Wednesday, January 30, 2013

Cuti Panjang

Bertarikh 24hb Jan, 26 sampei 28hb Jan, merupakan public holidays di Malaysia. Mek balik kmpg. Ang2 keje, so, tak de keje lain yg aku buat, melainkan melayan baby pontot. At first, mmg rasa curiga dgn kemampuan sendiri utk menjaga baby pontot. Maklumlah, since mek ada dgn aku, belom penah lagik aku menjaga baby pontot bersendirian.

So, aku tawakal je lah, agar segalanya dipermudahkan. Memang aku akui, tak mudah utk menjaga baby seusia baby pontot. Ada masanya yg aku sedih, down, kerana terpaksa menghadapi ini seorg diri. Alhamd. atas nasihat dari kawan2 ku yg sentiasa memberi aku semangat, dan mempercayai aku boleh melakukan, maka aku lalu hari2 tanpa mek, tanpa ang2 di sisi utk menjaga baby pontot.

Thanks to Sue, K'win, Yati (sudi meneman aku dirumah), Ahin, Reen, yg tak henti2 memberi tunjuk ajar pada aku. Mereka juga menyedarkan aku, betapa beruntungnya aku, dpt melalui pengalaman yg amat berharga ini. Sepatutnya, aku bersyukur. So, dgn hati yg redhoooo dan dgn tabahnya, aku lalui hari2 tanpa mek and ang2 di sisi. Alhamd. semakin hari, aku semakin seronok menjaga baby pontot. Seronok nengok dia bermain, bersembang. Dan macam2 pe'el nya yg dapat aku peratikan.

Ye, baru lah terdetik, dan sedar betapa beruntung nya aku, dpt meluangkan masa bersama baby pontot tersayang. Maafkan ibu nak, ibu tak patut berperasaan sedih... Sepatutnya ibu gembira, bersyukur kerana dikurniakan seorg anak spt kamu.

Ok lah, begitulah luahan hati ku buat kali ini. So, kepada kengkawan yg mana, mummy2 baru di luar sana, treasure all these sweet moments. Sebab, masa yg berlalu takkan boleh diundur. So, selagi ada masa kita boleh luangkan masa bersama anak, maka luangkan lah masa sehabis baik.

Sekian saja coretan dari ku utk kali nih....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...