Wednesday, December 16, 2009

Carlitos, Carlina n Carmila yg cccchhhhhhommmmmeellllllll......






Nama2 d atas, bukanlah nama yg aku nak letak pada bakal anak2 aku, atau pun, nama anak2 kepada jiran tiri, bapak sedara belah dua pupu nenek aku pun bukan. Petah lagik, bukan jugak dari La Us Ur Pa Do Ra dan Betty Soy La Fea. Tapi, itu ada lah nama kepada anak2 kucen hasil dari benih Pocot (kucen aku yg penah aku citerkan dlm entry terdahulu), sila refer pada entry tersebut. Alhamd. Sihat2 dan gebu2 belaka anak2 kucen nih. Comel tak terkira. Kalau nak tgk rupanya, tatap lah gambo2 nih sumer...Hehehee.. Sesungguhnya, aku gumbira sgt menerima cahaya mata ini. Walaupun, bukan aku yg kandungkan 9 bulan 9 hari, tetapi, kucen2 nih memang comellll...dan aku akan menatang mereka spt minyak zaitun yg penuh melimpah ruah..adooooooooo..

Kepada ibu kucing, iaitu Tabetha (kawan aku punya kucing), tahniah kerana berjaya melahirkan anak2 yg comel dah sihat. Thank you so much kerana sudi memelihara baka pocot ini membesar bagai juara...

Actually, anak2 kucen nih, masih bersama2 kawan aku. Ala2, tak nak putus susu lagik lah, bak kata org. Tapi, nanti, kalau dah putus susu, buleh lah aku bele anak kucen tuh. Memang aku tak sabar nak membelanya. Kalau buleh, aku nak terbang p umah kawan aku tuh, culik jek anak kucen tersebut. Hahahahhaaaa....

Oklah, skian saje lah karangan aku pada hari nih. Moral of the story, aku memang gumbira dgn anak2 kucen ini....Love..

Friday, December 11, 2009

Hari hangin dan hanginnnnnnnn.....


Aku pun, tak tau leh pesal, smenjak duamenjak nih, kengkawan yg mana satu masa dulu penah rapat giler dgn aku, buleh buat aku hanginnnnnnnn..

Salah aku ke? Adakah aku terlalu jahat, sampai dpt kawan2 yg sampai hati nak jahat dgn nyakitkan ati aku? Adakah aku terlalu baik, sampai kawan2 aku pijak sama kapala aku nih? Aku pun, confused.. Kekadang, kawan2 nih, bila susah baru carik kawan2 kan? Aku pun, tak lari dari istilah tuh, tapi, masalahnya, kawan2 aku nih, memang susah, carik aku,
At the same time, nak susahkan aku skali. Tuh yg buat aku runsing tuh..

Ya Allah Ya tuhanku...kenapa lah perkara begini jadik kepada aku.

Tu je lah coretan aku di kali ini. Udah jenuh aku menjaja citer pasal kawan2 aku nih, kat kawan2 aku yg lain, tapi, aku masih tak dapat nak release. Apa perlu aku lakukan????
Ada kah aku perlu, pegik buat bungee jumping atau terjun payung terjun tuk mengreleasekan keadaan? Ntah lah!!!!

Nih lah entry aku yg paling ntah apa2 penah aku buat..even, ada byk lagik entry aku yg ntah apa2 seblm nih, tapi, nih the most ntah apa2 punya entry...

Ciao.....

Thursday, December 10, 2009

Rain rain, go away, come again another day, lil Siti want to play.... WITH RAIN




Hahahaa…korang rasa ting tong tak subject aku di atas? Memang aku ting tong.. Ting ting coz angau gilerkan RAIN. Bukan RAIN yg rain2 go away, rainbow pun bukan, raincoat apa tah lagi,, tapi RAIN pop star dr Korea tuh. Ooooohhhhhh.... naik pitam aku menengok aksi dia smlm dlm Ninja Assassin. Body tuh, usah di kenang lah kan? Six pack all over..hahaha.. tapi, martial art dia tuh. Memang hebat.. Dr pembacaan aku sblm2 nih, memang dia amik class berbulan utk master seni ninja nih. Bebaloi-baloi lah hasilnya. Speaking dia pun, sungguh bagus, much2 better dari Jet Li. Kalau dlm drama series dia tuh, mana de dia nak pandai speaking2 nih. Tuh pun, musti dia p class jugak tuh. Bagus kan? Kan? Kan? Tulah faktor2 yg membuatkan aku lebih angau kat maknusia yg bernama RAIN nih. Smlm, lps aku balik tuh, tak habis2 mulut aku yg keccchiiiilllll mungil mengutarakan soklan pada ang..ang..ang... “Ang, kenapa Rain hensem sgt dlm citer tuh? Ang, kenapa Rain pandai berlakon? Ang, kalau dia pk lah kan, dlm byk2 actor Korea, kenapa Rain yg derang pilih? Ang, jawablah Ang..jawablah Ang” (rengekan manja ala2 BCL aku nih kan?) adoooooo ang nak layan, habih2 pun, dia dok melayan mae2 kucen aku, siap main nyorok2 lagik dgn mae2.. Aku pun, paham benor lah kan? Langsung aku lelapkan mata sambil harapkan agar Rain dpt muncul dlm mimpi aku. Tapi, sampai ke pagik adooooooo......

Point ke dua, minggu nih, dari hari Isnin, smpai lah ke hari ini, aku x de buat spatah haram keje pun. Kome percaya tak? Ala..keje yg ciput2 celah gigi tuh, memang lah ada.. Tapi, ala2 5-10 mins siap lah. Pastu, aku nganga balik..mcm tu lah, dan seterusnya.. Sampai lah ke hari nih.. Aku harap2 sampai bila2 lah hendaknya mcm nih.. Hahahahaa. Ala2 mkn gaji buta. Cukup bulan, aku terima gaji. Best kan?

