Thursday, June 10, 2010

Selesai.....

Alhamd. detik 6 June telah berakhir. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, perjlnan majlis kenduri aku berjln dgn lancar. Setelah segala ranjau / dugaan / cabaran aku hadapi spjg persiapan kenduri. Maklumlah, preparation sumer last minute.

Persiapan yg berminggu2 lamanya, akhirnya, ke grand-finale jugak… Alhamd. Majlis dihiburkan dgn auntie2 marhaban seramai 15 org, imam dan qariah nya lebih kurang 10 org, adik2 kompang 8 org, dan 2 org d.j. yg buat kan kami tak kering gusi sepanjang majlis. Terima kasih diatas segalanya. Hanya Allah sajek yg dpt membalas jasa kalian.

Kronologi bermula begini, hari Sabtu, menjangkau ke 3.30am, baru aku terpisat2 nak tido. Itu pun, byk lagik persiapan yg tak disiapkan lagik. Mak asyik sibuk di dapur, nak buat lauk tambahan utk besok. Aku plak, bertemankan ang ang, abg jan dan reen, sibuk dgn final touch… Oooohhhhh sungguh stress… Bagaimanakah rupanya kenduri aku pada besok hari, berlegar2 dlm kepala. Sampai tak lena dibuatnya. Akhirnya, dok terbuai melayan perasaan sambil berangan pasal kenduri, aku terus terlena. Ang ang plak, terpaksa tidur di luar umah, nak jaga meja kerusi katanya. Maklumlah, segalanya dah disusun. Risau gak, kalau ada org cuti kipas ke, kerusi ke. Heheheee…

Tepat 8.30am, Sunday, pakcik makcik aku skeluarga tiba dari Taiping. Seb baik lah, deme sampai, kalau idak, mau aku bangun kul 12pm mcm hari2 cuti yg biasa aku bangun. Hik…. Aku pun, meloncat tak ubah spt tarian kuda kepang. Aku kejutkan ang ang, maklumlah, papan tanda ke rumah pengantin tak dipacakkan lagik. Aku pun, bergegas mengarahkan dia, buat pancangan tersebut. Dlm masa yg sama, ada 38 missed calls dari K’Ros, helper yg akan bantu aku during kenduri nanti. Punya lah tak sedarnya aku nih. Aku pun, call dia, rupa2nya, dia dah nak sampai ke stesen Sg besi. Aku pun, dgn tak gosok giginya, berkain batik nya, meloncat lagik, p jemput kak ros pulak.

Balik dari amik kak ros, aku dah nmpk segala pancangan menuju umah aku. Smakin lama, smakin banyak bunga manggar berkelip di atas betik. Oh, alhamd. Ang ang dah siap kan pemancangan nya...

Jam dah kul 9.30am. abg chik, pakcik2 ku, ang ang, sebuk di khemah. Seolah2 nmpk kelibat catering di khemah. Aku pun, bergegas masuk ke dlm umah nak bersiap apa yg patut. Around 10am, aku siap mandi. Namun, batang idung mak andam ku tak kunjung tiba. Aku text dia, otw katanya. Tapi, baper byk kali otw daaaa..btg idung nya yg mancung tuh, tetap aku tak nmpk... Akhirnya, aku terdengar, auntie2 utk marhaban dah sampaiiii.. OMG, aku tak bersiap apa2 pun nih. Takpelah..derang pun memulakan majlis, dgn alunan marhaban yg sungguh merdu. Siap microfon lagik. So, berkumandang lah suara2 mereka. Tujuan auntie2 marhaban nih adalah sempena majlis cukur jambul anak sepupu aku. Bukan 1 baby, tapi, ada dua baby yg d cukur jambul. Meriah sungguh suasana hari raya ketika itu.... Dlm 30 mins camtuh, mak andam ku pun sampai, di escort oleh good friend aku, reen. Syukurrr...

Langsung, aku mengenakan contact lense yg berwarna grey, tapi, bila dah kai kat mata, kaler itam plak, cumer, purpose dia membesarkan mata itam jek.. hehee. Itu pun, mau cerita kerr? Hik... ok lor..sessi makeup pun berlangsung..tgh halfway aku bermakeup, aku dgr auntie marhaban menyatakan statement berikut ”doa yg berikutnya, kami tujukan pada Pengantin (nama ku dan ang ang disebutnya).....ohhh.sungguh terharu. Aku tak request pun, tapi, atas inisiatif auntie2 yg berhati mulia nih, mereka alunkan skali zikir2 dan alunan doa2 indah utk kami berdua.. Alhamd. Sebak rasanya, setelah aku amati bait2 kata dlm alunan tersebut... Skali lagik, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi... Aminnn... dan aminnnn...

