Friday, June 18, 2010

Wayang, Mkn2 and Cuti2 hornymoon


Wahhh…skrg nih, smakin rajin aku menghupdate blog kan? Alhamd. Inilah cita2 aku slama nih. Nak hupdate sekerap yg mungkin. Iyelah, bila tak hupdate nanti, bende tuh berlalu begitu sajek... Rasa cam takde kenangan dah... hik. Aku harap, aktiviti nih dpt berlarutan sampai bila2. Aminnnn..

Aku rajin hupdate coz byk masa pun iye, idea dtg mencurah2 pun iye. Aku nih, jenis maknusia yg, bila buat sesuatuh tuh, nak buat jek...mcm addicted. Tp, bila dah sampai satu masa nanti, nak tgk bende tuh pun tak hingin..hah..mcm tu lah aku. Tp, aku harap, dlm arena blogging nih, jgn lah sampai camtuh skali yek.. hik.

Citer pertama yg aku nak citer. Last sat. Aku n ang ang p nengok midnite movie. Sape lagik, kalau bukan anak Will Smith dan Jada Pinket Smith yg berlakon. Sgt commmeyyyy budak tuh, makin ditenung dia dlm citer tuh, makin comeyyy.. aku respect dgn lakonan dia. Even baru 12 thn, dia buleh master martial arts tuh dgn baik skali.. memang hebat. Statement dr sifu dia, jackie chan, anak JC sendirik pun, tak sehebat kung-fu si budan Jaden nih. Bygkan lah, bapaknya sifu, pastilah anak nya pun terror kan? Nih idak, anak org lain, lebih master... Good job adik.. chewahhh..tetiba berangannn kan? Aku nengok budak jaden tuh, rasa cam nak kawen dgn negro pulak.. hahahahaa.. Sebab buleh dpt anak comel cam tuh… bulehhh??

Kesah kedua, smlm, aku n geng, p mkn nasik ayam lagik. Buat kali kedua. Pergghhh.. sampai hari nih, aku masih teringat2 kesedapan nasik lemak tuh. Rasa cam nak p lagik. Yes, insya Allah, aku akan pegik sampai aku pencen.. Tak pun, sampai aku dah buleh hafal rasa kerabu kaki ayam, nasik ayam, ayam, sup fishball, tuh mcm mana. Hah, time tuh, baru aku stop kot.

Ceritera ketiga, insya Allah aku akan berbulan madu ke Sabah pada hujung bulan 7 nih. Niat di hati nak p island. Tapi, atas sambutan yg tak menggalakkan (fyi, ang ang aku nih, konsepnya, suka p jln ala2 rombongan cik kiah) nama jek honeymoon berdua, tapi, dia musti suruh aku ajak satu batilion sape yg nak ikut. So, nak ke island nih tak dapat sambutan, kami pun, tukar venur ke Sabah. Alhamd. Ada sambutan. So, insya Allah, kami berempat akan kesana. Doakan perjlnan kami selamat pergi dan pulang ye. Biasalah, kalau nak berholiday aku nih, smlm dah start beli disposable panties. Hehehee. Brg wajib yg perlu aku bawak ke sana…..

Oklah, takat nih je lah citer aku, memandangkan hari nih hari jum. Aku berasa tersangatlah happy nya. Lalalalallaa…..

Wednesday, June 16, 2010

Aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosaaannn…..


Entry yg paling membosankan…. Aku kat opis aku nih, dah tak seronok dah. Rasa bencik, menyampah, malas, ntah apa2 punya perasaan pun ada. Aku tak tau lah pesal. Tapi, hati ini, meruap2 utk blah dari sini. Ntahlah, hati ini memang tak happy erti kata lain, tak seronok langsung.
So, spjg minggu ini, memang aku bertungkus lumus berusaha sedaya upaya, usaha tangga kejayaan, cuba mencarik keje lain. Hehehee… Doakan aku berjaya yek. Meh aku citer sket pasal opis aku nih. Yg baik dan buruk. Tapi, bak org slalu ckp, bersyukur dgn apa yg ada. Memang, ye, aku memang bersyukur sgt2, at least aku bekerja bukannya, jobless ke hape ke kan? Tapi, kalau hati tak gumbira mcm mana mau bikin happy? Meh… meh.. meh.. aku buat senarainya…

