Wednesday, February 20, 2013

Gong Xi Fat Chai di Kampung.....

Bertarikh 11hb Feb ritu, aku, baby pontot and ang2 berpeluang balik kampung di Kelantan. Alhamd. perjalanan kami berjalan dgn lancar. Tak jammed, hari tak panas, baby pon tidooo nyenyak jek. Bertolak dari awal pagi 7am dari umah, and tiba di Hential Tol di Gombak pada pukul 8am. Di sana, Ain, Fahmi and Adam the encem boy dah setia menanti kami.

Panaskan badan, sembang2 kejap, kami pon memulakan perjalanan. Mek ada bekalkan bihun goreng. So, dlm perjalanan kami de berhenti di beberapa tempat. Dan ini merupakan perjalanan balik kampung pertama buat kami sekeluarga. Bg ang, dia dah berpuluh kali balik dah, tapi, masa tu, without aku and baby. Jadi suasana balik kampung tu sgt berbeza bagi ang. Bagi aku and baby, of coz lah excited. Balik kmpg ler katakan, sape tak gumbira.

Alhamd. kami tiba dia Kelantan dalam kul 4pm gitu. Sebab pening, mencarik hotel yg ntah mana ntah letaknya. Ang2 pon satu, nama jek org kelantan, tp, tmpt yg kami nak dok nih pon, dia buleh tak tau. erghhh....

Hari pertama kami byk melepak di bilik, sebab dah seharian berjalan. Baby pontot sungguh happy, dapat bergolek2 atas katil. Hari kedua plak, pon tak dapat kemana, sebab seharian hujan, kluar pon stakat pegik makan jek. Then, masuk hotel balik. Hari ketiga, ke umah Mak mentua ku. Ok lah, family ang2 sgt welcome kedatangan kami. Kebetulan, masa tuh, derang buat open house. So, sgt lah ramai nya org di umah ang2. Sempat jugaklah kami beramah mesra, bertegur sapa. Ramai yg mencuba nak dukung pontot. Tapi hampa, sebab baby pontot dah kenal org. So, jgn harap lah dia nak di dokong oleh org yg tak dikenalinya.

Hari keempat plak, barulah kami berkesempatan melawat Kota Bharu and kawasan sekitarnya. Sesungguhnya, aku suka negeri Cek Siti wan Kembang ini. Orgnya ramah tamah, mknan nya sedap dan murah. Tempat shoppingnya, perghhh.. mmg best. Sempat lah kami ke Istana Jahar, Pengkalan Kubor, Tesco (KL ada tesco pon, menggedik nk ke tesco KB lagi), melihat segala Patung Buddha, ada yg baring, duduk, berdiri. Mlmnya plak, baru lah aku berkesempatan bershopping di Wakaf Che Yeh.
Tp di pasar Wakaf Che Yeh, baby pontot start tantrum plak. So, dpt shopping basic2 je lah. Nak memilih pon, dah tak sempat. Grab jek pe yg penting.. Mmmm.. mcm tu lah org dah ada anak kecik kan? Mmg sume kene buat dlm keadaan pantas dan efisyen... hahahaa... x leh nak lenggang kangkong mcm dulu2 dah.

Smpai hari kelima, hari Jum. Bye bye Kelantan.. Time to go home. Kami bertolak dlm kul 11am. Sempat lah ain shopping kan makanan utk ku di pasar. Alhamd. best sgt segala kuih muih and makanan kelantan yg dibeli. So, spt biasa, sepanjang perjalanan, duty aku on the road, mkn, tido, mkn tido, eh.. ang2, dah sampai KL? Begitulah saje cerita and titipan ku pada kali ini.....










Friday, February 8, 2013

Sepetang Bersama Ustazah Bahyah, Tukar Absorber & CNY Hols





Bertarikh 5th Feb, hari Selasa ritu, opis aku menjemput Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah utk tazkirah selepas Asar di surau opis kami. Alhamd. ilmu yg disampaikan daripada Ustaz n Ustazah sangat bermanfaat dan berguna utk kita semua. Sempat jugak dok semeja dgn Ustazah dan bersembang2 tentang aktiviti hariannya serta keluarganya. Ustazah seorg yg sangat humble. Bersembang dengannya, umpama bersembang dgn kawan2 yg mcm dah lama kita kenal. Orgnya manis, kurus, comeyyyy sangat. Tutur katanya lembut jek.. Tak jemu mata memandang. Terima kasih kpd Ustazah dan Ustaz, sudi meluangkan masa bersama kami di opis.

Insya Allah, aku nak balik kampung this CNY. So, aktiviti servis kereta pon bermula. Check sana, check sini, rupa2nya, absorber ko, dah totally out. Iyelah, spjg kai kete, tak penah bertukar2 absorber nya. So, kene lah tukar yg lain. Ang2 yg buat pilihan, nak absorber dgn spec yg tertentu. Kalau tanya aku, mmg zero knowledge. Apa bende absorber and apa fungsinya at the 1st place pon, aku tak tau. But now, dah menyaksikan sendiri bagaimana semua tuh ditukar, tau lah sket2.

Insya Allah, aku bertolak ke Kelantan pada Isnin nih. Berkonvoi dgn ahin. Doakan segalanya selamat ye. First time nak bawak baby berjalan sejauh ini. Doakan juga perjalanan kami smoothly. Amin...

Oklah, sekian, disini saja coretan ku pada hari ini. Aku cuti whole week next week.... So, urgent matters, teman2 sila lah contact HP ku ye. daaaaaaa....

Tuesday, February 5, 2013

Cucuk 5 bulan...

Bertarikh smlm, 4th Feb 2013, aku and ang2 bawak baby pontot khuntut tuh ke klinik utk injection 5 bulan. Cucuk 3 serangkai nama diberi. Baby pontot dah nak menginjak 6 bulan dah. Tp, atas sebab ayah nya yg sgt sebuk mengalahkan org2 lain yg lebih sebuk di dunia ini, smlm baru nak p cucuk.


Alhamd. senang jek proses nak menginject nya, sebab aku dah tukor klinik. Tak p cucuk di Klinik Kesihatan dah. Aku p klinik yg berdekatan dgn umah ku jek. Moreover, sebelah Cosway yg tmpt aku slalu beli barang tuh. Hehee.. So, sampai2 baby ku giliran yg ketiga. Sempat jugak aku and ang2 singgah speedmart and p Cosway, shopping2 brg sket. Masuk klinik, voila! turn baby pontot sudah.

Masuk2, doc nya, seusia bapak2 gitu, sungguh bertenang. Di letaknya baby atas katil, bukak rompernya and jab di bontot. Baby ku tak sempat nangis pon, sebab doc tuh sgt cekap and efisyen. Hehehee..
Aku n ang2 sama2 tergelak, sebab selama nih, sure dia nangis punya.. satu klinik pon boleh dengor. Tp smlm, alhamd. bertenang jek baby pontot. Oklah, abis citer pasal baby pontot.

Insya Allah, rini mek balik. Yeay..idak ler aku kesunyian lagik. Ok lah, itu sajek coretan ku di hari ini. Tak bestnya, tak leh letak pic. Memang aku nak upload sgt pic2 yg aku dah snap during last weekend. Tp, pe kan daya, sifu tak angkat phone pon. Sape lagi sifu nya kalau bukan Ahin. Dia lah yg terror upload pic dlm blog. Ahaks.

K lah, skian saja coretan ku, lunch time pon nak abis dah. Babaiii...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...