Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013, Selamat Tinggal 2012

Love you baby. Smoga menjadi anak yg soleh dan sihat sentiasa... amin...



Ketika berumur 3 minggu...

Salam Tahun Baru 2013. Cuma berapa jam je lagik, kita bakal menginjak ke Tahun Baru. Rasa sedih + hiba + gembira pon ada. Rasa mcm betapa diri ini kerdil. Banyak peristiwa manis dan pahit yg aku n family alami. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T. kerana masih memberi aku kesempatan melalui Tahun 2012. Segala peristiwa pahit akan ku jadikan sebagai pengajaran dan mengajar erti kehidupan buat ku. Manakala, peristiwa manis, akan ku pahatkan sebagai memori indah buatku. Syukur padaMu ya Allah, atas segala limpah kurnia mu....

Ofisku rini, boleh balik at 4pm. Depend pada boss. Ade dept. yg boleh balik after lunch pon. So, jam 5.26pm, aku masih di sini, setia menunggu ang2 jemput. Huhuhuhu... Tu yg ada masa blogging tuh. Ahaks.

Sebenornya, takde pe yg aku nak titipkan. Cume nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 pada rerakan ku sekalian. Semoga Tahun Baru ini, adalah tahun yg lebih baik dari Tahun 2012. All da best, dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yg ingin kita ceburi dan lakukan. Amin.....

Thursday, December 27, 2012

Baby ku...

Tanggal smlm, bulan duabelas, dua puluh tujuh haribulan. Baby khuntut pontot aku tetiba mengiring kan badannya.. Part mengiring tuh, mmg slau dia buat, tapi tak semena2nya, tetiba dia terus meniarap. Syukur Alhamd. dah menginjak ke fasa yg baru dah baby aku tuh. Aku n ang2 sungguh geli hati tgk situasi baby masa tuh.

Masa baby meniarap tuh, punggungnya terangkat2, tergoyang2, sambil lututnya menghala ke depan ke belakang. Hahhaaa... So cute.. (eh, terpuji anak sendiri ler puloks). Maksud aku, perbuatan nya sungguh cute and mencuit hati. Tp, idokler aku snap pe2 pic pon. Tak terpk pon. Biasalah aku, tak leh pk 2 things at 1 time. Hehehe..

Nanti, kalau baby ku meniarap lagik, aku snap picas ye...

Pic masa kenduri ritu.... dah x de stock pic yg lain.. ini pon jadikler...

Gitulah citer ku utk hari ini. Babai....

Wednesday, December 26, 2012

Lupa username and Password

Huh... Aku hampir2 tak dapat nak login Blog aku nih.

Ntah mcm mana buleh terlupa username. Jenuh aku buat dari umah. Sentap tau..
Alhamd. setelah bermcm2 cara, dpt jua aku menglog in kan diri.

Oklah, back to basic.. eh..eh.. back to cerita aku, aku nak citer pasal cuti2 bawak baby ku bertarikh 20th Dec until 25th Dec ritu.

20th sampai 22nd Dec kami skluarga ke Teluk Senangin, Lumut. Stay di Chalet Sri Senangin. Aku recommend korang2 dok sini. Sebab kedudukannya yg strategic dgn pantai. Maklumlah, 10 langkah perjalanan jek, dah sampai pantai. So, bile tido mlm tuh, terdengar hempasan ombak ke pantai.. Wow.. sungguh best.. Ang2 plak, time ni lah, nak mengasah bakatnya dalam arena memancing. Sampai ke 2am-3am, dia memancing tau tak? Memang bestlah, dpt 7 ekor ikan gelama, sekor ikan sembilang... Suka ar dia...
baby pontot and anje....



 B-B-Q time


 Happy Bday kak chik
 Lokan oh lokan.. sedapnya kau..
Sup ketam tulang yg sgt sedapp...
 Che' Piah yg sgt comey.. buleh buat iklan ubat gigi..

 Byknya che' piah mkn..
Ketam ang.... sebab tak bagi aku rasa sket pon.. nyampah..