Suka
1. Buleh balik sharp 5.30 pm, kalau nak berambus 5.25pm pun buleh, sape ada kesah?
2. Lunch hour : Sukati lah nak kluar kul baper, sukatilah nak masuk kul baper, takde org kesah
3. Nak dtg pun sama. Actually, masuk at 8.30am. Tapi, kalau kita dtg 8.31am pun, dept. masih lengang…sebab memasing dtg at 9am – 10am. So, aku pun, dah belajo2 jadik proefesional, masuk around that…hehehe..
4. anytime nak p solat, p lah, takde sape kesah, waktu zohor buleh p, waktu asar pun buleh p. kalau ada masa lebih, nak buat solat sunat pun buleh.. best kan?
5. depends dgn boss jugak. Mcm aku, alhamd. Sumer boss aku baik2. ada jugak yg kurenggg..tapi, yg baik tuh lebih sket dari yg kurenggg..
6. bebas utk downloading lagu…utk org mcm aku, yg suka norr dgn music. Bebas utk aku melakukannya.
7. kalau dpt boss yg baik, yg ingat kita, kasik lah kita hadiah ke, ole2 ke. Mcm wedding gift aku baru2 nih, aku dapat cosmetic set dgn perfume dgn clutch dgn tote bag, sumer dari estee lauder.. alhamd. Syukurrr.. gumbira aku..
8. dpt geng / kwn2 yg sgt understanding yg sangat sempoi yg sgt ting tong..hihi.. sronok d kelilingi oleh kwn2 yg happening mcm kawan2 aku nih. Thanks gals.
9. ada satu dept. Tuh, kakak2 kat dept. Tuh, slalu buat mkn2. then, tidak ketinggalan menjmput aku skalik. Kekadang, kalau muka aku tak malu, aku join lor, tapi, kekadang, termalu sudahh... aku tak join..hehehhe..agak2 lah nak mkn free pun, takkan lah setiap masa pun kan?
10. shuttle provided utk ke kl c. 5 mins dah sampai, berbanding nak jln kaki, 15 mins. Tuh pasal, since masuk opis nih, bontot aku smakin besooorrr... hihihihi...


