Showing posts with label Bad day.... Show all posts
Showing posts with label Bad day.... Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Gem.. Gem.. Biru in Memories...

Masa aku menaip nih pon, terasa hiba dan sayu hati mengenangkn memories bersama gem-gem ku.
Gem-gem banyak berjasa buat kami sekeluarga. Kalau di ikutkan, memang aku tak mahu berpisah dengan gem-gem. Tapi apakan daya, kekangan ekonomi menyebabkan aku terpaksa melepaskan gem-gem.

Paling sedih, bila Ang2 menyuarakan pendapat bahawa gem-gem sudah menemaniku dari zaman anak dara ke alam rumahtangga, sehingga alam motherhood and fatherhood. Oh gem-gem. We love you so much. Kalau ada rezeki, in shaa Allah kami ingin ketemu lagi dengan gem-gem.

Baru aku mengerti yg selama ini org lain asyik berasa sedih melepaskan barangan kesayangan mereka. Now, baru aku faham dan merasai perkara yg sama.

Gem-gem sangat baik, tak pernah menyusahkan kami sekeluarga. Sentiasa berjasa..... Gem-gem, we are truly sorry. Bukan sengaja kami lepaskan gem-gem tau. Gem-gem kene ingat yg kami lepaskan gem-gem bukan kerana kami benci or lupa jasa baik gem-gem. Walau kami lepaskan gem-gem, sampai bila2 kami ingat pada gem-gem.

Baby pontot juga begitu.. Kenangan pontot bersama gem-gem pasti terpahat di ingatan sampai bila2...

Ok lah, utk mengelakkan byk air mata mengalir, aku signing off di sini.

To gem-gem. We all do love you.... Gem-gem ku selamat tinggal........ We're going to miss you baby gem-gem...
Seronok jek baby pontot tido with gem-gem... lena dibuai mimpi...
 Sessi menukar absorber gem-gem...

Sport rim hadiah buat gem-gem...

p/s : akan aku snap more pics with my love gem-gem....

Thursday, January 31, 2013

Cerita Pemaging Lagi, Akakku...

Hari nih, aku menyirap lagi dgn si pemaging. Ada ke patut, sorg Lead Engineer tuh, suruh dia tolong arrange trip to Singapore, dia boleh tendang kat aku. Erggghhhh... Tapi, aku dgn penuh berhemah nya, terus ckp kat LE tuh, "Pemaging used to do the booking, but it's OK, i also can help you".

So, aku pon, buat lah sendiri segala bende alah membooking flight and hotel. Nak fly on Feb 4th nih. Alhamd. rezeki aku agaknya, segala keje2 dipermudahkan. Begitu mudah skali aku dpt menyelesaikan permasalahan ini. And LE aku dgn gembiranya dapat stay di Singapore. Pastu, dalam aku dok sebuk nak mengarrange trip to Singapore utk LE aku, boleh si pemaging tendang lagik keje ke aku. Kali nih, spt biasa lah, keje2 balaci, iaitu, mengphotocopy 10 sets of contract n procedure yg perlu di bawa ke Fabrication Yard kami, di Singapore.

Mmmm... bak kata akak opis aku, no more hattrick. Ritu, aku dah kene kan? ala, yg aku susah payah buat, berdiri berjam2 photocopy, berset2, tapi dia yg dpt nama tuh. Tp skrg, tidak lagik. Aku buat dek jek dgn suruhan dia tuh. Satu set pon aku tak photocopy. Hahahaa... Iyelah, dah lah aku sebuk dgn trip nih, lagik nak menambah keje aku lagi kan? Dia? bukan buat pe2 pon, siap sempat book tiket flight, sebab dia nak balik kampung, study ERL schedule nak ke LCCT lagik, kalau bus pulak, nak naik kul bape. Byk nya masa dia OK. Tapi, nak suruh aku buat keje dia.

Kalau reti appreciate hasil usaha aku, n highlight pada boss aku yg buat, tak pe gak. Dia jugak yg dpt nama. Erghh... Nyampah aku....

Abis sudah bab opis, aku nak citer pasal akak aku plak. Nak dijadikan citer, opismate cum besfren cum tempat luahan perasaan fren, kehilangan duit tabung di opis. Jumlah nya RM850. Mmmm.. so, out of nowhere, nak tau sape mangsa tuduh? Kakak aku. Bolehhhhhh... Dah takde kambing itam lain, akak aku yg jadik mangsa. Reason : Pada hari terakhir dia tgk duit tuh masih ada, adalah pada hari akak aku org paling lmbt kluar opis. Apa punya teori daaaa... Hello.. kalau makcik cleaner ke, security guard ke, mana kita tau kan? Lagi, bende nak jadik, dia tak kunci drawer dia pon. Bijak tak bijak. Kang, aku ckp dia bongok kang, duit tabung dia lagik banyak dari duit tabung aku. Tp, memang aku nak ckp, pompuan tuh bongok pon.