Sume seafood pon fresh2...

Dan ketika kami disana, kami jugak meraikan bday kak chik yg ke 14thn. Sungguh happy dia, sebab surprise. Ala2, kami muka memasing rilek x nak celebrate bday dia yg tanggal 21st itew, sedor, ada kek eskrem dihidangkan. Sronok ar member, senyum sampai ke gusi..

Waktu siang disana, kami perhati nelayan2, naik ke tepi pantai, and terus beli seafood dari mereka. Memang murah dan berbaloi. Bygkan, ketam biru size XXL cume RM15 sekg. Manakala Lokan, Sekg RM2.50. Ikan jenahak pon sama RM30 sekg, ada jugak sotong, pari yg kami x ingat dah berapa regenya. Mmg best lah. Ala2, kehidupan di sana, bekfast seafood, lunch seafood, dinner, brunch, supper, sume seafood.. hehheee.. Ala2, aku balun cukup2, membayar, hutang tertunggak masa aku berpantang ritu. ahaks.

Masa pon berlalu, pada 22nd Dec, kami check-out and terus menuju ke Tepeng. Kampung unggei, maklang, mek, nenek ku. Dlm perjalanan sume keletihan, sebab baru balik dr pantai. Sumer pon ternganga tido, termsk aku and baby. Sedor2, dah sampai Tepeng. Mlmnya, kami jln2, carik mkn lagik. Of coz lah kami p Medan Selera yg terletak bawah Larut Matang. Pekena Pasembor + Sate + Mee mamak. Balik umah, tido, dan besoknya, hari rehat sedunia. Memasing qada' tido. sebab keletihan di Teluk Senangin Lumut masih belum ilang lagi.

Sehinggalah kebskan harinya 24th Dec, Unggei mengajak kami ke Tepeng, utk jln2 carik cendol and pasembor. Malamnya plak, kami beramai2, ke Safari Night. Sronok lah bebudak tuh, bertemu rakan2 mereka dari dekat. hehehee...
Skali lagik, balik jln2 d zoo, kami pekena sotong kongkong + yong tau fu di Medan Selera lain plak. Yummy, mmg best + sedap..

Masa nih, tgh tgk otters yg sungguh comeyy..
Me n adik kembor

Bebudak...
 Chik n anje
aku baru perasan c adik kembor p cium patung singa nih. hahaha...

Menjelang 25th Dec, kami dah bersedia2 utk pulang. Tp, aku n ang2 bercadang, nak turun Lumut dulu, sebab ritu, memasing keletihan dan tak sempat nak shopping brg2 seafood. So, kami turun di Lumut dan sempat dinner di Restoran berasaskan seafood di sana. Alhamd. nearly 2am, kami selamat sampai ke KL. Mmg percutian kali nih, sgt best dan sgt packed dgn acara bermcm2. Insya Allah, kalau ada rezeki, kami nak p sana lagik. aminn....

Skian, kali ini saja coretan ku ini... Daaa....

Thursday, December 13, 2012

Lamanya rasa....

As salam,

Aku sungguh rindu dlm arena blogging ini. Mmg lama giler takde entry. Mana taknya, since ada baby, since berkecimpung dlm bidang motherhood nih, kai kain sendiri pon tak sempat. Chewah, menunjukkan kebizian giler aku tuh kan?

Oklah, di sebabkan lama takde citer, aku akan type in pe2 citer yg aku hingat je yek. yg dah lelama tuh, kalau aku hingat, di lain kali akan ku hupdate.

Bertarikh 9hb Dec ritu, baby pontot ku dah menginjak ke umur 4 bulan. Syukur Alhamd. sekejap jek masa berlalu... Pejam celik pejam celik... dah 4 bulan. Mcm tulah perasan sume mak2 kan? Ala2 anak yg menjadik keutamaan skrg nih. Keutamaan mak bapak, letak sebelah jek. Hehehee...
baby pontot yg dah 4 months itew... kak chik si sarang burung yg dokong


Cerita kedua, bertarikh 8 Dec ritu, annual dinner ofc ku. Bertempat di DoubleTree by Hilton. The Intermark building dpn Ampang Park tuh. Haa... kat situ lah. Artis jemputan Faizal Tahir, Sarimah and Heavy Machine. Mmmm.. light2 sugee jek dinner aku tuh. Lucky Draw pon, so unlucky. Tak menang pe2 pon.
Picas dgn Maya Karin tuh, during dinner ku....
Picas dgn ofcmate ku....