Benci
1. takde appreciation. Bebanding co. Lama aku, org2 disitu, sentiasa appreciate and acknowledged keje kita. Mcm kat sini, kita buat keje tuh for nothing. Memasing buat bodo. Bukan lah maksud aku, appreciation dari segi belanja mkn ke, antar aku balik umah ke, aku maksudkan disini, thanks word. Susah sgt. Kalau ada pun, segelintir lahhh.. ada jugakkk… tapi tak byk lah. Aku tekedu gak, masa aku masuk sini mula2 dulu, aku wish gud morn. Tapi, memasing buat muka kelat, aku hingatkan, sebab deme tak mandi pagi ke, tak pun, deme perasan diri deme ada bau tilam ke. Tp, sebenarnya, deme tak biasa dgn layanan sebegitu. Sungguh pelikkk…
2. time appraisal : memasing buat dek. Mcm aku nih mintak sedekah duit derang plak. Aku assist 8 boss, tapi, yg appraised aku, 2 org. tuh pun, sorg yg 100% review aku, lagik sorg 70%. 30% tak siapkan pun appraisal form aku tuh. Hangin kan? Padahal slama nih, aku keje bagai nak rak serving 8 org… nasib..nasib..nasib…
3. slalu kene relief. Bila ada mana2 exec. Sec. atau confi. Sec takde (MIA, MC, Cuti), muka akak nih lah yg jadik balaci nya. Pengorbanan sbg kuli batak menjaga boss2 kepada sec.2 nih sumer, tak diberi ganjran apa2 ok. Bukanlah kita mintak ganjaran, at least, masuk dlm markah appraisal ke, apa ke, no..noo..nno… harammmm..takde. ala2 voluntary job lah. Tapi, kita tak volunteer pun, org lain paksa kita utk volunteer. Hah, mcm tu lah.
4. punching bag. Di sebabkan opis aku nih, client oriented, kalau client tak dpt doc. Kita lah d persalahkan, padahal, boss kita yg prepare doc. Tuh, kita cume tukang antor jek, boss plak, kalau tak dpt doc. dr client, kita plak di persalahkan, pesal tak follow up dgn client? Padahal, client tuh ckp, boss kita tak respond on certain matters, tuh pasal derang tak dpt nak prepare n tak dpt nak send docs tuh pada kita. Itu tak masuk lagik dgn client yg byk songeh, sampai kan bila sec. Tak dapat jawab mana bos pegik, kita pulak dipersalahkan. How come you dont know? You’re his / her sec. what? (kwang2 accent). Boss aku pun, takkan lah sampai nak p melabur pun, nak inform aku kan? Sungguh banganggggggg...
5. Internet usage : skrg nih, sesapa yg menggunakan internet paling lama, paling byk, akan di announce, which is sumer org akan tau, bahawa kitalah paling kerap menggunakan perkhidmatan internet ini. What the h***. Kalau kita takde keje, of coz lah kita nak surfing kan? Carik info psl persiapan perkahwinan ke, pasal insurans yg terbaik utk anak ke, pasal nak carik calon suami ke, kan? Kan? bis tu, kalau takde keje, nak suruh kita buat apa? Tenung pc sampai tembusss??? Tak pun, miskin sgt ke co. Nih sampai internet usage pun nak di kawal? Tak patut....
6. kwang2 bermaharaja lela... nih, bukan co. Aku jek, tapi, co. Lain pun sama kan?
7. decision maker. Kalau tak decide anything, kita tak perform katanya. So, kene pandai2lah, decide, mana yg agak2 boss suka, boss stujuk. Kekadang, bila kita dah decide, dia plak, tanya balik, kenapa pandai2 decide, sedangkan dia yg tak nak pk, tapi suruh kita decide, tapi, bila dah decide, kita jugak yg kene...OMG.
8. double standard : mentang2lah aku nih non-profesional, deme cumer layan professional staff jek. Sumer training, sumer form, ada pengasingan utk professional and non-professional. Termasuk lah benefit nya.
9. ada staff professional yg baru2 masuk, dah belajar2 tunjuk lagak. Ala2 practice, coming soon, nak jadik big boss kan? so, treat staff mcm aku nih, sebelah mata jek. Padahal, kalau rasa diri tuh bagus sgt, buatlah sendirik, tak yah nak suruh kita.
10. bila dah tolong jr. staff yg professional nih, takkan dpt apa2. skali lagik, segala marks tak kan di take note dlm appraisal. Again, for nothing. Pointless. So, aku pun dah bijak sket, mana yg aku buleh tepis, aku tepis..ehhhh..bukan berkira, tapi, nak jaga hati dan perasaan sendirik. Maklumlah, co. pun tak jaga hati n perasaan kita kan?
11. last but not least, benefit: hampeh. Bonus, sethn skali jek. Itu lah contractual, itulah performance. Kalau ko keje mcm nak mampus pun, paling byk, 1 bulan. Increment 3%. Reason : global economic crisis maaa…..

Tulah, sedikit citer pasal apa aku mluap2 nak koje tmpt lain…… mungkin nmpk remeh, tapi, kalau dah dok sini, menghadapi situasi yg sebenar, memang mkn ati.

Thursday, June 10, 2010

Jalan2 p mkn lagik...


Aku kat opis nih, ada clicks yg suka p mkn2. Smlm, 9hb June, salah sorg dari kami, mencadangkan p ampang yong tau fu. So, here we go. Memang best. walaupun, jln nya jammed, tapi nak p mkn punya pasal, kami redahi jua. Lupa laks nak tangkap gambo, mana taknya, dah lapar benorr... tapi, memang sedap dan best. kluar 12pm, balik opis 2.30pm. nih, sumer jammed punya pasal. Anyway, kami enjoy sgt dpt mkn2. lalalallaa.. Ok lah, nanti, kalau ada spot mkn2 yg kami nak p lagik, aku hupdate k... permisi..

Selesai.....

Alhamd. detik 6 June telah berakhir. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, perjlnan majlis kenduri aku berjln dgn lancar. Setelah segala ranjau / dugaan / cabaran aku hadapi spjg persiapan kenduri. Maklumlah, preparation sumer last minute.

