Tuesday, May 24, 2011

Sambungan Mudik ke kiri, mudik ke kanan......


Monday ritu, aku sebuk bangettt.... rini pun sama... tapi, pe kan daya. Hudpdate blog menjadik keutamaan. Chewahhh..semnjak bila ntah. Weekend lepas, tak byk yg aku buat. Slain, window shopping dgn akak aku, mak lang aku and anak2 buah aku, mkn2, tido2, lepak2, tgk2 tv. Itu je lah xtvt aku.

Oh ye, mak lang aku dah balik kmpg hari ahad lepas asar ritu. Sedih sgt aku rasa. 1, sebab aku kene jadik nomad, bila ang ang takde, kene lah aku berpindah randah ke umah akak aku, sementara menantikan ang ang pulang dari keje mlm. 2, no more mkn sedap2. Biasanya, kalau aku balik dari keje, hidangan sudah terhidang di atas meja mkn. Hehehee.. Maklumlah aku nih, time 5.30 pm ke atas jek, aku dah kebulur. Bila dah kebulur, mula lah aku pening, menggigil satu badan. Tak tipu, bila jam strike at 5.30pm onwards, memang aku menggelupor smcm. Makanlah, heavy mcm mana pun, masa lunch, aku tetap akan lapo tahap gaban punya lah.. kakak aku ckp, tuh sumer mind set. Tp, memang aku tak nak pk tentangnya, tapi, pening tuh, tetap dtg. Once dpt suapkan pe2 ke dlm mulut aku, automatically, terus ilang pening aku. Ntah pesal ntah... 3, takde teman nak borak2 tentang isu2 smasa. Jgn tak tau, mak lang aku tuh, even dok umah, suri rumah spenuh masa yg berjaya, tanya je lah, segala 1001 soklan isu semasa. Sume dia dpt jawab. Kami anak beranak, cucu2nya, dok menggelarnya, professor. Sume dia tau... Aku penah jugak tanya dia soklan cepu emas. Mak lang, mcm mana mak lang buleh tau, segala isu masalah negara yek? Jawab dia simple jek.. Laa..skrg kan zaman teknologi, ada internet, ada media elektronik, media cetak. Dari situ pun, dah dpt mcm2 informasi apa. Mmmm..tapi, secara jujurnya, idaklah penah aku nengok dia ngadap PC, p cybercafe pe tah lagik... Camtulah kesah mak lang aku yg tomeyy tuh.. Aku syg mak lang aku tuh, mcm syg mak aku sendirik..

Ang ang penah jugak suarakan pada mak lang, meh lah duduk terus dgn kami, tak yah lah nak balik kampung dah. Tapi, biasalah org tua, kalau dah sronok dok kampung, sampai bila2 pun, nak balik kampung jugak. Begitulah perihal mak lang aku yg disayangi.

Oh ye, nak citer susulan kedua kelas renang aku. Sabtu lps, aku blajar menguak kaki persis katak pisang. Bukan katak kodok, bukan katak puru. Nih version katak comeyy sket, katak pisang. Lenguh nya kaki aku, rasanya, dah kuak kaki mcm nak pitam, tapi, tak mau pegi2 jugak. Last2 aku give up. Aku just main air di tebing kolam jek. Bila instructor dtg dekat, aku cepat2 buat2 bz dgn bubbling and floating technique. Begitulah aku. Bukan apa, masih rasa tak confident nak berenang di tengah2 swimming pool itu. Instructor nya pun, ingat, aku baru masuk kelas kedua, dah buleh berenang sgt ke? Mak aihhhh... terkedek2 lah aku menguak kaki aku yg tak pegik2 nih.. Naik letih, naik heran dibuatnya.... Takpelah, aku akan cuba berusaha.. Berusaha tangga gaji... Eh, berusaha, tangga kejayaan. Tapi, skrg tak yah kai tangga jek, kai jek lift atau escalator, jimat tenaga... Jimat masa. Hua Hua Hua...

Ok lah, aku bz nih, belambak lagik keje aku nak settle nih..till then...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...