Ko, kalau dah tak pandai jaga duit, jgn nak salahkan org lain OK. Keturunan kitorg, belum penah ada lagik buat onar tau. Stakat RM850 tuh, RM8500 pon, aku buleh bagi akak aku pinjam. Ops, bukan aku lah kasik pinjam, mintak mak, mintak adik beradik, mintak ang2, makcik2 aku lah tapi... Haaaaa.... Setakat cincin berlian, gelang mak aku p gadai pon, buleh dapat lebih tau. Kalau akak aku jual tanah dia yg beli kat Langat sebab nak buat bungalow tuh, buleh dapat ratus2 ribu tau. Tu pon, kalau dia jual lah kan? So, setakat RM850 ko tuh, apa lah sangat. Mentang2lah akak aku tak kai sebranded dia. Ala2, kecik jek dia nengok akak aku tuh, so, akak aku lah yg dia tuduh...
Agak2 lah weiii.... Sah2, gaji akak aku lagi besor dari dia. Tu, gaji akak aku, belom kira gaji aku lagik. Belom kira pencen mak aku lagik. Erghhhhhhhhhhhh... Macam tu lah manusia, sendiri melakukan kesilapan, tapi, nak letakkan kesilapan pada org lain. Aku doakan agar pompuan yg menuduh akak aku tuh, mendapat hukuman yg setimpal. Aku nak ajak akak aku, n seluruh ahli kluarga aku, kalau boleh, jemput org surau, masjid bagai, baca yasin, doakan, agar kebenaran terbukti. And aku doakan, agar malapetaka lah pulak yg menimpa pompuan tuh.. Ni, sebenornya, idea dari Ahin. Aku copyright jek. Ahaks. Tapi, betoi kata Ahin, patutnya, akak aku ckp jek statement ni kat pompuan tuh..

Sesuka hati nak tuduh org. Ok lah, lagi lama aku mengarang, lagi lama aku maki hamun itu pompuan. So, lenkali, nak tuduh, nak ckp pe2 pada org, pandang2 lah sket. Tak tau dosa pahala ke? Mmm.. ok, lah, sekian saja coretan ku pada kali ini.... sama2 lah kita mengambil iktibar dari kejadian yg menimpa akak aku ini. Sekian. oh ye, selamat bercuti sempena menyambut hari wilayah.

Wednesday, January 23, 2013

Pemaging yg menjual daging bab......

Pada hari yg indah, dalam aku excited nak bekerja sebab besok nak cuti, aku telah terbangun dari lena d mana, aku alami peristiwa yg menyentap skali. Situasi nya begini. Penah tak alami, situasi di mana, kita dah bekerja sehabis baik, berhempas pulas, tp org lain yg dpt kreditnya. Haaa.. itu lah yg terjadi pada ku rini.

Bende nih, ala2 byk kali lah aku dah alami, since aku bekerja di opis lama lagi. Tapi, aku rasa penangan bekerja di tmpt baru nih, lebih teruk. Di mana, tempat aku bekerja nih, bosses akan appreciate giler2 dgn pe yg kita dah buat. Waima, tolong betulkan satu noktah pon, appreciationnya mcm kita dah betulkan satu paragraph utk dia. So, imagine lah, kalau aku betulkan satu paragraph utk dia. Haaaa...

Ok, nak dijadikan citer, tmpt aku bekerja nih, ada dua org secretary utk project aku. Aku panggil another sec. pemaging. So, pemaging nih, slalu mintak aku tolong dia buat keje nya. Dgn instruction yg sgt minima, aku mampu siapkan keje itu dgn tip top skali. Chewah, puji diri sendiri... bernanah skejap ler telinga mendengornya kan?

Ok, aku pon mampu mengproduce keje yg diminta. Iaitu, 15 set of contract n procedure yg setebal 4 - 5 inci total muka surat. So, spjg minggu lepas, aku n pemaging berhempas pulak menyiapkan buku contract itu. Sampai aku kene berdiri berjam2 di photocopy machine utk menyiapkannya lah.