Ok, kene sign off.. aku nak surf gambo rain byk2 pastu nak masuk dlm hp aku, pastu, aku nak buat screen saver, wallpaper, slideshow, animation show, tiger show, eh silap.. apa2 show lah, just gambo Rain jek...hahahaa..

p.s. : Mengalahkan budak2 remaja yg angau dgn artis2 kan? Hahahhaaha..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Yeyyy…seronok sungguh aku rini, excited pun ada, esp. nak menunggu detik 5.30 pm. Mana tak seronok nya, nak sambut raya wei. Alhamdulillah, pjg umur aku nak menempuhi Hari Raya Haji pada tahun ini. Esp bersama ang ang ang. Apalah reaksi ang ang ang kalau dia tengok lembu kene sembelih. Mana penah seumur idup dia tgk lembu di sembelih. Habis2 zaman dulu2, kalau dia lalu sebelah lembu kene sembelih, terharu dia nengoknya. Dia kata, kesian tgk lembu tuh, kenapa lah dera lembu tuh. Tulah, konsep belajar agama tak habis, dia tak tau sirah nabi dolu2 mcm mana citernya. Jenuh dah aku citer pada dia, adoooo dia nak paham. Ke, sebab explaination aku yg ntah apa2 buat dia pening… hihihi..
Oklah, berbalik pada cuti Hari Raya nih, insya Allah aku akan menyambutnya di kmpg mak aku. Tepen leh kome, mana lagik. Umah mak unggei, toksu, pak tam, mak lang, mak loyah etc. jenuh nak taip, kalau nak tulih nama2 makcik aku yg glamer nih. Hehehee..

Lagik, yg mendtgkan kesronokan aku pada rini, tamat lah seksa aku mengrelief sec. lain. Syukur Alhamd. Tuhan bagi aku kekuatan menempuhi hari2 aku mengrelief nih. Best ada, x best pun ada, biasalah kan, sumer2 tuh. Mintak2 lah bos aku yg kwang2 nih balik awal, mana tau, nak p tolong org carik lembu ke apa ke kan? Hik.

Keseronokan yg lain, smlm, Reen amik hadiah dia, dtg umah aku, aku tak standby pe2 pun, aku buat air ribena, dgn jamu bauhulu yg sepatutnya, aku bawak balik kmpg utk raya di kmpg..hehehee.. Aku buntu nak buat apa, lain lah, kalau aku terror masak kan? Petik jari, mihun goreng tersedia..hahhaaa..adoooooo… Sjurus lps reen balik, aku n ang ang ang bersiap plak nak p midnite movie. Teka lah citer apa, senariooooo.. Best, kelakar, selamba. Mek pantai timur tuh kan? Dah kurus gilerrr…cun sgt2..comell, mcm anak patunggg.. suka tgk dia dlm citer tuh. Couple plak dgn wahid dlm citer tuh..hehehee..memang lawak..
Aku suggest, kalau kome nak release tension, takde pe nak buat cuti hari raya haji nih, bawaklah anak2 p tgk scenario. Memang mampu menggeletek pancreas korang. Ok lah, sampai di sini sahaja entry aku kali nih. Salam Aidiladha aku ucapkan pada kome. Maaf Zahir dan Batin k. Love….

Tuesday, November 24, 2009

Geylang si paku Gelang

Smlm, masa aku balik dari opis, spt biasalah, naik monorel LRT bagai. Tgh aku dok berangan2 tuh sambil nak kluar dari monorail, aku terlanggar tangan dgn seseorg. Aku pun buat dek je lah. Languns meneruskan perjlnan ke LRT pulak. Aku pun, mensuakan lah tangan aku masuk handbag. Sedor2 gelang tangan aku, udah takde. Menggelupur lah aku, menggigil, sebak, sumer ada menyelubungi diri. Aku patah balik p monorail. Adoooooo nak jumpa. Aku pun terus call mak aku, iyelah, gelang pemberian nenek moyang aku kpd makcik aku, kpd mak aku, kpd aku. So, mak aku pun dgn tabah, berckp, dah x de rezki, nakbuat mcm mana. Anggaplah gelang tuh dah takde rezki. Aku sungguh sedih..tak tau nak kata apa lagik…Aku berharap sgt, kalau suatu hari ada rezki aku, insya Allah, aku dpt balik gelang tuh. Insya Allah..

Kesah kedua aku, whole week nih, aku mengrelief lagik. Tapi, kali nih, relief big boss. Meloncat2 jugak lah aku, bila di beri task tersebut. Tapi, pe kan daya, meloncat sampai terjun bangunan opis aku nih pun, aku tetap kene relief jugak ye tak? Kat opis aku nih, konsep nya, bila hujung2 tahun, sumer sec. big boss akan bercuti panjang, ada yg sampai 2-3 minggu skali gus. Iyelah, konsep tak amik cuti awal2, sekali amik cuti, kaw2 lah kan? Mcm aku plak, ala2 bersenang2 dahulu. Awal2 tahun udah amik cuti usah di kenang. Last2, sendirik merana, ketandusan kergersangan cuti…ahaks.