Lagi.. oh ye, 11th Dec until 13th Dec. aku de training Excel di ofc. Klas best, tapi takde mood nak absorb segala macam formula yg diajor. So, aku byk berangan memikirkan, mcm mana nak memantopkan body yg dah tak mantop nih (chewah, mcm lah selama nih mantop benorkan?), pastu memikirkan, nak shopping baju mana yg buleh menutup kelemakkan ku ini. Pastu, memikirkan, de tak mana2 kucing2 jantan yg buleh di matingkan dgn kucing aku. Sambil2, melayan email dari Kwin, Shila and Ahin. Hebat kan? Masa training aku mmg dipenuhi dgn keje2 yg sgt berfaedah. Ahaks.

Picas above bukan pic training, tapi pic during kami p mkn2 di Micasa Hotel ritu...

Oh ye, bertarikh 25hb Nov ritu, aku de buat Majlis Berendoi utk baby pontot ku. Alhamd. Majlis berjalan dgn lancar. Utk kawan2 yg hadir, terima kasih diucapkan kerana hadir. Pada tak hadir, terima kasih kerana mendoakan majlis ku berjalan dgn lancar...

Cuppies tuh courtesy dari Shil. cantek kan?

pic masa kenduri cukur jambol ritu, mmg muka ayahnya sejibik

leka menengok wind chime...

Oklah, stakat itu saje lah kot, titipan ku pada kali ini. Smoga aku diberikan masa dan idea utk menitip segala penceritaan ku kelak.. TIll then... muahhhh to all my readers.. chewah, ada ke readers? stakat blog yg syok sendirik.. hahahaa..

Wednesday, September 12, 2012

1 month old checkup

btarikh 9 sept ritu, genaplah bb ku umur sbln. sama mcm bb lain, kenelah bw g checkup. wahhh... excited mnghantui diri. sbb 1st time nk bwk bb kluar dr umah... kui...kui..kui...


sbnrnya, masa bb kene kuning n blk dr hosp tu adalah. cume kali ni prasaan teruja tu lbih sket. sbb rasa cam bb dh  membsr..

tp plg kesian bila tgk bb kene inject. aku x smpi hati nk tgk. so, aku bior je ang2 yg pgg bb masa bb nk menyucuknya.

oh ye, lupa nk cite. bb heppy nor dpt naik kete. br 12 lngkh pjlnn dh tdo. sedo2 dh smpi klinik. nk tgelak pon ada.

oklah, itu aje coretnku. bila de masa, nnt ku hupdate lg...

Wednesday, September 5, 2012

My baby pontot

Lamanya aku x hupdate blog. Oklah, d sebabkn ksibukn mlande, aku nk share picas new family member. Our first baby.... Born in 9th aug.

Wednesday, June 27, 2012

Check-up ibu merandung...Majlis Kesyukuran... Majlis Harijadi...