Deadline nye, hari smlm. So, smlm siap lah sudah keje kami itu. Maka, hari nih, project manager ku balik opis, sgt lah happy bila segala buku contract n procedure tuh terbentang di atas mejanya. Dgn happynya, dia kluar bilik, and say thanks teramat sgt pd pemaging sambil mengenyitkan matanya. Kebetulan, pemaging dan aku, mmg sedang berdiskusi pasal keje. Malangya, Project manager aku tuh, x pandang langsung muka aku, and pemaging yg ada disitu, haram nak mentioned yg aku pon de tolong siapkan contract n procedure itu.

Peristiwa begini juga pernah berlaku pada aku dulu. Tapi, biasalah aku, yg x penah nak serik and sentiasa mengganggap yg pemaging pasti akan berubah dan menjadik baik... mmmmm.. rupanya2, jangkaan ku meleset. Kalau dah hati busuk bangkai bernanah tuh, tetap busuk bangkai bernanah jugaklah.

So, hari nih, aku nak lancarkan perang dingin dgn pemaging. Berkomunikasi dgn dia secara minimal. Menyampah mak. Aku dah bosan dengan org yg pentingkan diri sendiri, tak pikirkan pasal org lain. Sedangkan aku nih, sentiasa di sebelah dia yg sanggup menolong dia, di saat senang dan susah. Dan dia boleh buat kat aku mcm nih. Memang takde hati dan perasaan. Aku doakan agar dia dikenakan bala yg amat dahsyat skali. Aminnnnnnn.................

Monday, January 21, 2013

Baby pontotku n Measles n Ruam Panas

Last Thursday, 17th Jan baby pontot kene penyakit di atas. At first, memang kami tak tau kene penyakit tuh. Coz, memula dia demam panas. Memang panas badannya, smapai ke 39 degree temp nya. Aku n ang2 bergegas bawak ke Klinik berhampiran. Doc pon bagi ubat melalui bontotnya, tak sampai sejam, alhamd beransur pulih..

Besok, Friday 18th Jan, aku balik dari keje, mak aih, badan baby panas balik. Cranky smcm. Mmg mencabar fizikal n mental aku n ang2. Kami tak tau nak buat apa. Mcm2 cara kami dah buat utk menenangkan baby. Tp, baby tetap mengamuk n mengamuk... Sungguh kesian nengok keadaannya begitu.

Again, cuba bagi ubat demam. Alhamd, time demam kebah, ok lah dia, bila ubat dah abis, dia akan cranky balik. Mcmtulah hari2. Minum susu pon tak berapa, mkn cereal pon, x berapa. Mmm.. Sedih nengok baby pontot ku begitu.

Sabtu malam, mek nengok, badannya ditumbuhi byk bintik2 merah. Mmm.. dgn experience yg ada pada mek, mek bagi tahu, yg baby pontot kene Measles, ala2 mild gitu. Sebab takde batuk bagai. Lalu, kitorg sapukan bedak sejuk, and mengseparuh bogelkan baby pontot ku. Tinggal pampers jek dia. Once dia dah separuh bogel, terus mood dia jadik happy, meniarap2, berguling2 kesana kemari. Ek eleh, tu je penyelesaian dia? Bukak baju, bukak sluar jek? Alhamd. terus baby pontot good mood and sudi nak main2 n ketawa2 bila di agah...

Dan, terus dah tak demam dah. Alhamd. sampai ke dinihari, baby pontot punya measles dah beransur pulih. Dan kembali happy spt sediakala. Idokler aku snap pe2 pic pon, masa dia demam n ditumbuhi measles2 tuh. Sebab penat n tak kuasa nak carik di mana camera aku dah. Nanti, aku rajin, aku gugel de tak, mana2 pic yg sama mcm ruam baby pontot ku itu.

Oh ye, satu lagik info nak tambah, aku jugak ada berusaha, kasik baby pontot, minum Aloe Vera gel dari Herbalife. Kata kakak ipar ku, Aloe Vera drink dari Herbalife itu, insya Allah, buleh nyejukkan badan. Alhamd. segalanya OK. Kita mampu berusaha, Allah jua yg menentukan...

Sekian, coretan pada hari ini...

Friday, January 6, 2012

Naniey ku dah pergi......






Pagi jum. nih, aku berasa hiba sgt. Sayu, tak bermaya.

Mlm tadi ,kul 2am, aku telah menyaksikan pemergian Naniey buat selama-lamanya. Di depan mataku sendiri, aku dapat melihat bgaimana anjing2 liar mengerjakan Naniey. Bukan sekor, bukan 2 ekor, tapi, sampai 5-6 ekor mengerjakan Naniey.

Ada yg mengkokak, ada yg menyalak2, ada yg menarik2. Sedar2, mek bukak pintu, Naniey dah tergolek di depan pintu umah ku. Aku sgt sedihhhh...