Last weekend, aku hingat, nak balik kmpg. Kat kpg aku tgh musim buah2an. Tapi, apa kan daya, aku n hoosband, demam bersilih ganti, aku demam, dia sihat, dia demam aku sihat, bila dua2 demam, kucen kami mae2 plak sihat, mcm tulah dan seterusnya. Langsung, kami tak jadik balik kmpg. Insya Allah, raya haji nih, kami balik kmpg lah kot. Harap2 ada lah lagik buah2an tersebut. Ok lah, setakat ini sajek lah citer aku buat kali ini. Actually, aku nak hupdate jugak pasal citer birthday sorg suster kat opis aku nih, tapi, apa kan daya, aku kat tmpt org lain nih, tak leh nak letak gambo2 sempena majlis birthday tersebut. Insya Allah, ada di kesempatan lain, akuhupdate lah. Ciao…

Monday, November 9, 2009

Mcm2 punye citer

As usual, bertemu lagik dlm arena pembloggan. Aku smenjak dua menjak, ide mencurah2 nak buat entry baru. Tp, bila dah sampai opis, adooooo... jauh di umah aku tinggalkan ide aku tuh. Ok lah, aku nak citer lah, xtvt terkini aku buat masa nih.

1. 1hb November hari tuh, alhamdulillah, aku pindah masuk umah baru. Umah sewa jek. Nun di balakong, betul2, 14 depa gajah dari umah aku, ke umah akak aku.. Biasalah, aku dgn akak aku, tak leh d pisahkan. Asyik berkepitttttt jek. Seb baiklah ada bala2 tentera aku yg 5 org tuh. Deme lah yg tolong aku basuh rumah bagai. Basuh toilet, basuh dapur.. Mujur sangat2...Kalau nak harap kan aku n ang..ang ...ang buat sorg...Adooo nak siap.. Semoga aku dan ang..ang..angg.. dan family aku yg lain, beroleh kerahmatan dan keberkatan di rumah baru ini...aminnnn.
2. Bila dah duduk umah baru ini, kene lah, tukar cara hidup baru. Ang suruh aku masak2 from now on. Dia kata, dah berumah tangga berbumbung atap nih, kene lah rajin masak. Tak dapat beriani gam, nasik hujan panas pun jadiklah. Meloncat ala2 BCL jugaklah aku bila dengar permintaan dia tuh. Tapi, tak pe, bak kata org, kalau kita berbakti pada suami, insya Allah, besor pahalanya. Walaupun, ala2 iklas tak iklas aku nak masuk dapur, tapi, bila mendengarkan fadhilatnya tuh, aku teruskan jua. Habih segala resipi, petua aku pelajari dari kawan2 rapat aku. Korang, terima kasih byk kerana sentiasa berada di belakang aku, memberi sokongan..Jasa korang, akan aku ingat sampai aku dah terror masak nasik beriani bas mathi Bukhara bukhari bagai k.
3. Sabtu hari tuh, 7/11/09 aku balik kmpg. Ada musim buah2an, sungguh best skali, balik kmpg. Dan ini jugak, kali pertama Ang dpt merasai kemeriahan pesta buah2an di kmpg aku. Baru dia tau, betapa meriahnya bila balik kmpg aku. Tapi, di sebab kan kami nih, kurang tenaga lelaki, kebanyakannya karipap dan apam jek.. so, ang lah menjadik mangsa. Kait rambutan, kait manggis, kutip durian, angkut durian masuk kete..sumer dialah. Kopek durian satu hal, sian aku nengok, udah peluh menitik2 masuk balik dlm durian yg dia kopek tuh..tapi, nak buat mcm mana, halal kan aje. Hahahahahaa…

Ok lah, sekian sajek citer2 aku buat kali ini, bertemu lagik di arena akan dtg…Ciao..

Tuesday, October 20, 2009

Relief oh relief kenapa engkau timbul / Wild wild west




Pagi nih, aku rasa tekak aku gatal bebenor..jenuh sapu tiger balm, kasik tak gatal. Smlm, dan hari2 seblum nih, tak teruk sgt, tapi pagik nih pulak yg menjadi2. Aku rasa, cam nak seluk tangan aku, masuk dlm tekak aku, lalu keluarkan dan garu2, tak pun, rendam dlm air panas. Pastu, agak2 dah lega sket, baru aku masukkan balik, mcm tu lah perasaan aku. Oh ye, aku tau, naper jadik camnih, pagik nih, aku p bekfast, mkn tak hingat, mee goreng campur bihun goreng.. Hehehee..skrg, rasailah bahananya..oh ampunnnn.. Rasa nak p klinik panel jek kejap lagik, mintak ubat batuk, walaupun, kat umah, dah ada 2 ubat batuk yg masih banyak..Co. cover maaa..ahaks. Panel klinik pun, sekangkanng kera berlari jek, dari opis aku nih, so, anytime, anywhere, anything, any angkat jemurannnnnn, hujan mau turunnnn....hihihi...

Oklah, nak citer pasal apa yg tertulis di atas, colleague aku nih, menyambut deepa. Spt biasa, kaum2 arugerek nih, kalau beraya, musti lah 14 hari, 20 mlm kan? So, mangsa keadaan dalam keadaan ini ialah, aku. Kene meng ’relief’ lah. Aku no hal, bab2 relief nih, dah menjadik sebati dlm hidup aku nih..Tapi, yg menyentapkan aku, bos aku sendirik pun, tak penah kasik keje belambak kat aku, bos org lain yg kasik melampau2.. Hangin tak hangin. Kalau suruh sket2 tak pe jugak, aku tak kesah. Nih idak, buat mcm aku maid indon...ke sana kemari, naik tangga turun tangga, tak cukup itu, diri sebelah, tunggu lagik. Pe hal, pe hal, pe hal..dia hingat, aku nih apa? Nyampah giler aku... Udah ler aku nih, kene relief org lain, tak pasal2 dia pun, nak aku berkhidmat utk dia jugerk.. memang pitammm... Pastu, appreciation harammm... Aku kekadang pelik dgn sikap setengah2 manusia yg begini... Hormatilah sesama insan. Sedangkan anak kucen di tepi longkang pun kita kesian, pe tah lagik kita sesama manusia.. Sila lah berperikemanusiaan sket.. Sadisss..

