dah menyaksikan sendiri bagaimana semua tuh ditukar, tau lah sket2.

Insya Allah, aku bertolak ke Kelantan pada Isnin nih. Berkonvoi dgn ahin. Doakan segalanya selamat ye. First time nak bawak baby berjalan sejauh ini. Doakan juga perjalanan kami smoothly. Amin...

Oklah, sekian, disini saja coretan ku pada hari ini. Aku cuti whole week next week.... So, urgent matters, teman2 sila lah contact HP ku ye. daaaaaaa....

Monday, June 20, 2011

Berkelah di pantai yg indah






Monday blues.... biasalah kan ,malas nak bangun, malas nak p keje, malas segala2nya. Bila dah sampai tmpt keje, malas nak buat keje. Hari nih, insya Allah, aku pose. Pose ganti. Hua hua hua. Punyalah byk dah bulan2 sebelum nih, ujung2 nih lah baru nak ganti. Huhuhu.. Ya Allah ya tuhanku berilah aku kekuatan utk aku meneruskan puasa ku pada hari ini dan hari2 seterusnya.

Teringin plak rasanya nak mkn kari kambing dgn nasik panas2. Pergghhh..memang sedapp. Mak aih, terus dah pk pasal berbuka. Baru sehari puasa.

Aku nih, letih dari balik PD pun tak ilang lagik nih. Kalau jadik reen, bestlah. Rini dia EL. Aku nih, buat ada byk keje kat opis jek, kalau idak, mau aku EL gak. Ahaks. Oh ye, PD trip aku, best lah jugak. Sebab dapat berendam dlm swimming pool puas2. Tak p pantai pun, sebab memasing tak nak mandi pantai. So, kami berkubang je lah kat swimming pool. Hotel yg kami stay pun, menarik gaks. Dpt nengok view yg cantek. Mlm harinya, ada xtvt cowboy show. Tp, kami tak p pun. Sebab dok sebuk nak mencarik seafood di pekan PD utk dinner. Alhamd. ketemu jua satu restoran seafood yg sgt ramai orgnya. Bak kata pakar dlm bidang pemkanan iaitu aku (hihihi), kalau ramai org kat satu kedai tuh,sure sedap. Alhamd. tekaan kami tepat.. tak meleset langsung. Memang sedap masakan disitu. Tapi, paling sedap tang ikan bakor jenahak je lah. Tomyam, lala halia, so-so jek. Tuh pun, ada order lauk lain, tak sampai2. lelama, nasik dah abis, lauk lain dah abis, kami cancel je lah order lain... hangin jek..

Di kesempatan ini, ada gak aku cuba2 blajo swimming dgn ang ang. Tapi, merajuk lebih byk dari belajo. So, terkubur jua hasrat aku utk blajo free style, backstroke and butterfly. Huhuhu.. Bencik tul. Aku nih dah lah cepat panik. Ang ang plak ngajo aku, mcm lah aku dah terror tahap synchronize swimming. Lelama aku give up. Hangin aku.... Begitulah aku.... Ang ang siap ckp, penat jek beranto beramik dari kelas swimming, resultnya adooo... Sabor lah. Aku baru p kelas tuh 4 kali. Takkan terus pandai kot kan?

Anyway, thanks ang ang coz sudi luangkan masa walaupun bz tahap gaban di tmpt keje, tetap berusaha utk menemani aku.. To reen, abg jan and my 2 nieces, thanks guys. You guys really made my day. Mmuaahh...

Takde byk picas nak d tangkap pun, stakat pemandangan dari tmpt tinggal kami...

Till then...daa...

Wednesday, February 9, 2011

Lanjutan dari balik kampung ritu....








Hari Jumaat, 4hb 2, kami p mandi air terjun lagik. Hari nih, bini abg chik aku, masak nasik goreng cina. Mak aihhh... yg terbaik dari ladang. Spinggan aku mkn.. memang sedappp... hancus lagik diet aku..huahuahuahuaa....

Hari Sabtu, 5hb tuh, kami bercadang nak ke Bukit Maxwell, dlm kul 11am camtuh sampai Bukit Maxwell aka Larut. Smpai2 jek tiket sold out. Rupa2nya, sehari, derang cumer sell off 200 ticket jek. Ada ke patot... So, tatapilah picas sedih tak dapat mendaki Bukit Larut.

Pusing2 kat Lake Garden, kami bercadang nak buang masa, langsung naik ferry yg cumer bawak pusing2 di sekitar tasek. Jadi lah, ilang kempunan kan??

Hari nih, aku nk mkn yong tau fu. Dah lama tak pekena ytf kat fud court tuh.. oklah, sampai sini sajek titip-titipan ku. Nanti aku sambung lagik k....daaa...