Akhirnya, make up pun selesai, dan auntie2 nih pun selesai berzanji. Langsung derang request nak jumpa perantin. Aku pun, dgn catwalknya, berjumpa seorg demi seorg, bersalaman, berpelukan, berciuman pipi..oh...indah skali perasaan ku ketika itu.. Oh ye, lupa nak tambah, setelah auntie2 marhaban berzanji di dlm umah aku, Imam sudah pun tiba dan tunggu utk auntie habis marhaban utk menjlnkan doa selamat. So, doa selamat diadakan sejurus selepas majlis marhaban...

Slps selesai segalanya, tiba waktu tengahari, aku dan ang ang pun, melangkah kluar dari umah. Dari jauh, aku perhatikan sudah penuh org dikhemah. Malu memang lah malu, tapi, nak malu apa, bukan aku tak kai baju kan? Aku atur langkah ku. Agar ianya teratur, chewah... makcik dan pakcik aku dah siap menunggu di meja VIP. So, kami pun mulakan santapan. Tak lama lps tuh, kumpulan kompang pun tiba. Langsung, sambil mkn2, alunan kompang berkumandang. Sungguh sedap dan mengasyikkan... Aku perhatikan, sumer mata pun, tertumpu pada persembahan tersebut. Maklumlah, kenduri aku nih, takde bersanding2 pun. Tu pasallah kumpulan kompang nih, sengaja diadakan hanya utk menghiburkan tetamu sambil mkn2.

Setelah selesai berkompang, giliran berfoto dgn sedara mara dan menyambut ketibaan saudara mara, sahabat & jiran tetangga, jauh, dekat, rapat yg dah hampir 10 thn tak jumpa pun ada. Mcm2 kerenah, mcm2 citer di kongsi bersama. Tak dpt digambarkan dgn kata2. Memang seronokkk... Pada saudara, kawan2 terima kasih kerana sudi berkongsi kegembiraan di hari bahagia aku nih. Hanya tuhan yg dpt membalas nya.

Setelah majlis selesai, segala warmer dan dulang2 telah dibasuh, rupa2nya, rakan2 ku masih berkunjung.. Tak putus2 dan berlarutan sehingga ke mlm. Kesian mereka, dah lmbt pun, masih dtg kenduri aku. Terima kasih pada u ols. Syukurrr....

Lega seleganya, sumer telah selesai dan berjln lancar. Bersantai lah kami anak beranak, berserta family aku. Sedang seronok dibuai khayalan / berangannnn.. sampai pula sedara mara aku yg lain... purpose kunjungan, utk b-b-q nite plakkk.. iye tak ye, memang siang td, kami suruh d.j. announce psl malam b-b-q tuh. Tapi, tak sangka plak, right after maghrib, org dah kunjung tiba. Tuan rumah masih tak siapkan apa2....hehehee..

Meloncat lagik lah aku ala2 kuda kepang dgn ang2. menggelupur p beli arang dan ais batu. Mujurlah, kakak ipar dan makcik ku dah marinate segala mknan utk dibakar pada petang tadi. Ok lah, sambil aku mandi, jiran2, sahabat2, sedara2, tolong bakarkan pe2 yg patut. Menunya : sotong, udang, chicken, ikan siakap dimkn bersama nasik beriyani kenduri tadi, dan nasik putih dan daging masak kicap, masakan mak aku. Hilang segala penat lelah siang tadi. Seronok plak tgk kawan2 / sedara dtg memeriahkan suasana di mlm hari nya. Syukurrr skali lagik. Sehinggalah larut mlm, org beransur pegi, kami sedara mara terdekat, masih berkumpul, dan berborak sakan sehingga ke 3.30am. begitulah kesah satu hari suntuk yg hectic, but yet, sungguh seronokkk dan meriahhhh..
Aku harap, korang2 yg dtg hadir kenduri aku tuh pun gumbira skali ye. Terima kasih byk diatas sokongan moral yg korang berikan. Pada yg tak dapat hadir atas sebab2 tertentu, terimakasih diatas doa kalian mengiringi aku dan ang ang di sepanjang kenduri kami agar berjln dgn lancar.

Doakan kami bahagia, berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminnnn.....

Sorrylah, entry kali nih panjang sket. Sebab nak citer A to Z. hehehe… Sekiannn..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...