Masuk kisah kedua. 9/10/09 itu ari, opis aku ada menganjurkan dinner. Nih, utk sport club kitorg lah. Yg sadis nya, staff jek yg buleh pegik, hoosband2 tinggal umah, jaga anak, nonton tv di umah jek, sebab kami tak buat siaran langsung k. Theme kali nih, juga spt tajuk di atas. Pening jugak lah kami memikirkan outfitnya. Tetapi, voila..... menjadik jugak ala2 cowboynya, walaupun, tak exactly mcm koboi, tapi, ada lah sket...tang topi cowboy esp. Ok lah, skian, tatapilah, gambor ala2 cowboy kami ini. Hehehehee...

Skian....

Thursday, October 8, 2009

Sepasang baju kurung / b. melayu lilac




Salam Syawal buat teman2 skalian. Aku harap, aku tidak kelewatan utk mengucapkannya pada kome2 skalian. Memang dah berkurun aku tak hupdate blog aku nih, bukan lah aku tak nak, tapi, ntah....feel / mood tuh tak sampai2 lagik..Tetiba..tetiba..tetiba jek rini aku rasa nak mencorat coret, coreng kan isi hati aku kat dlm blog aku nih. Kpd rakan2 ku yg setia menanti dari hari ke sehari tentang entry baru aku nih, tatapilah seadanya ye... Aku tau, kome pasti tak lena tido mlm, sebab tak dapat nak baca blog aku slama nih.. (berangannnnnnnn jek tak abis2)

1. 17 hb Sept. Tarikh keramat yg pasti akan ku ingat sampai bila2. Dan aku pun, berharap anak cucu aku pun, akan ingat tarikh nih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, berdirinya saya disini, eh, dah mcm pidato pulak...silap2...Alhamd. aku dah selamat di ijab kabulkan dgn ang..ang..ang..aku. Setelah, bermacam2 onak duri, ranjau yg aku tempuhi..akhirnya, aku dah bergelar bini org..tak lama nanti, mak org,..tak lama lagik sket, opah org..tapi, memang lah org kan? Tak kan bab kot..hehehe.. tapi, tu lah, aku nak habaq. Tarikh di atas tu lah. Tapi, aku nak mohon maaf pada rakan2 ku, yg aku tak dpt nak menjemput kome. Atas permintaan ang..ang..ang..ku jugak. Lagik plak, atas nak mengambil keberkatan di bulan puasa yg mulia kan? Pada rakan2 yg lain, yg hadir atau tak hadir, terima kasih byk kerana memberi sokongan yg tak pernah putus slama nih. I love you guys..... Esp. Reen, Kasu, Kak Atie, Adik Umah aku, Ahin, Niza, K’Mira, etc. (sorry, kalau ada nama yg aku missed) Korang memang byk membantu aku dlm meniti kehidupan slama nih, you guys are awesome!!!

2. Bermulanya, perjuangan aku dlm bidang MLM. Ntah kenapa, aku mcm terpanggil jek utk menjadik ahlil dlm salah satu syarikat MLM nih. Bulan pertama, aku buat ada pada bulan 9, masa tuh bulan puasa. Tak susah pun buatnya, just tunjuk katalog kat akak opis aku yg memang shopaholic nih, hehheehe..terus deme stujuk nak beli.. Alhamd. Bulan 9 tuh sajek, sales aku mencecah RM1000++.... Terima kasih pada korang sumer, kene membantu aku dlm membeli barangan aku nih...Insya Allah, aku akan berusaha lebih keras lagik, dgn niat nak menjadikkan kome downline aku plak...Hehehe...

3. Lately nih, ramai betul org yg nak resign dari co. aku nih. Termasuk lah 3 org bos aku tau tak? Bos2 aku nih, idaklah baik mana, tapi, baik jugak lah, berbanding bos lain. So, aku mcm sedih jugak lah. Ntah apa lah nasib aku lps nih plak, Ya Allah Ya Tuhanku, jgn lah kasik aku boss2 yg lebih horrible dari mereka..Kalau buleh, aku nak yg baik2 jek..hehehe...yg tak melawan ckp aku lah, senang..ahaks. hari nih, kami buat makan2 ala2 farewell party utk

Begitulah coretan aku pada hari ini. Harap2 aku rerajin lah hupdate blog lps nih..hehehee..

Tuesday, August 11, 2009

KK trip






31hb hari tuh, aku n the gang aka gang jumbo gagak hitam, kami bersepakat nak p KK. Bukan KK ubat demam tau (org dulu2 panggil paracetamol tuh KK – Kementerian Kesihatan), bukan jugerk K. Kangsar tmpt JWW Birch di bunuh, Kitty Kat jugerk bukan..tapi KK – Kota KInabalu bah…

First time aku sampai KK, aku expect dia mcm Kuching..tapi, berbeza…memang berbeza, di KK byk pasar, Pasar tamu, Gaia Street Pasar, Pasar mlm Kg Air, Psr Philipine, dan ntah mcm2 pasar lagik… So, bila byk pasar, byk lah duit yg habih..hehehe..

