Friday, April 29, 2011

Yeayyy.>>Friday....


Dah lama tak de entry. Biasalah aku, bermusim, kekadang rajin, kekadang malas. Rini, bukan sebab aku rajin, tapi, sebab aku dah ngantuk tahap menti mentibang.. So, terpaksa lah jua menggagahkan penulisan..

Weekend nih, insya Allah, mek, abg chik and family dtg umah aku. Nak meraikan sedare kami yg berkahwin pd 1 May ini. So, reramai lah kami pakat2 dtg kenduri kawen. Looking forward sgt. Buleh berkumpol sedare mare. So, di sebabkan mek nak dtg, mlm tadi, spring cleaning tahap gaban lah aku and ang ang. Aku in-charge ruang tamu, ang ang in-charge, cuci kipas, cuci bilik air, mop satu umah, sapu stiap bilik and dapur, tukar cadar.. Hehehee... Adilkan?

Tp, bila umah dah bersih, rasa sedap mata memandang kan? tp, nak maintain, jenuhh...

Oh ye, nex week aku kene jadik pengrelief yg setia lagik. Bencikkk.. Tapi, dah koje.. kene lah buat. Huhu...

Oh ye, ang ang ada ckp, mungkin weekend nih, dia kene outstation. Org lain hols, ang ang kene bekerja. Seb baik family ku dtg. So, idaklah aku sedih sgt kan? Kalau aku sorg2 terkonteng2, mau aku panjat pokok mangga depan umah utk ilangkan rasa borink. Ok lah, tu je lah kot kisah buat minggu nih. Last but not least, Slamat Hari Pekerja. Smoga kita menjadik pekerja yg produktif, dan kurangkan kontroversi di tmpt kerja... Chewahh....

Monday, April 18, 2011

Monday bluessss....



Malas tul nak g keje rini. Bencik..bencik..Dah lah ujan rintik-rintik.. Bestnya lah kalau dapat tido.. Pagi td, lebih awal dari biasa, ang ang dah kejutkan aku dah. Katanya, takut jammed. Berguling2 jugak lah aku atas katil, mau 10 min – 15min. Nak carik feel bangun tido punya pasalll.. Ang ang plak, dok bising kat telinga.. Bangunlah.. bangunlah..bangunlah.. Katanya... Slama 10 min – 15min jugaklah suara dia mengejutkan aku..

Tgh aku tido habuan beberapa minit tuh, di kepala otak aku dok berpusing2, nak dtg keje ke idak? Nak dtg ke idak? Kalau tak datang, nak kasi reason apa? Nak ckp pening? Nak amik m.c.? Alahai, kalau tak sakit betoi2 nih, aku cuak sket nak jumpa doc. Aku nih, tak pandai belakon... Pastu, aku jenis tak suka mintak mc dgn doc. Biasanya, bior lah doc. Yg menentukan samada aku entitled dpt mc ke idak. Tak penah skali-kali aku mintak mc dgn doc. Ntah nape, memang sejak azali, mulut aku nih, memang beratttt sgt nak mintak mc.

Di antaranya, aku pk, kalau aku mintak, doc. Tak bagi mc, doc ckp, aku fit enough utk pegik keje, mana aku nak letak muka aku yg cute ala2 BCL nih? Phuiiii... Bawah meja? Bawah stetoskop??? Alahaiii..malu tau muka ku... Selalunya, aku sanggup EL. Tu pasal, cuti aku slalu jek tak cukup. Nak kata slalu sakit pun, alhamd. dlm sbulan tuh, payah jugak lah nak sakit. Huhuhu...

Oklah, lupakan psl mc. Aku nak citer pasal weekend ritu. Ang ang keje sampai pagi, start dari hari khamis, sampai hari Sabtu. Seb baik, akak aku and anak2nya, sanggup berkmpung kat umah aku. Idaklah aku kesunyiannnn.. Xtvt kami, nonton tv, nonton maharaja lawak yg diulang2 sampai beratus kali, sampai buleh hapal dialog peserta2 tuh, and nonton citer hantu... and buat masak2, buat makan2, buat2 tido.. camtu je lah, xtvt nya.

Ahad plak, ang ang qada’ blk tido dia yg berhari2 tak cukup tido tuh. Dari pagi buta dia balik, sampai nak ke magrib dia tido.... bulehh???? Tak kluar2 bilik. Aku dah buat mcm2 keje such as, tengok tv, main dgn panda (anak naniey), makan nasik bungkus yg dibeli siap2 oleh ang ang sedari pagi sampai dua kali, bermakna dua bungkus lorr.... Mkn sushi yg dibeli oleh anak buah aku.. Basuh tudung aku yg dah 2 minggu tak cuci2, ang ang tetap tido tak sedar diri..

Sungguh borink...sedor2 dah mlm. Ang ang ajak p pasar mlm. Mak aihh.. malas giler aku nak kluar... sebab nak tgk maharaja lawak buat kali ke 18 ratus..hihihi.. Bila dah kenyang, ngantuk lorrr.. then, tido... Simple jek xtvt aku weekend ritu.. skiannn....

Wednesday, April 13, 2011

Balik kampung.....


Weekend lps, aku anto mek aku balik kmpg. Sedeyyy lah, mau tak sedih. Biasa, nak p keje, ngadap muka mek dulu, cium sana sini, pastu, baru p keje. Kekadang, kalau aku dah bgn lmbt, sambil terloncat2 pakai sluar, aku salam lah dgn mek aku.. Pastu, sambung terloncat2 lagik, kluar umah. Hik...

