Tuesday, November 24, 2009

Geylang si paku Gelang

Smlm, masa aku balik dari opis, spt biasalah, naik monorel LRT bagai. Tgh aku dok berangan2 tuh sambil nak kluar dari monorail, aku terlanggar tangan dgn seseorg. Aku pun buat dek je lah. Languns meneruskan perjlnan ke LRT pulak. Aku pun, mensuakan lah tangan aku masuk handbag. Sedor2 gelang tangan aku, udah takde. Menggelupur lah aku, menggigil, sebak, sumer ada menyelubungi diri. Aku patah balik p monorail. Adoooooo nak jumpa. Aku pun terus call mak aku, iyelah, gelang pemberian nenek moyang aku kpd makcik aku, kpd mak aku, kpd aku. So, mak aku pun dgn tabah, berckp, dah x de rezki, nakbuat mcm mana. Anggaplah gelang tuh dah takde rezki. Aku sungguh sedih..tak tau nak kata apa lagik…Aku berharap sgt, kalau suatu hari ada rezki aku, insya Allah, aku dpt balik gelang tuh. Insya Allah..

Kesah kedua aku, whole week nih, aku mengrelief lagik. Tapi, kali nih, relief big boss. Meloncat2 jugak lah aku, bila di beri task tersebut. Tapi, pe kan daya, meloncat sampai terjun bangunan opis aku nih pun, aku tetap kene relief jugak ye tak? Kat opis aku nih, konsep nya, bila hujung2 tahun, sumer sec. big boss akan bercuti panjang, ada yg sampai 2-3 minggu skali gus. Iyelah, konsep tak amik cuti awal2, sekali amik cuti, kaw2 lah kan? Mcm aku plak, ala2 bersenang2 dahulu. Awal2 tahun udah amik cuti usah di kenang. Last2, sendirik merana, ketandusan kergersangan cuti…ahaks.

Last weekend, aku hingat, nak balik kmpg. Kat kpg aku tgh musim buah2an. Tapi, apa kan daya, aku n hoosband, demam bersilih ganti, aku demam, dia sihat, dia demam aku sihat, bila dua2 demam, kucen kami mae2 plak sihat, mcm tulah dan seterusnya. Langsung, kami tak jadik balik kmpg. Insya Allah, raya haji nih, kami balik kmpg lah kot. Harap2 ada lah lagik buah2an tersebut. Ok lah, setakat ini sajek lah citer aku buat kali ini. Actually, aku nak hupdate jugak pasal citer birthday sorg suster kat opis aku nih, tapi, apa kan daya, aku kat tmpt org lain nih, tak leh nak letak gambo2 sempena majlis birthday tersebut. Insya Allah, ada di kesempatan lain, akuhupdate lah. Ciao…

3 comments:

suriani said...

Aku simpati..

syurei said...

thanks kak kerana tumpang bersedih utk aku..huhuhu..

Anonymous said...

cian ko tie, sapa lah yang dah rembat geylang si paku gelang ku tu kan... apa pun ko tabah yer. Maybe dah tersurat hayat gelang tu hanya sampai tarikh dan waktu tu aje bersama ko. Apapun sapa yang terembat geylang tu harap pulangkanlah semula kepada tuannya. Tapi nak cari tuannya macamana... hisy... hisyyy hisy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...