Pada 17th June ritu, aku menghadiri Majlis Harijadi closed friend ku di KTV d Plaza Imbi. Aku berangkat kesana pada mlm hari bersama ang2. Wahh.. dah lama mak buyung nih, tak mencemar duli gathering bersama kawan2 lama. So, dgn excitednya, dan tema nya Malam Gala Merah dan Hitam, aku dan ang2 menyarung pakaian merah. Opsss.. Nak tgk gambo, dlm kamera ku. Biasalah, 8 tahun lagik, baru aku ada masa nak upload picas nya kot. Kepada sahabatku, Smoga Panjang Umur, di Murahkan Rezeki. Next time, nak buat Bday Party, jgn lupa jemput aku OK. Mucho Gracias (demam Euro lah katakan). Bertarikh Sunday, 24th June, aku ada buat sedikit majlis mkn2 (i.e. kesyukuran) di umah ku. Terima kasih pada sahabat2 tersyg yg sudi datang. Jasa baik korang hanya Allah yg dpt membalasnya. Walaupon dari jauh nun Senawang, Selayang, Gombak, kome tetap menggagahi diri utk hadir ke majlis ku yg tak seberapa ini. Terima kasih byk2 pada teman2 tersayang ku. Pada yg aku lupa nak jemput, aku mintak maaf byk2, mungkin ingatan ibu merandung, yg terminum air di dlm nya semut, membuatkan aku lupa nak menjemput kalian.. Maafkan kami penunggu gua. Doa kalian supaya aku selamat melahirkan, dimurahkan rezeki, sudah memadai utk ku.. Aminnn... Last monday, aku p check-up spt biasa. Sama spt yg dihadapi oleh ibu2 merandung yg lain. Every month, musti ada check-up. Tp, bila dah menginjak ke 8 bulan, check-up seterusnya adalah every fortnight. Sewaktu ultrasound, tangan baby Razin, dok genggam kuncup, genggam kuncup. hehehe.. Seronok menengok keadaan itu. Betapa indah dan bersyukur melihat nya kan? Ok lah, aku rasa, time lg 3 min ke 2pm. tak leh online lah lps nih, so, signing off. nanti ada masa, aku titipkan lagik luahan hati perasaan ku ye... tata...

Tuesday, June 12, 2012

Air batu.....

Bertarikh 8th June 2012, aku, ang2, chik and family, k'chik and k'te'te' kami p bermandi manda di air batu. Ikotkan, nama sebenor air terjun, tapi sebab air terjun tuh byk batu and tahap kebekuan nya mcm air batu, anak2 buah aku mmg panggey air terjun tuh dgn panggilan air batu. Kami tiba di sana dalam kul 9.30am. sumer gara2 aku dgn ang2 yg bangkit lmbt. hehehee.. So, segala bekalan dah disiapkan, kami pon berangakt dalam kul 8am++ gitu. Sampai2, jek di Ulu Yam, port yg mmg kami slalu dpt sampai pencen tuh, dah di amik org. padan muka, bgn lmbt lagik, so, terpaksa lah aku dgn k'chik, mencari skeliling pulau mana hotspot yg sesuai utk kami. Alhamd. kami ketemu jua. Bentang dua keping tikor, khemah bagai, voila! kami dah siap utk berdugongggg... Ang2 spt biasa, kejenya menghidupkan api utk dibuat b-b-q pada pagi tersebut. Sedangkan aku dgn yg lain, bersantai menikmati pagi yg indah di iringi deruman air sungai yg mengalir... mmg menyamankan. Acara mandi manda pon sudah, makan2 time pon sudah... dalam 4pm++ kami pon berangkat pulang dgn penuh keletihan. OH ya, masa keberangkatan pulang, ada kejadian yg tak ingin aku citer / lihat yg terjadi. Memang peristiwa tuh akan terpahat dlm ingatan kami skluarga sampai bila2. tak yah lah aku citer di sini ye. Hanya mereka2 yg menyaksikan nya secara langsung / tidak langsung yg mengetahuinya.. hahahaha... OKlah, sampai di sini sahaja. bertemu di titipan lain.. daaaaa...