Persiapan yg berminggu2 lamanya, akhirnya, ke grand-finale jugak… Alhamd. Majlis dihiburkan dgn auntie2 marhaban seramai 15 org, imam dan qariah nya lebih kurang 10 org, adik2 kompang 8 org, dan 2 org d.j. yg buat kan kami tak kering gusi sepanjang majlis. Terima kasih diatas segalanya. Hanya Allah sajek yg dpt membalas jasa kalian.

Kronologi bermula begini, hari Sabtu, menjangkau ke 3.30am, baru aku terpisat2 nak tido. Itu pun, byk lagik persiapan yg tak disiapkan lagik. Mak asyik sibuk di dapur, nak buat lauk tambahan utk besok. Aku plak, bertemankan ang ang, abg jan dan reen, sibuk dgn final touch… Oooohhhhh sungguh stress… Bagaimanakah rupanya kenduri aku pada besok hari, berlegar2 dlm kepala. Sampai tak lena dibuatnya. Akhirnya, dok terbuai melayan perasaan sambil berangan pasal kenduri, aku terus terlena. Ang ang plak, terpaksa tidur di luar umah, nak jaga meja kerusi katanya. Maklumlah, segalanya dah disusun. Risau gak, kalau ada org cuti kipas ke, kerusi ke. Heheheee…

Tepat 8.30am, Sunday, pakcik makcik aku skeluarga tiba dari Taiping. Seb baik lah, deme sampai, kalau idak, mau aku bangun kul 12pm mcm hari2 cuti yg biasa aku bangun. Hik…. Aku pun, meloncat tak ubah spt tarian kuda kepang. Aku kejutkan ang ang, maklumlah, papan tanda ke rumah pengantin tak dipacakkan lagik. Aku pun, bergegas mengarahkan dia, buat pancangan tersebut. Dlm masa yg sama, ada 38 missed calls dari K’Ros, helper yg akan bantu aku during kenduri nanti. Punya lah tak sedarnya aku nih. Aku pun, call dia, rupa2nya, dia dah nak sampai ke stesen Sg besi. Aku pun, dgn tak gosok giginya, berkain batik nya, meloncat lagik, p jemput kak ros pulak.

Balik dari amik kak ros, aku dah nmpk segala pancangan menuju umah aku. Smakin lama, smakin banyak bunga manggar berkelip di atas betik. Oh, alhamd. Ang ang dah siap kan pemancangan nya...

Jam dah kul 9.30am. abg chik, pakcik2 ku, ang ang, sebuk di khemah. Seolah2 nmpk kelibat catering di khemah. Aku pun, bergegas masuk ke dlm umah nak bersiap apa yg patut. Around 10am, aku siap mandi. Namun, batang idung mak andam ku tak kunjung tiba. Aku text dia, otw katanya. Tapi, baper byk kali otw daaaa..btg idung nya yg mancung tuh, tetap aku tak nmpk... Akhirnya, aku terdengar, auntie2 utk marhaban dah sampaiiii.. OMG, aku tak bersiap apa2 pun nih. Takpelah..derang pun memulakan majlis, dgn alunan marhaban yg sungguh merdu. Siap microfon lagik. So, berkumandang lah suara2 mereka. Tujuan auntie2 marhaban nih adalah sempena majlis cukur jambul anak sepupu aku. Bukan 1 baby, tapi, ada dua baby yg d cukur jambul. Meriah sungguh suasana hari raya ketika itu.... Dlm 30 mins camtuh, mak andam ku pun sampai, di escort oleh good friend aku, reen. Syukurrr...

Langsung, aku mengenakan contact lense yg berwarna grey, tapi, bila dah kai kat mata, kaler itam plak, cumer, purpose dia membesarkan mata itam jek.. hehee. Itu pun, mau cerita kerr? Hik... ok lor..sessi makeup pun berlangsung..tgh halfway aku bermakeup, aku dgr auntie marhaban menyatakan statement berikut ”doa yg berikutnya, kami tujukan pada Pengantin (nama ku dan ang ang disebutnya).....ohhh.sungguh terharu. Aku tak request pun, tapi, atas inisiatif auntie2 yg berhati mulia nih, mereka alunkan skali zikir2 dan alunan doa2 indah utk kami berdua.. Alhamd. Sebak rasanya, setelah aku amati bait2 kata dlm alunan tersebut... Skali lagik, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi... Aminnn... dan aminnnn...