Friday, February 4, 2011

XTVT XTVT



Pagi buta dah kene bangun… Ang ang dok kejut aku sampai berguling sana sini aku. Suruh jugak aku bangun. Katanya nak ajak p beli roti canai. Mana taknya, memang dah menjadik kelaziman, musim2 cuti nih, tmpt jual roti canai kat kmpg aku nih, musti packed giler lah. Kalau buleh, lps subuh, kene ada sana dah. As expected, memang ramai giler pengunjung. Bukan tmpt lain tak jual, tapi, tmpt nih memang terkenal dgn kesedapan roti canai n kuah dhall nya. Sambil tapau, sambil mentekedarah skeping roti telur bawang.. Hancus lagik diet aku… ngeh..ngeh..ngeh…

Lepak2 dgn anak2 kuceng, sambil ang ang dok main bola dgn anak2 sedare, mek ajak p tesco. Mmmm… ke tesco plak kami. Pastu, pekene nasik campur kat restoran berdekatan tesco.

Balik dari Tesco, ang ang ajak p mandi manda di air terjun. Kat Tesco dah siap beli grilled chicken dgn jajan2 pe yg patut. So, here we go. Ke air terjun. Memang best tul air terjun kat sini, tak tercemar langsung mcm airnya mcm kat KL tuh. Hehehe… Sakan, siap main bola tampar kat sungai tuh… tataplah gambo2 kami nih… Rase cam nak pegik lagik lah…

Pastu, balik dari Tesco, mek ckp, Tok Su aku kasik sekor ayam kampong. Mek and mak lang dah siap buat sup dah ayam kampong tuh. Alhamd. melantak sup ayam kampong plakkk.. Memang sedappp dan lembut…. Tak sah, balik kmpg nih kalau tak mkn dan makan dan eat dan eating dan makannnnnn….

OK lah, till then. Nanti aku sambung lagik titipan aku utk besok. Ang ang ajak p bukit Maxwell besok. Insya Allah, kalau rajin, kami pegik lah. Kalau malas, adoooo…

Thursday, February 3, 2011

Kampung oh kampung

Balik kampong oh..oh…oh.. balik kampong

Alhamd. aku slamat sampai pagi buta kelmarin. Kul 9.30am camtuh aku sampai. Ala2 nak dekat sampai jek kmpg, aku sempat singgah pasar pagi, beli ikan, sayuran bagai. Nak cicah budu weiii…

Letak2 beg, tolong tgk mak lang masak, sembang2, mkn tenghari pun dah msk. Alhamd. dpt aku tahan diri dr mkn nasik. Aku mkn kuah kari cicah roti jek. Tapi, usah dikenang lah, sedap punya pasal, tanpa aku sedari, dah 3 keping roti aku mkn.. huahuahua… Serupa mkn nasik…. Takde maknanya…… Aku pasrah.. Nyesal kemudian pun tak guna… Segala mknan dah slamat masuk perut aku… Ang ang siap ckp, baru jek turun 3kg, balik kmpg nih, naik 4 kg plak kang. Ahaks. Aku tahuuuuu.. tapi, kang, tak makan rugi maaa..hiks…pastu, petang sket, aku ke pekan Tepeng. Huahuahuaaa… Jammed nya bukan main. Kalau public hols. Ruper itu lah. Org KL sumer berpusu2 blk kmpg. So, kat KL tak jammed, kat kampong plak yg jammed bagai. Singgah mkn ABC, char kuey tiaw bagai, pastu, balik umah….

Mlmnya, chik aku sampei. Pe lagi, bawak siput sudu… Ketam, ikan takde katanya. Sumer kwang2 dah conquer utk raye kwang2. So, terus mak lang n mek aku masak siput sudu tuh. Dah siap masak, kene serbu lah hhhh… 16kg chik aku belikan… Jenuh nak perabih. Siang siput sudu, mlm siput sudu, sahur siput sudu, menyudu2 kami mkn siput tuh.. Memang sedap… fresh gilerr..

Pg nih, mek aku masak nasi lemak daaa… mak aiiihhh.. bau nasi lemak tuh, meletoppp menusuk hidung aku. Tanpa aku sedari, nasik lemak tuh, dah selamat masuk dlm mulut aku… Huhuhuhu… Memang dugaan dari segi mknan di kampong ini, sungguh lah dashatnyaa… oh tidakkk… Aku dah mkn nasi lemakkk.. Aku tak dapat menahan napsu mkn aku. Ok, aku berjanji pada diri sendiri, lps2 nih, no more nasik ok… Insya Allah, besok nak p air terjun pecah batu. Nanti aku update lagik k…

Kekeringan idea dah. Daaa…

p.s. : Tgh aku menaip nih, bini chik aku dok tengah check ejaan daaa… Nanti lah aku sambung k… babaiiiii…..

Friday, July 16, 2010

Trip yg dah lapok dek ujan.....








Trip yg dah lapok dek ujan...

Aku dah lama nak update pasal entry ke Jakarta – Bandung nih. Tapi, pe kan daya, dah clash dgn kenduri kendara aku lagik… kengkawan aku yg dah berjanggut nunggu aku forward gambo pun, dah naik fed-up dah! Ada sorg tuh, hari2 dok gentel karipap, sebab tensen punya pasal, tak dpt2 nak nengok gambo trip kami bersama… Maaf ye kome… Almaklumlah, aku nih, sebukkk… pastu, nak bawak kamera ke opis pun, sket punya bercinta… statement yg biasa aku mainkan di pendengaran mereka… Aku naik public transport, himpit2, susah nak bawak kamera, berattttttttt… camtulah.. Sampai kawan2 ku pun mcm dah pasrah jugaklahhh..So, alhamd. sekarang nih, ada byk sgt masa utk update. Actually, trip aku nih pd 9 hb 4 til 12 hb 4 ritu.