Friday, May 25, 2012

Test Gula, Kaki ku cramped

Mak aih, lama giler aku tak de new entry kan? ntah lah, mungkin sebab waktu yg limited utk aku online. Heheheh.. Alhamd. minggu nih, udah 7 months ++ baby bump ku. Cepat tul masa berlalu. Doakan lah agar aku and baby sihat sempurna smpai ke hari kemuncaknya. Aminnn.. Minggu nih, dah dua hari aku tak dtg keje, iaitu Wed and Kha. Bukan sesuka, tapi, kaki aku nih, sgt lah sakitnya. Kejang sana sini. Kejang tak ikot masa. Rasa2 menggeliat sket, udah.. penyebab kejang. Agak2, nak lipat kaki jek sket, udah jadik kejang.. So, ang2 plak p outstation, aku amik keputusan, berehat saje di umah. Cuak jugak, tgh drive ke, hape ke, tetiba kaki cramped balik. Oh mak aih, ada budak sebelah aku sembur air freshener yg memualkan aku plak. Bukan bau strawberry, bukan bau lavender. Bau apa ntah nih? Mak pening dibuatnya. Ok, mual ke, mabuk ke, penceritaan harus diteruskan.... Senin, 28hb nih, aku kene p test gula. Berdebor tuh, memang lah aku rasakan. Iyelah, menurut sejarah genetic, memang family aku ada diabetis pon. So, doa2kan lah agar aku bebas dari penyakit kuturunan ini sume. Biasalah, cuak sana sini, tapi, control nya harammm.. Sume pon aku melantak. ahaks.... Ok lah, aku rasa, takde pe nak aku coretkan kot. cukup lah buat stakat ini... Have a great weekend ye..

Monday, April 23, 2012

Sale here and there

Last weekend, aku and ang2 p beli barang2 bb. mmg lah sronok shopping brg bb nih. Kalau ada byk duit dlm RMk beribu2, lagik lah best kan? So, kami beli pe yg penting jek lah, memandangkan, idaklah mampu nak shopping sampai beribu2 tuh kan? Alhamd. 90% dah prepared. Skrg, tinggal nak carik stroller and baby cot jek. Sabtu malam, kami ke ampang point. Alhamd. dpt lah jugak pe yg nak dibeli. Harga pon berpatutan. Not bad lah. Ahad siang plak, kami ke Pureen wholesale. Aku rasa, event nih, pasti ditunggu2 oleh parents to be. Iyelah, dgn rege yg berbaloi dan berpatutan, sape yg tak nak p kan? Sambutan pon sgt menggalakkan. dgn jammed nya, susah nak parking nya, ramai org nya.. Mmmmm.. mmg kene kuat fizikal and mental. Aku siap bawak mek and kak chik sebagai consultant. So, aku and ang2 kaut2 jek himpunan barang2 tuh.K'chik akan passed beg2 segala pada mek, mek akan make sure, mana ke final and mana tersingkir. Alhamd. pe yg aku carik pon, kebykkannya pon, aku jumpa di Pureen sale nih. Insya Allah, lagik 4 bulan akan ada lagik sale nih. So, pe lagik, sure lah nak pegik lagik kan? OKlah, aku nak hupdate psl preparation / pengshoppingan aku jek. bertemu di lain kali ye. Doakan lah, agar aku berjaya menghadapi / menjalani sehingga tempoh bersalin nih dgn selamat ye. Aminnn... Till then, daaa....

Tuesday, April 3, 2012

Cerita terkini....

Wah.. lama banget nih, nggak hupdate. di samping kepayahan utk hupdate, memandangkan opis ku cume buleh access internet during lunch hour jek, kesibukan xtvt seharian, kerja pon ada jugak... Kekeringan idea pon, turut terlibat.

Ok lah, memandangkan, dah lama nor aku tak hupdate citer aku, di bawah, ada listing yg pjg berjela tentang biter terkini ku....

1. Aku seronok bekerja di tmpt baru ku ini. Boss nya baik, bertolak ansur. Ramai mat salleh. segala2nya aku suka dan seronok. Kekadang, kalau org sekeliling kita baik, kita rasa mcm nak 10 kali baik dari mereka. hahaha.. Tetapi, biasalah maknusia, kalau dah baik benor, mula lah aku buat keje main2. salah itu ini. hik. bila dah buat salah, mula lah rasa bersalah. bak kata ang2. tgklah tu, bila dpt boss baik, boss kasik muka, staff pijak kepala. huhuhu.. tapi, bukan aku nak sgt buat salah, tapi, sebab aku malas nak check, sure, boss aku check punya lah. hehehe.. tuh yg aku buat keje ala kadar jek tuh.. huhuhu.. Eh, tak buleh.. tak buleh.. aku kene keje bersungguh, dgn rajin2 skalik.. huhuhu..