Akhirnya, make up pun selesai, dan auntie2 nih pun selesai berzanji. Langsung derang request nak jumpa perantin. Aku pun, dgn catwalknya, berjumpa seorg demi seorg, bersalaman, berpelukan, berciuman pipi..oh...indah skali perasaan ku ketika itu.. Oh ye, lupa nak tambah, setelah auntie2 marhaban berzanji di dlm umah aku, Imam sudah pun tiba dan tunggu utk auntie habis marhaban utk menjlnkan doa selamat. So, doa selamat diadakan sejurus selepas majlis marhaban...

Slps selesai segalanya, tiba waktu tengahari, aku dan ang ang pun, melangkah kluar dari umah. Dari jauh, aku perhatikan sudah penuh org dikhemah. Malu memang lah malu, tapi, nak malu apa, bukan aku tak kai baju kan? Aku atur langkah ku. Agar ianya teratur, chewah... makcik dan pakcik aku dah siap menunggu di meja VIP. So, kami pun mulakan santapan. Tak lama lps tuh, kumpulan kompang pun tiba. Langsung, sambil mkn2, alunan kompang berkumandang. Sungguh sedap dan mengasyikkan... Aku perhatikan, sumer mata pun, tertumpu pada persembahan tersebut. Maklumlah, kenduri aku nih, takde bersanding2 pun. Tu pasallah kumpulan kompang nih, sengaja diadakan hanya utk menghiburkan tetamu sambil mkn2.

Setelah selesai berkompang, giliran berfoto dgn sedara mara dan menyambut ketibaan saudara mara, sahabat & jiran tetangga, jauh, dekat, rapat yg dah hampir 10 thn tak jumpa pun ada. Mcm2 kerenah, mcm2 citer di kongsi bersama. Tak dpt digambarkan dgn kata2. Memang seronokkk... Pada saudara, kawan2 terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan di hari bahagia aku nih. Hanya tuhan yg dpt membalas nya.

Setelah majlis selesai, segala warmer dan dulang2 telah dibasuh, rupa2nya, rakan2 ku masih berkunjung.. Tak putus2 dan berlarutan sehingga ke mlm. Kesian mereka, dah lmbt pun, masih dtg kenduri aku. Terima kasih pada u ols. Syukurrr....

Lega seleganya, sumer telah selesai dan berjln lancar. Bersantai lah kami anak beranak, berserta family aku. Sedang seronok dibuai khayalan / berangannnn.. sampai pula sedara mara aku yg lain... purpose kunjungan, utk b-b-q nite plakkk.. iye tak ye, memang siang td, kami suruh d.j. announce psl malam b-b-q tuh. Tapi, tak sangka plak, right after maghrib, org dah kunjung tiba. Tuan rumah masih tak siapkan apa2....hehehee..

Meloncat lagik lah aku ala2 kuda kepang dgn ang2. menggelupur p beli arang dan ais batu. Mujurlah, kakak ipar dan makcik ku dah marinate segala mknan utk dibakar pada petang tadi. Ok lah, sambil aku mandi, jiran2, sahabat2, sedara2, tolong bakarkan pe2 yg patut. Menunya : sotong, udang, chicken, ikan siakap dimkn bersama nasik beriyani kenduri tadi, dan nasik putih dan daging masak kicap, masakan mak aku. Hilang segala penat lelah siang tadi. Seronok plak tgk kawan2 / sedara dtg memeriahkan suasana di mlm hari nya. Syukurrr skali lagik. Sehinggalah larut mlm, org beransur pegi, kami sedara mara terdekat, masih berkumpul, dan berborak sakan sehingga ke 3.30am. begitulah kesah satu hari suntuk yg hectic, but yet, sungguh seronokkk dan meriahhhh..
Aku harap, korang2 yg dtg hadir kenduri aku tuh pun gumbira skali ye. Terima kasih byk diatas sokongan moral yg korang berikan. Pada yg tak dapat hadir atas sebab2 tertentu, terimakasih diatas doa kalian mengiringi aku dan ang ang di sepanjang kenduri kami agar berjln dgn lancar.

Doakan kami bahagia, berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminnnn.....

Sorrylah, entry kali nih panjang sket. Sebab nak citer A to Z. hehehe… Sekiannn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...