Kebykan pasar, bukak hari2 tau..Jadik, x yah lah hiraukan kalau tak sempat nak beli pe2 barang. Confirm, hari besok buleh pegik lagik..Dan begitulah perjlanan kami setiap hari… Memang packed back-to-back jadual kami disana. Bersyukur dpt duduk kat tmpt yg betul2 di tgh KK city. So, anytime kitorg bosan2 mcm dugong nak beranak, kami pun, kluar lah p jln2 amik angin…

Mlm pertama jek, letak je bag, kami terus meronggeng ke pasar mlm..Memang happening, sampai sakit mata di buatnya…belambak2 kristal2 yg ada disitu..Langsung kami p mkn mlm di Medan selera Kpg Air, pun best gak..Cumer kene sediakan duit lah..Kebykan nya, memang ikan fresh2, dtg terus dari akuarium..Perut pun dah kenyang, hati pun sudah senang…

Besok pagi2 buta lagik, kami menuju ke Kinabalu Park. Many thanks pada Summer Lodge Mr. Steven, dia yg arranged kan trip kami ke sana. Memang berbaloi2..Kesimpulannya, trip kami kesana, memang best lah..Penuh dgn keceriaan dan ke happeningan yg pening.. Rasa nak pegik sana lagik baa..

Ok lah, malas nak ckp byk, kome tatap lah gambo2 ala2 BCL ku ini..

Happy viewing ^ ! ^

Wednesday, July 29, 2009

Tugu Peingatan Negara






26 July 09 Ahad, aku bersama t_ _ _ _ _ aku memikirkan pe xtvt riadah yg kitorg nak buat ri tu, so, pikir punya pikir, kami pun pegik lah brunch d Restoran Ulik Mayang di UK. Aku suka restoran nih, sumer pun ada, speciality dia, mknan pantai timur lah. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi rice, rice nasi, just name it..sumer pun ada..Sapatu, perut pun dah kenyang..Sambil pk2 lagik, pe xtvt riadah yg selebihnya, kami pun bercadang nak pusing2 Tmn Tasik Perdana.

Hahaha..tmpt dating rasmi kami…Lps pusing2 jln2 Tmn Tasik Perdana, masih lagik buntu, tak tahu apa nak buat, aku mencadangkan idea yg sgt bernas, pe kata kami pegik jek abovementioned punya tmpt. Aku last pegik Tugu Negara nih pun, masa rombongan sek. Ren. Jek, time tuh darjah 6. Rombongan sek. Men. Ada jugak buat, tapi, time tuh, aku rasa x cukup adventure, aku x turun bus pun….Aku hingat lagik, masa tuh aku dgn kawan sek. Men. Tuh, kami pakat2 x nak turun bus. La nih, dah tua2 nih, baru lah terhegeh2 nak p. Keadaan masa tuh, sgt lah panas terik, tapi, d sebabkan semangat patriotisme kami sungguh menebal, esp. Aku, kami pun gagahkan jua kaki ini melangkah.

Sungguh damai d hati bila tiba di sana, tmpt tuh sungguh peace, jauh dari kesibukan kota.., dgn…. angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu..Angin bertiup bersepoi2 bahasa Dusun lah, bak kata org..…Rasa mcm menimbulkan 1001 nostalgia…Memang best…

So, sempat jugak di sini, aku merakamkan, pic.2 nostalgic aku di sana..hayati lah…

Thursday, July 2, 2009

Kuschin ku ala pocot cokopontot...


Ada biter gumbira nak khabarkan, hari nih, sjurus nak p keje, aku jumpa persian cat warne klabu yg sgt comell di dpn umah aku.

Actually aku memang dah jumpa kushin nih berlegar2 dpn umah ku dua kali dah,
seolah2 mata dia memandang mataku dgn penuh simpati.
hehehe..aku pun, pe lagik, terus dukung kushing yg comel dan gebu tuh, terus aku masukkan ke dlm umah aku..hehehe..sungguh gumbira bila dpt buat harta sendirik, ntah saper punya kushin ntah...

sib baik, kebetulan mak aku ada di umah, so, aku pk nak suruh mak aku tgk2kan, mak aku pun, memang suka dgn kushin nih.. dah jadik mcm anak dia d buatnya, kalau kuchin2 kat kampung aku tuh…

so, stelah aku sampai tmpt keje, aku mula berangan dan menyimpan cita2 utk menyimpan kushin tuh,…

Nama, bak kata housemate ku, letak nama pocot, sempena nama kuchin dia yg dah lama x de….
Mak aku plak, memanggilnya mae mae…tapi, aku pun, x tau lah, kalau kuschin nih, pening ke idak, bila ada org panggil dlm nama yg berbeza,..hahaha…

Pe2 pun, aku memang syg benor kat pocot aka mae mae nih….segala persiapan dah aku aturkan…beli pasir dia, beli mknan dia, collar dia skali…tempat termenung skali, tmpt melantak di kala kebulur pun ada skali…wahhh…best kan ? So, di sini, aku nak declare, hoby baru ku ialah bermain dgn pocot aka mae mae…Maknanya, dah campur lagi satu hoby drpd 14 hoby aku yg dah sedia ada, which is karoke, karoke, karoke, berangan…etc..

Sekian, sampai di sini jek lah, coret2 kehidupan aku…daa....

