Thursday, November 18, 2010

Lama benor.............



Lama benor aku tak hupdate blog aku nih. Bukan jek bersawang, bapak segala sawang, bawang sumer ada.... Mmmmm.. bukan aku tak nak hupdate, tapi, kekontangan idea. Tp, hari ni, sebab aku dah takde keje / borink tahap cipan laut, aku gagahkan diri jugaklah.

Nak citer pasal apa yek? byk jugak lah, event yg mana aku tertinggal nun jauh di kutub utara. Kalau nak tulih kat sini pun, mau 114 mlm, tak abis nak citer. Ok lah, aku start dulu dgn Hari Raya Aidiladha. Spt sedia maklum, smlm merupakan Hari Raya Korban buat umat islam seluruh dunia. Hari Korban nih, tak disambut meriah pun, pada thn nih, copy paste mcm thn lepas. Mana taknya, ang kene keje. Tak dpt cuti pun. Dah kompeni komunis, mcm tulah jadiknya. Nothing special, bangun pagik oppss..tak pagik sgt, sebab mlm raye reen dtg melepak umah till 3am. So, paham2 je lah, buleh bangun kul baper k. Pastu, bersihkan sangkar anak nanie, vacum umah, bersihkan dapur, siap2 terus p umah akak aku yg 15 langkah dinosaur dari umah aku.

Lepak situ sampai ke Maghrib. Layan citer Kirana..hehehee.. Tup tap, dapat mesej dari reen, ckp nak dtg umah.. Smenjak dua menjak nih, kawan aku reen, nih rajin benor menemankan aku, bersempena ang ang yg hari2 balik menjelang waktu sahur. Terima kasih byk padamu reen. Pengorbanan mu itu hanya Tuhan yg dpt membalasnya. Seb baik dia ada, idaklah aku mati kutu bab borink dok umah. Mcm2 aktiviti lah kami buat, mostly, masak2, makan2, gossip2, tido2, sampai tengah mlm.

Itu je lah kot, citernya kali nih. Dah tak larat nak taip dah.... Dpt ide baru nanti, aku hupdate lah lagik. Harap tak terlmbt utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Haji buat muslimin muslimat sumer. Semoga Allah melimpahkan rezeki, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa. Makbulkan cita2 yg murni utk kita semua. Amin ya rabbal 'Alamin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...