2. Mak lang dah balik kmpg. aku anto mak lang blk kampung dlm 2-3 lepas... huhuhu..s edihh.. selama nih, bukak pintu umah, nmpk mak lang tercongok tgh tgk tv. tp skrg, no more... tapi, mak lang blk kampung pon, mek ada dok sini. yeay... so, skrg nih, mek lah bantal golek ku. menjadi peneman setia ku di umah. i love you mek.. sudi dtg menemani anak mu ini. lalalalaa...

3. sepatutnya, 27th - 30th march ritu, aku and ang2 berangkat ke phuket. tapi, atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, kami tak jadik ke sana. sedeyyy tau.. kami dah siap beli beg baru lagik, utk kesana. tapi.. takpe. tak kan lari phuket di kejor. statement mek ku lor.. oh ye, pe sebab aku tak p? ha.. jeng3. aku nak citer lah nih.

4. Reason nya, am carrying a baby bump. hehhee.. alhamd. dah nk masuk 22 wks kandungan ku ini. Alahan, sumer tuh, aku alami spt org lain jugak. Mual lah, mabuk lah, ngantuk lah, tak de selera mkn lah, muntah lah.. tapi, kalau org lain buleh lalui, kenapa tidak aku kan? Aku berdoa, agar Allah berikan aku kekuatan utk aku menempuhi dgn kuat dan sihat, sehingga ke minggu 40. Aminnn....

5. Minggu nih, aku kene buat glucose test. mcm2 aku dgr psl test gula nih. sedap lah, tak sedaplah. oh tidak.. mula lah cuak menghantui diri ku.. doakan aku melepasi test gula nih dgn jayanya ye. smoga aku sihat, dan bebas dari penyakit.. aminnn..

ok lah, dah penat dah nak taip.. lenguh plak rasanya tangan ku ini. huk..
sehingga ke tulisan akan dtg. daaa...

p.s. : takde pic sebab malas nak upload.. huk.

Tuesday, January 31, 2012

Sekian lama...


Mak aih, lamanya aku tak de new entry. Nak dkt sebulan tuh. Biasalah, keadaan tak mengizinkan. Hihihihi.. alasan cliche'.

Aku nih, bukan apa, sebuk sana, sebuk sini. mood pon tak kunjung tiba utk aku hupdate blog aku, so, tu pasal lah aku tak hupdate. Oh ye, nak citer pasal CNY ritu lah.

CNY ritu, aku turun PD dgn ang2. Stay kat sana dlm 3 hari. Xtvt tak byk mana pon, tapi, rasa mcm best jek dok sana, tuh yg dari nak tido smlm, extend lagik satu mlm tuh. Tak p mandi pantai pon. Kami layan swimming pool jek. Mlmnya, kami buat b-b-q di tepi pantai. Tak yah bawak kipas pon. Sebab hembusan ombak di pantai dah meniup api b-b-q kami. Memang best lahhh.. First time berb-b-q di PD.

Atas keprihatinan pihak MPPD, mereka dah sediakan tmpt utk buat b-b-q, betoi2 d tepi pantai. So, kita cume carik arang and bahan2 utk di b-b-q jek. Sungguh praktikal. Dan tmpt pembakaran tuh, disediakan percuma khas utk pengunjung. Baguskan?

Tp sygnya, 1 keping picas pon tak amik. Masa b-b-q nite tuh, aku tertinggal kamera kat bilik. Bulehh.. nyesal banget nih.. Takpelah, next time, buleh p lagik.

Tu je kot, citer buat masa nih, takde citer yg menarik dah. Lain kali, aku rajin, aku hupdate lagik ye. Tapi, ntah tahun bila plak kan? lalallaaa... Till then.. daaa..

Friday, January 6, 2012

Naniey ku dah pergi......