Monday, June 29, 2009

T _ _ _ _ g


Salam semua…Memang dah lama aku x hupdate blog aku nih, itu pun seb baik ada sorg Hamba Allah yg hatinya suci murnih, spt dua pemringkatan minyak Seri Murni mengingatkan aku utk hupdate blog aku nih….Hik..Kalau idak…haram lah aku hupdate sampai pencen..Thanks to you kak…

6hb 6….merupakan tarikh keramat bagi aku n family n si Tu _ _ _ g aku nih.. Actually, perasaan gumbira tuh memang tersentil2 kluar dari dlm hati ku..tapi, aku tahan kan ajek, berlagak cool, maklumlah, di usia matang begini..baru terhegeh2 nak melaluinya,…
Sedangkan insan lain, dah lama mengecapi kebahagiaan tersebut…Maklumlah, hamper 9 thn penantian..Akhirnya..aku berjaya melangkah ke stapak lagik perubahan dlm hidup aku.. Pada rakan2 terdekat, time kasih byk2 yg tidak terhingga d atas, moral support kome yg tidak penah ber belah bagi, ala2 batu belah batu bertangkup gitu…Hanya tuhan yg dpt membalas jasa baik kalian…..Doakan kebahagiaan aku dgn si dia k…Aminnn…

Masa kecik2 dulu (masa sek. ren. lah), korg penah tak main bende alah nih…Alah, bila budak laki suruh kita tgk sesuatu, dia akan tunjuk sbegini.. “Woi…tgk tu..tgk tu…apa tu? Tu..Tu…” *sapatu bila kita tgk, deme pun sebut..Tunannnngggg… Slalu lah aku terkena, maklumlah, aku nih masa kecik d kategorikan sbg pelajar yg cemerlang, gemilang, terbilang…Cemerlang dlm kebendulan n kepercayaan yg max terhadap kawan2, even, dah kena kencing melimpah2 dgn kengkawan aku berkali2…


OKlah, sekian lah statement aku buat kali ini…dah kering ide. Lain kali, ada rezki kita ketemu lagik k…


Note : * sapatu (quote pelat anak sedara aku dada didi dudu) – slps tu

Friday, May 8, 2009

Meeting oh Meeting/ Appraisal


Smenjak 2 menjak nih, dept. aku nih x abis2 mtg nya..pastu plak, bukan calang2 habuan 1 jam – 2 jam, sampai ke seharian lah…memang aku gumbira..pe lagik, masing2 bukak kitab lah, bukan kitab tajul muluk ke, kitab hikayat malim deman ke, tapi, surfingggg I’net lah..memang best, aku dah slmt download berjuta2 lagu dah..hehehe..meeting lah smpai bila2 pun, buleh aku bukak kedai upload plak lps nih..hik.. Aku x de idea lah, nak tulih apa, tapi nak citer, mek aku ada dtg dari kmpg tau, aku p kpg amik, sgt seronok, biasalah, mek dtg sini, pe lagik, nak cium ketiak mek aku jek lah..OMG, kome tau lah plak rahsia aku nih, tapi, pandai2 lah simpan, bior pecah d perut jgn pecah di lubang hidung k…

Memang syok kan? Kalau mek duduk dgn kita, aku rasa, bebelan dia tuh, mcm lagu kak Siti jek..sungguh mendayu2 di halwa telinga aku, tapi, cuba hari2 aku dgr bebelan mek aku tuh, mau aku nak pitam jugak lah…Tapi, smenjak mek ada nih, kurang lah aku tinggal solat..iyelah, kalau rasa2 nak dgr dia bukak kitab dia pasal sakratulmaut nih, ,mau terkulat2 jugaklah aku..esp. aku nih, x suka bangun pagik, mek aku cucuk ketiak aku,Cucuk bontot aku, geli2kan telinga aku, sampai aku bangun solat subuh..hehehe.. So, skrg, aku dpt menyedari bahawa muka aku nih, ala2 berseri2 sket, berbanding biasa..hadooo..hahaha..

Masuk citer lain plak, skrg nih, opis aku tgh musim appraisal, menggelupur lah memasing, tapi yg herannya, utk bukan professional staff mcm aku nih, bos2 idaklah menggelupur mana, tuh yg buat aku tersentap tuh..iyelah, aku nih support staff jek, idak nya bos2 tuh herankan, x sedor deme tuh, tanpa kehadiran org2 kuat d blakang tabir nih, x jln jugak keje deme tuh..mmm..ntahlah, heran aku. Tapi, tak sumer boss cam tuh, so far, 4 boss aku dah kasik feedback, yg selebihnya, mcm bau kentut yg hilang dek tiupan angin..

Lagik 1 citer, kawan aku p Bali weekend nih, I wonder, pe lah jajan yg dia akan belik utk aku..ok lah, sampai sini sajek lah coretan iklas ku ini..nak berangan bagaimana suasana di Bali..Ingatkah kawan aku pada diri ku yg ccchooommmeeeellll nih…huhuhu..

Thursday, March 26, 2009

Various matter

Salam...

Dah lama giler aku x hupdate blog aku nih..
Sibuk d opis satu hal, sibuk nak carik idea nak hupdate pun satu hal.
Apalah aku nih, blm ada anak 10 lagik nih.
Oklah, make it simple, aku nak citer yg penting2 jek kat sini. Ada lebih kurang 18 ratus episode jugak sebenornya, tapi, apa yg dan je lah yek.