Ini merupakan trip kedua aku kesana. Mula2 memang nak pakai pakej, siap amik half day gik matta fair. Kami pun jumpa lah wakil2 dari Indonesia di Malaysia. Ada pakej yg kami berminat sgt.. so, setelah mencapai kata sepakat, pak indon tuh, suruh kami bank-in deposit. Sbg secure booking lah. Kami pun, p lah bank terdekat di PWTC tuh. Bank-in punya bank-in tak lepasss… rupa2nya, no. yg diberi merupakan akaun no. CIMB Indonesia. Kalau nak bank-in through deposit machine, memang tak buleh rupanya. Kene beratur di kaunter. Jam di tangan, menunjukkan 4.30 pm, slamat lah kan? Kaunter bank pun dah tutupppp.. Sungguh payah dan getir time tuh.. Kami pun patah balik p jumpa pak indon tuh. Paham2 je lah, ada beberapa hall yg kami kene lalui semula…. Rentasi sungai bagai.. kami gagahi jua.. Sampai2 di sana, pak indon yg bertugassss takde d tmpt kejadiannn… Hangin satu badan sebab dah penat bagai… terus kami decided utk balik umah jek…

So, ala2 eksyen, kami terus gamble jek nak p without pakej…. Memandangkan flight ticket ke Jakarta, tapi niat di hati, nak p Bandung jugak, kami nekad utk tanya any supir2 yg menanti tetamu di airport Soekarno-Hatta tuh nanti.

Setelah tiba, ada sorg pak supir yg approach kami. Kami pun, story-mory lah pasal kami yg gamble jek nihhh… Dia pun, memberi cadangan utk menaiki ketapi ke Bandung. Seeloknya, terus beli tiket ketapi immediately. Bagaikan sibuta, kami pun, ikutkan sajek, apa yg diadvice oleh pak supir tuh. Pasal hotel plak, pak supir highly recommended dok d satu hotel di tanah abg.

Nak di jadik kan citer, di Jakarta nih, susah tul nak jumpa bateri. Aku pun, ntah mcm mana ntah, buleh lupa nak beli bateri siap2 di KL. Dari satu kedai ke satu kedai kami p, tidak ketemu jugak.. So, tak dapek lah kami nak berposing sakan. HP plak, bateri konggg… Ada2 jekkk…. Nasib baik, setiba di Stesen Ketapi Jakarta, kami jumpa mini market. Alhamd. ada bateri. Posing lah kami puas2. Snap punya snap. Dapat 3 keping picas jek utk skali pakaiiii…. Apa daaa…haginnnnnnnnnnn jekkkk..so, aksi2 kami d Factory outlet, Rumah Mode dll tmpt yg best, takde lah tercatit dlm kenangannn…

Besok pagik, baru kami akan bertolak ke Bandung, naik ketapi lagik.. Kat Malaysia sendiri pun, aku tak penah merasa naik ketapi. Tp, di Jakarta, siap dpt naik ketapi lagik.

Mujurlah, sewaktu di Malaysia, aku dah beremail dgn satu hotel di bandung, yg mana aku penah tinggal di sana dulu. Dia berjanji akan menunggu kami di Stesen keretapi di Bandung….sampai di Bandung, rasa cam sampai kat KL. Bersyukurrr sgtt dpt ketemu org yg kita kenali…...

So, tatapilah gambo2 yg ala2 dah basi nih..hik….

Thursday, January 28, 2010

Jalan2 mkn angin........






Alhamdulillah, setelah sekian lama kami mengira hari, masa, waktu, bulan, saat, minit, akhirnya sampai juga kami kat bandaraya Kuching nih. Byk jugak dugaan dan cabaran terpaksa aku n geng2 trip hadapi. Tapi, itu tak mematahkan langsung semangat aku n geng utk p mkn angin. Mana taknya, lps satu-satu ahli kump. yg tarik diri dari trip nih... Sungguh sedih... Esp ahli keluarga aku lah, lps satu insiden, ke satu insiden... Tuhan sajalah yg tau betapa sedihnya hati aku nih. Huhuhuhuh... tapi, takpe, ini sumer satu ujian utk aku dan aku harap trip kali nih, berjaya dan berakhir dgn penuh barakah di samping kami dpt menimba ilmu d tmpt org kan?

Aku tulih entry ni pun, masa aku menginap di salah satu tmpt di Kuching. Memang best giler tmpt nih. Aku suka. Sungguh privacy. Takde sapa yg mengganggu, malahan jauh daripada kesesakan maknusia2 yg lain..hehehee.. OK lah, tak larat nak menaip dah. Till then, tatapilah gambo2 kuching aku yg tak seberapa nih...

Tadaaaa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...