Thursday, December 30, 2010

Azamku 2011..........


Skrg nih, sumer org tgh sebuk2 pasal azam memasing. Pakchik Azam pun pasti tidak ketinggalan utk memeriahkan suasana. Tahun2 yg sebelumnya, ada azam ke, takde azam ke, jiran sebelah umah aku nama Azam ke, tuh sumer aku tak amik peduli.

Tapi skrg, setelah aku di wake up call dari K'Atie, aku terus terpanggil utk berazam dan sama2 menjayakan azam kami.... Aku akan cuba utk melaksanakan azam ini. Insya Allah.. Doakan aku berjaya yek.

1. KURUS, KuRuS, KUUuuuRrrruuuuSSSssss, Kurrussss...

2. Belajar Swimmingggggggg...

3. Cuti-cuti bersama keluarga tercinta...

4. Menjadi isteri solehah (rajin kemas, rajin masak, rajin lipat baju, rajin cuci pinggan, etc. hehehee)....

5. Langsaikan utang kredit kad ....

itu lah azam ku pada thn depan. Insya Allah, dengan Usaha, Tawakal pasti berjaya. chai yok..chai yok...

Monday, December 20, 2010

Hari Keluarga





Bertarikh 19hb 12, opis aku ada menganjurkan hari keluarga bertempat di sunway lagoon. Memang best!!! Mana taknya, first time aku p sana. Aku n ang ang nih tak berapa minat nak p theme park nih. Satu, aku nih jenis gayat, second, aku bukanlah maknusia adventurous mana pun. Nak naik roller coaster, tomahawk bagaiiii? jgn harap lahhhhhh....

So, di sebabkan co. yg sponsor, bayar murah jek maaa.. aku n ang ang melangkah jugak kaki ke sunway lagoon. Memang best! first game, aku main yg slide2 tuh., ntah pe ntah namanya. Mak aiiihh..pucat lesi aku d buatnya. Mana taknya, rasa cam nak tercmpk jek dibuatnya. Turun jek, aku rasa pening2 lalat dah. Tobat aku nak naik dah.

Then, merayau ke jambatan gantung itu, pastu, merayap lah ke park2 yg lain. amusement park bagai. haaa... kat amusement park, ok. aku tak takut langsung. then, mandi mandi, makan makanan... Around 6pm camtuh, aku pun pulang.

Sekian saje citer pasal family day aku. insya Allah, kalau ada rezeki, aku nak dtg lagik sunway iniiiii....

Friday, December 17, 2010

Jenjalan di Pangkor – year end trip




Bertarikh 11hb – 13hb December ritu, aku, ang ang, reen hanikoma and abg jan p jenjln ke Pangkor. Nak dekat 1 yr plus aku tak p Pangkor nih. Byk sgt perubahan yg dah berlaku. Jetty dah cantek, kawasan persisiran pantai under construction. Tujuan, nak upgrade demi keselamatan pelancong.

Kami bertolak seawal 7am. Biasalah, kalau bukan reen sampai dulu kat Shell Jln Duta tuh, tak sah. Aku nih terhegeh2 sket bab2 bangun pagik nih kan? Pastu, singgah jap kat R&R utk bekfast. Punyalah ramai org kat sana. Samada rombongan cek kiah nak p merisik / kenduri kawen ataupun sama2 nak p Pangkor dgn kami.

Alhamd. levenish camtuh, sampei Lumut. Mak aiiii..berbeda gile pekan Lumut. Mcm2 pembaharuan dah d buat. Langsung, kami berpusing2 carik parking. Last, dpt bhgian atas, rooftop. Legaaaa.. memang penuh dgn kete tmpt parking. Dah buleh imagined dah, sure packed punya lah org2 di Pangkor nanti.

Time kat jetty pun sama, beratur sket punya pjg. Seb baik, aku memang sentiasa mengasah skill aku masa naik komuter slama nih. So, dgn kuasa rempuhan aku, dptlah aku menuju kedepan bak sang juara. Hehehehehee......

Around 12 kot, sampai tmpt penginapannnn.... Lepak sana sini, jln sana sini, kami pun teruskan aktiviti keesokan harinya. Besoknya, baru p mandi. Mak aiii..ombaknya usah di kenang. Patutlah ada statement yg mengatakan, kalau takut d lambung ombak jgn berumah d tepi pantai. Mana taknya, sampai kan aku terguling2, terpusing2, terlangkup badan aku kene campai dek ombak..ngeri ahhhh.. tobat aku tak nak p mandi lagik, kalau ombak camtuh punya besaaarrr...

Mlm nya pulak, xtvt kami b-b-q. Memang mkn puas2 lah kami.... langsung lena diulit mimpi pada mlm itu...

Besoknya, aku n ang ang naik boat ke pulau terdekat. Tak sanggup rasanya nak mandi skali lagik kat tepi pantai yg ombak kuat tuh... Lebih bertenang, ada ikan.. buleh berenang sesuka hati tanpa gangguan..... Jam 12.30pm, kami beransur pulang... seb baik hari Isnin, org pun dah kurang, so, tak yah lah nak berebut bagai..

Lastly, home sweet home....

Wednesday, December 15, 2010

HARI ASYURA


Assalamualaikum dan selamat beramal...
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas
kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...