1. 20/03/09 – Aku pegik tgk teater Sirah Junjungan Tahajud Cinta arahan Erma Fatima. Citer nya bestlah, coz ada kak siti..no..no…no..bukan siti salwa..siti payung..atau siti tanjung perak..tapi kak siti nurhaliza..suara nya tiada tandingan, even aku p berguru nun jauh d pergunungan himalaya pun, aku yakin, x leh lah nak tepis dia..Dan iklas aku katakan, d sebabkan kehadiran dia n nyanyian dia, menambahkan seri lagik ceritera tersebut. Kalau takde dia, so-so jugaklah…Kak siti pun dah kurus lah tgk..cantik dan anggun skali busana yg dia pakai…. Tapi, biasalah kalau citer2 islamic nih, memang kurang sket mdpt sambutan. X mcam impak maksima ke, PGL ke, memang penuh panggung. Tapi citer nih, adooo.. Aku salute pada penghayatan citer..sumer lakonan mantap skali..ada lah jugak part2 yg buat aku menangis…Rasa sgt betapa kerdil nya diri ini…

2. Trip oh trip..Sabtu, 14hb 3 aku ada pegik Matta Fair. Spt biasa lah, sama jek stiap tahun, copy paste, dpt goodie bag, n byk sgt pilihan pelancongan..Kalau ada duit byk, best betul, sumer tmpt pun buleh pegik…huhu…Hik, jln punya jln, ada lah jugak pakej2 yg menarik hati..To reen, thanks so much, coz sudi meluangkan masa utk menemani kawan mu yg kecil nih…ke hulu hilir, sehinggakan hampir2 ko pun nak terjebak dlm peng’applyan kredit kad kan?

3. 21/03 P jln2 ke KLCC. Mula2 nak p Petrosains, malangya, tiket sold out lah plak, langsung, x dapek lah aku menimba ilmu pembelajaran dlm bidang petrochemical… Lain kali, kalau ada rezki, insya Allah aku teringin skali nak pegik. Ialah, seumur idup aku nih, tak penah lagik lah aku menjejakkan kaki ku kesana…huhu…Pastu, x de plan lah kami2 sumer nih, melainkan, mengadap fountain yg betul2 ada kat luar KLCC tuh..dah jadik 1 aktiviti plak dok termenung kat situ..Out of sudden, kawan aku yg beranak 2 nih, bagik idea yg sgt beras dan bernas, pe lagik, ajak aku n reen gik lepak umah dia nun di slayang. Mula2 dia nak ajak main layang2, malangnya, memasing x nak kluar duit utk beli layang2, even, kluar duit utk mkn, kami sumer rela jek, langsung, kami balik lah keumah kawan aku beranak dua nih…hehehe.. Tunggu punya tunggu, pujuk punya pujuk, perperangan mula berlaku..jeng..jeng..jeng…perang apa yek? Perang d dapur lah..ahaks. Kawan aku masak yg paling spesel skali yg penah aku rasa. Musti dia ikhlas bebenor menjamu kami mkn..memang happening lah kitorg punya parti tupperwarre mlm tuh, asam pedas ikan pari, kundur, ikan cencaru goring..memang masyuk..pada kawan ku yg beranak dua, tapi, perangai x serupa ada 2 anak tuh..hehehe, jgn mare…terima kasih bebyk…hospitality ko akak, memang meletops. Pasti, kami akan dtg lagik…hahaha.
Nak palang tak kitorg lps nih.. oklah, aku pun dah ketandusan idea, lelain kali, aku hupdate lagik k. Ciao..

Tuesday, February 17, 2009

PGL oh PGL...


Memang best giler..aku kasik 4 thumbs up (incl. jari kaki). Aku salute pada sumer yg involve dlm pembikinan teater nih.. Esp. Abg stephen..oh..so damn hot ...x tido mlm aku d buat nya. He’s totally gifted. Bkn bersandar pd rupa smata2, bakat nya memang outstanding.. Muahh..muahh..to him..mcm pompuan desperado tak aku? Memang desperate pun, hahaha..desperate yg sampai tahap, kalau buleh, nak peluk cium dia..hahaha..

Memang worth it lah....
N aku pasti, even kalau derang buat PGL sampai 18 season pun, still akan dpt sambutan.

Aku nih, x lah pro kalau nak kasik komen pasal teater nih, yg aku buleh ckp kat sini, memang nmpk hardwork n effort derang, memang hebat..ok lah, malas nak komen byk2,
Mostly ramai yg dah tgk kan? Tepuk dada tanya lah slera...

p/s : naper hari nih otak aku mcm blank jek..x jln daaa..pening pun ada nih...tu pasal lah kot...

Friday, February 13, 2009

Hanjjjj bab punya citerr....


Lagik citer tersentap plus kehangusan n kehangitannn..
Aku pun x tau lah naper, smenjak dua menjak nih, aku dok hangin jek dgn bos aku..
Maklumlah, aku nih reporting to 9 managers..Bermcm pe’el lah memasing..Yg mana kekdg merunsingkan kapla otak aku..Stresss nih..ops, berenti jap, nak gik lunch, hari nih aku bawak nasik goring cina tau..yummy..eh, terciter pasal masakan plak, mula nya nak citer pasal bos aku yg lakhanat nih..x pe lah, after lunch lah aku citer…gtg.