Mcm tu lah keadaannya bila mek ada di umah. Bila ang ang balik lmbt, adalah peneman setia aku. Buleh lah aku golek2, dgn mek spuas2nya.. Memang best, kalau mek sentiasa ada dgn kita... mek..mek... engkaulah ratu hatiku.... Bila ku berduka, mek, hiburkan slalu.. Mek oh mek, engkaulah ratu hatiku... (teringat budak kecik yg nyanyi lagu nih dlm iklan susu lembu kat tv).

Masa aku balik kmpg tuh, musim duriann.. mak aihhh.. sampai sakit kepala aku, melantak durian. Ngap ngap, berdenyut2 jadiknya. Tapi, ada aku kesah? Bila lagik, aku nak melantak sakan tak hengat dunia mcm ni kan??? Insya Allah, lps raya, musim kedua buah durian lagi. Eh.. eh... mcm American Idola plak, ada season2 kan?

Tapi, memang best lah. Abg chik aku, bawak kepah and siput sedut and udang. Mmmmm.. Melantak lagik.. Abg chik aku nengok aku melantak mknan baik punya, langsung diajukan soklan. ”Dik, ko dah tak diet nasik cam dulu2 lagi ke? Dulu, bukan main, diet ko ye? Tak mkn nasik lah, tak mkn minyak lah.. La nih, adooo.. ko nih dik, memang lah... memanglah hangat hangat taik bab*”/^%*”. Boleh dia ckp camtuh kat aku? Sedih tau.. sedih.. tapi, dlm sedih2, dlm menitik air mata tuh, aku bedal jugak, pulut durian masuk dlm mulut aku.. hehehe. Ok lah, abis bab balik kmpg.

Bertarikh 8hb ritu, marked as last day bg kawan aku kat opis nih. Dia resigned daaa.. Sedey memang sedey.. tapi, demi mengejar rezeki dan cita2nya, kawan aku, tinggalkan opis nih, yg mana dia penah pasang angan2 nak keje opis aku nih sampai pencen. Hehehe.. Aku ucapkan pada kawan aku tuh, all da best dlm career dia. Keje rajin2. Jgn nakal2, rajin baca buku.. Eh, relevant mehh?? Alahai.. ting tong dah kapla otak aku nih..

Stakat nih je yek. Skiannn......

Eh, baru teringat lagik satu, weekend nih, nak p anto anak naniey kat kluarga angkatnya.. P dgn reen kot. Insya Allah..... Smoga kluarga angkat anak naniey, dpt menerimanya, seadanya... OK? Baru lah abiss...

Tuesday, April 5, 2011

Pulau Lagenda........ Umah baru Naniey anak beranak.......







Bertarikh 27hb Mac ritu, aku, ang ang, mek, kawan ku and family berkesempatan ke P. Lagenda. Cuaca hujan setiap hari. Sampai kan, xtvt mangrove island terpaksa di tangguhkan dari besok ke lusa, ke besok dan tomorrow..... Tapi, at last, alhamd. dpt jugak kami melakukan xtvt ini. Memang best, sebab satu experience yg baru bagi aku and ang ang. Mana taknya, explore Gua Kelawar, Gua buaya, eagle feeding, fish feeding, round island.

So, di sebabkan hari hujan, hari pertama dan kedua lebih bertumpu pada indoor tour. P underwater world, laman padi (ujan dah gerimis time nih), kolam air hangat, pekan Kuah dan shopping complex yg berdekatan. Hari kedua, aku kene food poisoning daaa.. Sampai muntah berkoyan2, demam, membuang plak, tak terkira byknya. Sampai p klinik lah. Bukan apa, aku harap, bila p klinik, cepat lah sket sembuhnya.. Maklumlah, nak berjalan2 lagik besok harinya... Lepas muntah, alhamd. lega terus badan aku, ada hati join kawan aku ke idaman suri.. hehehe... shopping pinggan mangkuk. Memang best kat idaman suri nih, daripada tak nak beli pe2, terus jadik beli pe2...hehehe..

Dari non-stick pannya, set pinggan mangkuknya, luminarc / visions / corningware, sumer cantek2... bak kata, dari sakit pening, muntah bagai, terus sihat dibuatnya bila dapat shopping menyoppingg...hik.

Hari ketiga nih, kami p mangrove island. Petangnya, sambil2 jenjalan, sempat lagik singgah mkn durian kat tepi jalann... memang best! Di kala malam, kami p mkn seafood, mak aiihh..murah gilerrr... dah order ikan jenahak, siakap, udang, sotong, kerang bagai pun, tetap murahh... memang terkejut masa nak bayorr.... Malam lain plak, kami p satu restoran di tepi pantai, segala jenis sup ada. Amik sorg smangkuk sup tulang, sup daging, sup perut bagai pun, tetap murah jugak. Sampai dua malam berturut2 kami mkn kat sini.

Lunch time, ada gak kami p mkn nasik kandar. Nasi kandar kat sini, berbeza mcm nasik kandar pelita bagai. Sebab nasik dia warna kuning. First time aku mkn nasik kandar mcm nih. Sedapppp.....

Sampai ke hari terakhir, flight aku 10.40pm, dari pagi, syukur alhamd. hari sgt baik. Cerah, terang, tak ujan. So, di hari terakhir aku kat sana, kaw2 lah kami meronda. Pack back-to-back. Dimulai dgn cable car, pastu, bird park, galeria perdana, dataran lang, perusahaan gamat. Memang puas hatilah, dapat explore sumer tmpt2 nih.. Syukur kepada Allah kerana memberikan cuaca yg amat baik utk kami menikmati keindahan ciptaanNya ini.

Disebabkan aku dan ang ang akan meninggalkan naniey and family, ang ang bercadang nak belikan umah baru utk naniey. Slama nih, dok bersempit2 jek di umah lama. Bukan main sronok, naniey anak beranak menikmati umah baru...Hehehe..

Skian saje coretan ku kali ini. Daaaa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...