Pagi jum. nih, aku berasa hiba sgt. Sayu, tak bermaya.

Mlm tadi ,kul 2am, aku telah menyaksikan pemergian Naniey buat selama-lamanya. Di depan mataku sendiri, aku dapat melihat bgaimana anjing2 liar mengerjakan Naniey. Bukan sekor, bukan 2 ekor, tapi, sampai 5-6 ekor mengerjakan Naniey.

Ada yg mengkokak, ada yg menyalak2, ada yg menarik2. Sedar2, mek bukak pintu, Naniey dah tergolek di depan pintu umah ku. Aku sgt sedihhhh...

Patutlah, 2-3 hari nih, mata sebelah kiri ku tak berenti berkedip2. Aku bukan nak percaya, mungkin satu kebetulan. Tp, stiap kali ada perkara buruk yg nak terjadik, mata kiri ku, mesti jadik mcm tuh. Malas nk percaya, tapi, kebetulan mmg akan jadik sesuatu. Aku sedih..

Sebab, mulai hari ini, naniey tidak lagik mengantar aku pegik keje, atau menyambut kepulangan aku dari keje spt biasa. Aku sedihhh.. Bayangan naniey, masih segar dlm ingatan ku. Aku dah cuba sedaya upaya utk melupakan, tapi, terbyg2, saat2 naniey terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari cengkaman anjing2 liar tuh.

Aku sedih.. Aku terpaku... Tak byk yg mampu aku lakukan. Naniey potot... Rindunyaaaa... sama Naniey. Air mata ku, pasti akan menitis, stiap kali teringkat akan Naniey.Terutama bila dia berlari, dia melompat, dia menyendengkan badannya pada kakiku minta dibelai... Aku bela dia dari kecik, dari tak comey, sampai jadik comey.. Naniey..Naniey.. no more Naniey in my life. RIP for Naniey.. Love you...

Pada Panda, harap Panda sabar setelah pemergian ibu Panda ye...

Patutlah, sewaktu aku balik keje petang smlm, Naniey seronok bermain bersama anak2nya di luar rumah. Seolah2, mcm takde hari esok, dia masih sakan bermain, tak nak masuk umah. Walaupun hari dah senja kala itu... Aku panggil dia byk kali, dia menoleh manja kearah aku. Rupa2nya, itu merupakan renungan terakhir dari Naniey kepada ku..

Wednesday, January 4, 2012

Happy New Year..

Lamanya aku tak hupdate blog. Alasan2 kenapa aku dah lama giler tak hupdate spt dibawah : (eh, perlu ke?) - saje jek, sebab at the same time, buleh citer latest xtvt ku.

1. Dah pindah tmpt keje baru. Internet access sgt terhad, Cume waktu lunch and after 5pm jek.
2. Takleh nak upload picas dari HP ke, camera (belum cuba lagik) sebab asyik lupa nak bawak jek, so, bila takde picas, takde mood nak hupdate blog.
3. Skrg bz dgn pindah opis. dari building lama ke building lama. Haaaa. amik ko, kalau dulu, rilek2 jek aku, skrg, kene packing lah, unpack lah bagai.
4. Sebuk di kala ujung tahun, mcm ada anak 6 yg masuk sekolah kan? Sedare mare / adik beradik aku datang mengspent time together daaa.. So, aku kebizian nak hupdate.
5. Bila adik beradik, anak sedare, rakan taulan, jiran sebelah kak milah datang bagai, mcm2 lah xtvt bersama yg di plan kan. i.e. Mandi air terjun bersama. Jenjalan melihat cahaya lampu di KL di waktu mlm, makan2 di luar bersama.
6. Aku kekeringan idea dah. Sebab dok tensi memikirkan sampai bila aku asyik bagi alasan and alasan tak hupdate blog.

Yeay,,, dah nak balik umah. insya Allah, kalau ku rajin, ku hupdate lagik yek. daaaa...

Sorry takde picas.. alasan nya, ada lah spt dinyatakan di atas. take care sumer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...