Oklah, sambung balik, mcm nih, 1 bos aku nih nak pinjam file, malangnya, file tuh dia x leh nak pinjam, bos aku yg lagik satu jek yg buleh pinjam, dgn kecerdikan n kebijaksanaan aku nih, aku pun jual lah nama bos aku yg sorg nih utk membolehkan dia pinjam file..eh, pening tak baca citer aku nih? Ok lah, aku buat mcm nih, bos yg nak pinjam file make it as M, yg bagi pinjam nama utk pinjam file, H. Pastu, aku dgn senang hati n dgn hati bangga nya sambil idung aku terkembang kuncup coz dpt selesaikan masalah utk pinjam file dgn mudahnya, aku present file tuh pada M. Ok, kau tim. Aku pun, dgn lalalala nya anto email pada H and cc to M, menyatakan M x leh pinjam file (nama dia x authorize), yg authorize is H. Pls be informed. Begitulah…Last2 si lakhanat H, bikin havoc, dia sgt tersentap tahap biawak sembelit 40 hari, ngape aku memandai pinjam kai nama dia. Hellooo..main thing here is pinjam 1 file..helllloooo…excuse me,….just 1 damn f * * king file tau.Bukannya, aku pinjam nama dia utk withdraw RM1 juta…Selama nih, aku penah pinjam big2 bos punya nama utk file, x jadik havoc mcm nih pun…aku pe lagik, berangin laa..pe hal plakkk kan? Aku Cuma menjlnkan tugas jek kan? Pe lagik, percaturan berbalas email mula tercetus lah… Aku balas macam nih, dia balas mcm tuh, buat mcm tuh, dia balas mcm nih…begitulah..Si H nih, memang slalu timbulkan masalah pada aku..Aku dah puas bersabar…, si M baca tau chainmail tuh sumer, coz aku cc kat dia…Last but not least, damn simple, si M replied, “Huh? What's the big deal... I do it all the time!”..seeee…so…begitulah citer aku kali nih..dah lah, aku dah penat nak update dah..buat darah aku menyirap jek…skrg nih, aku tgk muka H nih, aku nmpk mcm aku tgk b * * i tonyok jek..so, x yah aku susah nak p zoo cari makhluk tuhan paling kontroversi nih, dtg opis aku nih pun, kome dah tgk binatang nih…FOC lagik…sebijikkk..photostat muka dia, output yg kluar muka b * * i…Hahaha…oklah, dah segantang dah aku carut kat sini, …hik…. Till then, daa….

Tuesday, February 10, 2009

Cerita hangusss..


Kalau kak su dah citer pasal kehangitan yg melanda dia d tmpt opis, aku plak nak citer pasal kehangitan plus kehangusan melanda aku di opis ku.

Pagi2 buta nih, dgn keadaan, x de mood nya, aku gagahi jua utk dtg keje…Dgn muka aku yg moncong ala2 bak kata kawan aku kat opis nih, buleh buat berteduh nih, aku naik lah LRT n monorail bagai. Spt biasa, aku pasti akan layan mp3 aku n buku citer aku lah. Apa yg berlaku d sekeliling memang aku x amik pusing.

Tanpa d sedari, aku received sms and ada missed call dari bos aku (B _ _ U) bukan nama sebenar pd pukul 8.14 am. Dia pesan dlm message tuh, akan dropping off some docs. to office. Spt biasa, aku lah menjadi mangsa pegik mengutip docs. tuh dari dia kan? OK lah, aku paham lah dah maksud dia tuh. Aku pun layan balik lah novel aku tuh… Reached ofc, aku returned call ke dia. No answer. X pe lah, aku bolayan jek lah, nak buat mcm mana kan? Aku pun, amik lah tumbler, mug aku, nak gik amik air, n buat quaker oat aku. OTW ke pantry, aku nmpk dia dok tercegat kat tmpt dia. Aku approached lah, seek clarification pasal insiden tadi. Alih2, dia bernyanyi kat dpn muka aku, maksud nyanyian aku nih, berleter lah..dgn keadaan muka dia yg muncung yg motorist2 kat hiway buleh buat berteduh during hari hujan tuh..mcm tu lah muncung dia..ala2 lagik hebat lah muncung dia dari muncung aku pagi tadi…

Soklan2 maut tahap b _ _ i lapor yg dia tanya aku, naper tak jawab call dia n naper x reply sms dia.. Menyirap lah aku kan? Dah lah pagik2 buta mood memang tgh swing..
Tersentaplah aku…Aku pun, ckp lah dgn B _ _ U tuh, aku ckp, aku x de kredit, n aku tgh travel, memang x dengar, pastu dia plak jawab, no point utk aku explain kat dia, dah terlambat…tgh dia dok membebel tuh, aku bolayan n blah jek…Benci tul aku…Memang melampau, bak kata opis mate aku yakni ahin, bos2 nih kalau d layan, kasik betis nak peha, bila dah kasik peha nak p _ _ _ t…hahahahhaa…..memang kelakar….
Salute kat ahin, memang betul pun ahin….

Sekian, tu sajek lah, komen aku utk hari nih..stelah skian lama, aku x berentry kan?

Friday, January 23, 2009

Sirap Bandung, Mee Bandung


Oppss..title d atas memang x de kene mengena dgn blog aku kali nih. So, jgn expect yg aku akan provide recipe mee bandung ok, cara nak buat sirap bandung, jauh skali lah. Oklah, kengkwn aku dah update dah pasal bandung nih, aku jek yg terhegeh2, kalau buleh jadik sawang, dah bersawang dah....tapi, nak buat camne, sebuk punya pasal, skrg baru aku ada masa, itu pun aku sanggup stayback coz nak buat keje haram nih..Back to my story, Aku n gengs (6 of us), baru balik dari Bandung. Keseronokannya, memang x hingat..best tahap mentibang beranak 8. Insya Allah, kalau ada rezki memang nak pegik lagik. Musti korang pun stujuk dgn impian aku nih. Siapa2 yg pegik skali, musti nak pegik 14 juta kali lagik kan? Bende nih, actually dah d planned since june lagik. Aku n kawan2 aku ala2 merancang n round table pun dah 48 kali seratus, baru kitorg decide nak pegik..setelah di ambil kira beberapa faktor, tanya pendapat 40 ratus org, masuk blog berkenaan bandung itself 59 juta kali, baru lah kami berenam buat final keputusan. So, yg ke final, Bandung lah tmptnya..Adehh..penat nya aku nak tulis, ptg2 nih idea mencurah2 plak dtg...herannn..
oklah, sambung balik..aku terus citer pasal keadaan d sana terus lah, penat lah nak bermadah dah...Check this out .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...