Patutlah, 2-3 hari nih, mata sebelah kiri ku tak berenti berkedip2. Aku bukan nak percaya, mungkin satu kebetulan. Tp, stiap kali ada perkara buruk yg nak terjadik, mata kiri ku, mesti jadik mcm tuh. Malas nk percaya, tapi, kebetulan mmg akan jadik sesuatu. Aku sedih..

Sebab, mulai hari ini, naniey tidak lagik mengantar aku pegik keje, atau menyambut kepulangan aku dari keje spt biasa. Aku sedihhh.. Bayangan naniey, masih segar dlm ingatan ku. Aku dah cuba sedaya upaya utk melupakan, tapi, terbyg2, saat2 naniey terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari cengkaman anjing2 liar tuh.

Aku sedih.. Aku terpaku... Tak byk yg mampu aku lakukan. Naniey potot... Rindunyaaaa... sama Naniey. Air mata ku, pasti akan menitis, stiap kali teringkat akan Naniey.Terutama bila dia berlari, dia melompat, dia menyendengkan badannya pada kakiku minta dibelai... Aku bela dia dari kecik, dari tak comey, sampai jadik comey.. Naniey..Naniey.. no more Naniey in my life. RIP for Naniey.. Love you...

Pada Panda, harap Panda sabar setelah pemergian ibu Panda ye...

Patutlah, sewaktu aku balik keje petang smlm, Naniey seronok bermain bersama anak2nya di luar rumah. Seolah2, mcm takde hari esok, dia masih sakan bermain, tak nak masuk umah. Walaupun hari dah senja kala itu... Aku panggil dia byk kali, dia menoleh manja kearah aku. Rupa2nya, itu merupakan renungan terakhir dari Naniey kepada ku..

Tuesday, November 24, 2009

Geylang si paku Gelang

Smlm, masa aku balik dari opis, spt biasalah, naik monorel LRT bagai. Tgh aku dok berangan2 tuh sambil nak kluar dari monorail, aku terlanggar tangan dgn seseorg. Aku pun buat dek je lah. Languns meneruskan perjlnan ke LRT pulak. Aku pun, mensuakan lah tangan aku masuk handbag. Sedor2 gelang tangan aku, udah takde. Menggelupur lah aku, menggigil, sebak, sumer ada menyelubungi diri. Aku patah balik p monorail. Adoooooo nak jumpa. Aku pun terus call mak aku, iyelah, gelang pemberian nenek moyang aku kpd makcik aku, kpd mak aku, kpd aku. So, mak aku pun dgn tabah, berckp, dah x de rezki, nakbuat mcm mana. Anggaplah gelang tuh dah takde rezki. Aku sungguh sedih..tak tau nak kata apa lagik…Aku berharap sgt, kalau suatu hari ada rezki aku, insya Allah, aku dpt balik gelang tuh. Insya Allah..

Kesah kedua aku, whole week nih, aku mengrelief lagik. Tapi, kali nih, relief big boss. Meloncat2 jugak lah aku, bila di beri task tersebut. Tapi, pe kan daya, meloncat sampai terjun bangunan opis aku nih pun, aku tetap kene relief jugak ye tak? Kat opis aku nih, konsep nya, bila hujung2 tahun, sumer sec. big boss akan bercuti panjang, ada yg sampai 2-3 minggu skali gus. Iyelah, konsep tak amik cuti awal2, sekali amik cuti, kaw2 lah kan? Mcm aku plak, ala2 bersenang2 dahulu. Awal2 tahun udah amik cuti usah di kenang. Last2, sendirik merana, ketandusan kergersangan cuti…ahaks.

Last weekend, aku hingat, nak balik kmpg. Kat kpg aku tgh musim buah2an. Tapi, apa kan daya, aku n hoosband, demam bersilih ganti, aku demam, dia sihat, dia demam aku sihat, bila dua2 demam, kucen kami mae2 plak sihat, mcm tulah dan seterusnya. Langsung, kami tak jadik balik kmpg. Insya Allah, raya haji nih, kami balik kmpg lah kot. Harap2 ada lah lagik buah2an tersebut. Ok lah, setakat ini sajek lah citer aku buat kali ini. Actually, aku nak hupdate jugak pasal citer birthday sorg suster kat opis aku nih, tapi, apa kan daya, aku kat tmpt org lain nih, tak leh nak letak gambo2 sempena majlis birthday tersebut. Insya Allah, ada di kesempatan lain, akuhupdate lah. Ciao…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...